search

Kebaikan Kurma untuk Kanak-Kanak

Kebaikan Kurma untuk Kanak-Kanak

Kurma atau Tamar adalah makanan yang amat sinonim dengan masyarakat Islam si seluruh dunia. Buah kurma merupakan hidangan wajib yang mesti ada terutama semasa bulan Ramadhan. Untuk pengetahuan semua khasiat kurma diketahui amat baik bukan sahaja untuk orang dewasa, malah untuk bayi dan kanak-kanak.

1. Menguatkan Tulang

Kurma kaya dengan kalsium dan magnesium yang amat baik untuk kesihatan tulang dan ia amat sesuai dimakan oleh bayi dan anak kecil yang sedang mengalami perberkembangan tulang.

2. Memberikan Tenaga 

Kurma mempunyai kandungan gula ringkas, monosaccharide yang tinggi yang mana ia memberikan tenaga segera kepada tubuh.  

3. Membantu Melegakan Sembelit

Buah kurma juga mengandungi serat yang tinggi yang mana ia dapat membantu melegakan masalah sembelit. 

4. Pertumbuhan & Perkembangan Otak Bayi 

Potassium merupakan mineral yang terdapat pada kurma yang amat penting untuk perkembangan dan pertumbuhan otak bayi. 

5. Menguatkan Gusi & Gigi 

Bagi bayi yang baru tumbuh gigi, amat digalakan untuk mengunyah kurma untuk membantu menguatkan gusi dan gigi mereka.  

Berikut merupakan beberapa kebaikan buah kurma kepada kanak-kanak. Sebagai orang dewasa, ambillah peluang ini untuk mengamalkan pemakanan kurma dalam jadual harian anak-anak supaya mereka dapat mendapat manfaat daripada buah kurma tersebut.


Wow, SOCAZ ada jual Kurma Medjool Firdaus!

Keluaran dari bumi Palestine, sedap dan berkualiti tinggi!
Berminat untuk dapatkan Kurma Medjool?

Jangan fikir lama-lama, stok adalah terhad!

Contact number di bawah untuk order:

https://www.socaz.my/


Sumber di petik dari:
https://www.facebook.com/AliffMilk/posts/kebaikan-buah-kurma-untuk-kanak-kanak-dan-bayikurma-atau-tamar-adalah-makanan-ya/1266510990150514/



Older post Newer post

Your cart is currently empty.
Continue shopping