search

Kelebihan Ini Hanya Ada Pada Hari Jumaat

Kelebihan Ini Hanya Ada Pada Hari Jumaat

Hari Jumaat pastinya menjadi hari yang cukup istimewa dan ramai yang menantikan kedatangan penghulu segala hari ini. Selain menandakan hampir memasuki waktu cuti hujung, hari Jumaat mempunyai banyak kelebihan dan pelbagai keutamaan yang disediakan oleh Allah SWT kepada hamba-hambaNya. Apa lebihan hari Jumaat ni ya? Jom kita lihat.

1. Hari Mustajab Berdoa

Rasulullah SAW bersabda:

"Pada hari itu terdapat suatu masa di mana seorang hamba Mukmin apabila meminta (berdoa) kepada Allah SWT sesuatu kebaikan, melainkan Allah SWT memakbulkan doanya atau ia meminta Allah SWT melindunginya daripada sesuatu kejahatan, melainkan Allah melindunginya daripada kejahatan." (Hadis riwayat Tarmizi)

Hari Jumaat adalah masa yang mustajab untuk berdoa terutama pada dua waktu terbaik iaitu di antara:

a. Imam duduk di atas mimbar sehingga solat selesai Jumaat

b. Pada akhir waktu Asar

"Di antara sekian banyak pendapat ada dua yang paling kuat, sebagaimana ditunjukkan dalam banyak hadis yang sahih, pertama saat duduknya khatib sampai selesainya solat. Kedua, sesudah Asar dan ini adalah pendapat yang terkuat dari dua pendapat tadi." (Zadul Ma'ad Jilid I/389-390)

2. Hari Dihapuskan Dosa

Diampuni dosa-dosanya antara Jumaat tersebut dengan Jumaat sebelumnya. Sabda Rasulullah SAW:

"Solat lima waktu (sehari semalam) dan Jumaat hingga Jumaat merupakan penebuh-penebus dosa (ketika itu) selama tidak dikerjakan dosa-dosa besar" (Riwayat Muslim)

3. Hari Lebih Utama Bersedekah

Kelebihan bersedekah pada hari Jumaat jika dibandingkan dengan bersedekah pada hari-hari yang lain adalah sama seperti bersedekah pada bulan Ramadhan.

Ibnu Qayyim berkata: 

"Sedekah pada hari itu lebih utama dengan sedekah pada enam hari lainnya seumpama sedekah pada bulan Ramadhan berbanding pada bulan-bulan selainnya".

Hadis dari Ka'ab menjelaskan:

"Dan Sedekah pada hari itu lebih mulia dibanding hari-hari selainnya." (Mauquf Shahih)

4. Meninggal Pada Hari Jumaat Sebagai Tanda 'Husnul Khatimah'

Meninggal dunia pada malam hari Jumaat atau siangnya adalah penanda 'Husnul Khatimah', iaitu dibebaskan dari fitnah (azab) kubur.

Diriwayatkan oleh Ibnu Amru, bahawa Rasulullah SAW bersabda:

"Setiap muslim yang mati pada siang hari Jumaat atau malamnya, nescaya Allah akan menyelamatkannya dari fitnah kubur." (HR. Ahmad dan Tirmizi, undian sahih oleh Al-Bani)

5. Hari Berlakunya Qiamat

Jumaat merupakan hari yang selalu dikaitkan dengan berlakunya 'Qiamat' (hari pembalasan). Dalam suatu hadis, Rasulullah SAW ada menyebut bahawa:

"Pada hari Jumaat juga Qiamat akan berlaku. Pada hari itu tidaklah seseorang yang beriman meminta sesuatu daripada Allah melainkan akan dikabulkan permintaannya." (Hadis Riwayat Muslim r.a.)

Dalam hadis lain, Rasulullah SAW bersabda: 

"Hari yang dijanjikan ialah Hari Qiamat. Hari yang disaksikan ialah Hari Arafah, dan Hari yang menyaksikan ialah Hari Jumaat. Matahari tidak terbit dan tidak terbenam pada mana-mana hari yang lebih mulia dan afdal daripada hari Jumaat."

Semoga Hari Jumaat ini menjadikan kita insan yang lebih Bertaqwa, lebih berhikmah, lebih berjaya dan lebih cemerlang di dunia & akhirat. 



Wow, SOCAZ ada jual Kurma Medjool Firdaus!

Keluaran dari bumi Palestine, sedap dan berkualiti tinggi!
Berminat untuk dapatkan Kurma Medjool?

Jangan fikir lama-lama, stok adalah terhad!

Contact number di bawah untuk order:

https://www.socaz.my/


Sumber di petik dari:
https://www.mingguanwanita.my/6-kelebihan-ini-hanya-ada-pada-hari-jumaat-patutlah-istimewa/



Older post Newer post

Your cart is currently empty.
Continue shopping