icon-search

Kelebihan Mempunyai Wang Simpanan

Kelebihan Mempunyai Wang Simpanan

Setiap orang diwajibkan untuk mempunyai wang simpanan tersendiri. Kenapa kita perlu ada wang simpanan? Pernah tak anda terfikir? Ada ibu bapa yang sudah membuka akaun simpanan untuk anak-anak mereka sejak kecil lagi tapi ada juga yang baru membuat simpanan ketika mereka sudah berusia puluhan tahun. Pernah tak kita sedar bahawa wang simpanan ini akan membantu kita suatu hari nanti? Jom kita rungkai satu per satu tentang kelebihan jika kita mempunyai wang simpanan.

1. Memberi perlindungan kepada anda 

Anda boleh menggunakan wang simpanan anda ketika darurat seperti ketika anda terlibat dengan sebarang kemalangan yang memerlukan kos yang banyak, dengan wang simpanan itu anda boleh gunakannya untuk menerima rawatan.

2. Untuk mendapatkan kewangan yang stabil

Jika perancangan kewangan dan perlindungan buat ahli keluarga dirancang dengan baik, pastinya kestabilan kewangan dalam institusi keluarga akan terjamin. Jadi, kebarangkalian untuk keluarga anda menghadapi masalah kewangan dapat dikurangkan.

3. Menggalakkan simpanan

Merancang kewangan buat keluarga sebenarnya salah satu cara untuk anda belajar menyimpan dengan bijak. Jadikan tabiat menyimpan satu disiplin bukan sahaja untuk diri sendiri, galakkan juga anak-anak menyimpan wang saku lebihan yang anda beri.  

4. Persediaan untuk melanjutkan pelajaran

Sekiranya anda telah mempunyai wang simpanan yang banyak jumlahnya, anda tidak perlu risau tentang kos pembiayaan bagi menyambung pengajian anda di IPTA atau IPTS.

6. Mengurangkan bebanan ibu bapa

Hasil tabungan yang dibuat dapat membantu meringkan bebanan ibu bapa kerana duit tersebut digunakan bagi membeli keperluan pendidikan seperti yuran sekolah, membeli buku teks, peralatan sukan dan sebagainya. Ibu bapa past berbangga dan bersyukur dengan anaknya kerana mempunyai tanggungjawab dan nilai membantu dalam keluarga. 


Waoh, MENARIKNYA! SOCAZ ada buat SALE!

Jualan dengan hottest item sahaja:

  • Stokin Soka Alien M
  • Kanik Alien Tapak Hitam M
  • Stokin Soka Original New Edition
  • Stokin Kanik Original Tapak Hitam 
  • Lily Handsock

Pelbagai warna menarik yang boleh dipilih.

Jangan fikir lama-lama, stok adalah terhad!

Contect number di bawah untuk order:

www.socaz.my

Sumber:
https://www.aia.com.my/ms/what-matters/finance/Kepentingan-perancangan-kewangan-perlindungan-keluarga.html
https://www.mywilayah.com/2020/11/faedah-menabung.html



Older post Newer post

Your cart is currently empty.
Continue shopping