search

Kelebihan Aloe Vera

Kelebihan Aloe Vera

Pokok  Aloe Vera, juga dikenali sebagai Lidah Buaya, amat popular dalam kalangan masyarakat Malaysia. Ia bukan hanya mudah dijaga, malah mempunyai banyak khasiat terutamanya untuk kesihatan. Aloe Vera perlu terus diiktiraf dan dijadikan bahan utama dalam pelbagai produk kesihatan mahupun kecantikan.

Kebaikan kandungan gel aloe vera adalah ia bersifat antibiotic, antikulat, tidak berwarna, tidak berbau dan dapat menghalang tindakan mikro organisma penyebab penyakit bawaan makanan. 

Kajian ini diperluaskan oleh sekumpulan penyelidik dari Universiti Miguel Hernandez di Alicante, Sepanyol sekali gus menguatkan lagi peranan aloe vera sebagai bahan rawatan dan agen penyembuhan kecantikan serta kesihatan secara semula jadi.


Aloe vera sangat berkhasiat untuk kecantikan kerana terdapat 200 komponen mineral aktif yang terkandung di dalamnya.

Pelbagai jenis vitamin seperti vitamin A, vitamin C, vitamin E, vitamin B1, vitamin B2, vitamin B3, vitamin B6 dan vitamin B12 adalah antara kandungan mineral aktif tersebut.

Gel lidah buaya juga mengandungi kadar antioksida yang tergolong dalam keluarga polyphenolselain kalsium, magnesium, zink, kromium, selenium, sodium, zat besi, enzim dan asid amino.


 Antara kelebihan mengambil Aloe Vera dalam kehidupan kita adalah:

  1. Mengandungi vitamin dan mineral
  2. merawat masalah penghadaman
  3. membuang toksin dalam badan
  4. bagus untuk rambut dan kulit
  5. mengimbangkan masalah haormon

1. Mengandungi vitamin dan mineral

Jus Aloe Vera sangat sarat dengan vitamin, mineral dan antioksidan yang penting untuk tubuh kita. Satu-satunya perkara yang tidak dapat dijumpai dalam Aloe Vera adalah Vitamin D.

2.Merawat masalah penghadaman
Pengambilan Aloe Vera setiap hari dipercayai boleh melawan dan merawat pelbagai masalah pencernaan termasuk pencernaan yang kurang baik, sembelit, keasidan dan gas. Ia juga mampu untuk merangsangkan selera makan.


3. Menbuang toksin dalam badan

Penggunaan jus Aloe Vera boleh menyingkirkan toksin daripada tubuh badan kita. Minum pada awal pagi akan membantu anda mengubati masalah pencernaan untuk membersihkan sistem penghadaman.

4. Bagus untuk rambut dan kulit
Jus Aloe Vera membantu mengekalkan kulit licin, berseri dan mempercepatkan pertumbuhan rambut. Aplikasi topikal boleh melegakan daripada luka bakar dan parut. Ia boleh digunakan sebagai agen pelembap untuk kulit serta kulit kepala.


5.Mengimbangkan masalah Hormon
Jus Aloe Vera sering digunakan dalam banyak tonik herba lain yang penting dalam mengubati masalah hormon, pankreas dan gangguan yang berkaitan dengan limpa


Sampai sini saja perkongsian daripada  Nisa, harap dapat memberikan manfaat kepada anda semua. Lepas ni korang dah boleh dah amalkan pengambilan aloe vera dalam kehidupan, sebab banyak khasiatnya.

Sambil menyelam, minum air..

Sambil tu, Nisa ada nak beritahu something ni. Dalam beberapa jam lagi SOCAZ akan buat Sale 7.7. Korang akan dalam 10% untuk pembelian korang. Dengan 7 item dengan harga RM 7 ke atas, korang akan dapat Free Postage. Sabah dan Sarawak pulak, dulu bayar RM17 untuk postage, tapi kali ni, korang bayar RM8 je. Jimat RM9

Dan korang juga akan dalam free wish card, istimewa dari HQ. Sale ni bermula dari 6/7 hinggan 12/7. Tunggu apa lagi? Jom dapatkan Sale 7.7 dengan kami di SOCAZ HQ atau team kami, SOCAZ SQUAD.

Jumpa lagi

www.socaz.my

Sumber dari:

https://www.sinarharian.com.my/article/32885/LIFESTYLE/Femina/Manfaat-pengambilan-jus-aloe-vera-untuk-kesihatan

https://therohani.com/kebaikan-aloe-vera-khasiat-kelebihan/



Older post Newer post

Your cart is currently empty.
Continue shopping