icon-search

KEGAGALAN ADALAH SEBUAH PROSES MENUJU KEJAYAAN

KEGAGALAN ADALAH SEBUAH PROSES MENUJU KEJAYAAN

YUSUF TAIYOOB

Saya terinspirasi dengan cerita mengenai Yusuf Taiyoob. Tahukah anda Yusuf Taiyoob merupakan nama pengasas syarikat kurma terbesar di Malaysia. Setiap kali apabila menghampiri bulan Ramadhan anda pasti akan mendengar panggilan "Yusuf Taiyoob" di corong-corong radio mohupun TV.

Disebalik kejayaan Datuk seri Yusuf Taiyoob, terselit cerita-cerita dan usaha beliau untuk mengecapi kejayaan sehingga ke peringkat terkini. Beliau bermula dengan perniagaan Minyak wangi di Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas, Pulau Pinang. Pada ketika umur beliau 19 tahun, beliau pernah hadapi tekanan sehingga muntah darah tetapi beliau tidak putus asa. Beliau bangkit semula dengan mengusahakan perniagaan berkaitan kosmetik tapi perniagaan ini hanya bertahan untuk 2 tahun sahaja. Tetapi beliau tidak berhenti di situ. Beliau bangkit lagi sekali dengan menubuhkan syarikat yang didaftarkan atas nama beliau iaitu Yusuf Taiyoob Sd. Bhd.

Kini beliau mempunyai syarikat kurma terbesar yang membekalkan kurma di Malaysia, Singapura, Indonesia dan Thailand. Kurma Yusuf Taiyoob yang popular adalah Waseem, Safina dan Safia dimana nama-nama kurma tersebut berasal daripada nama-nama anak beliau.

Kegigihan beliau haruslah kita contohi. Beliau seorang yang tidak mudah mengalah. Walaupun jatuh berkali, beliau tetap bangkit sehingga beliau berjaya seperti sekarang. Rezeki memang tidak salah alamat jika kita terus untuk berusaha.

Maka, jangan sesekali kita berhenti berusaha. Teruskan usaha anda, bangkitlah daripada kegagalan. 

www.socaz.my


Sumber:
www.facebook.com/331481044571/posts/siapa-sebenarnya-yusuf-taiyoobdatuk-seri-yusuf-taiyoob-63-tahun-anak-jati-pulau



Older post Newer post

Your cart is currently empty.
Continue shopping