search

Kebaikan Aktiviti Riadah Bersama Keluarga

Kebaikan Aktiviti Riadah Bersama Keluarga

Riadah adalah senaman atau menggerakkan semua anggota tubuh badan dengan cara-cara tertentu. Banyak aktiviti riadah yang boleh diamalkan seperti berjoging dan menyertai senam robik yang tidak memakan masa yang lama dan mudah untuk dilakukan. Hendak seribu daya tak hendak seribu dalih yang bermaksud jika kita berusaha untuk memberikan masa melakukan aktiviti riadah nescaya kita akan berbangga dengan hasol usaha kita di waktu kelak.

1. Mengisi Masa Lapang 

Aktiviti riadah atau senaman ini adalah penting kerana ia wajar diamalkan dalam menhisi masa lapang seseorang. Jika di bandingkan dengan aktiviti lain seperti bermain video atau melepak di kedai mamak, beriadah adalah aktiviti sihat untuk diamalkan. Kemudahan untuk melakukan aktiviti rekreasi telah berkembang dan tidak memerlukan kos yang banyak untuk menggunakannya. Jadi, lebih baik kita melabur wang dalam melakukan aktiviti-aktiviti yang mendatangkan manfaat pada fizikal dan mental kita berbanding menghabiskan duit kepada aktiviti yang membuang masa dan sia-sia.

2. Memastikan Kesihatan Diri Terjaga

Riada adalah penting kerana ia merupakan aktiviti yang dapat memastikan kesihatan diri kita terjamin. Apabila kita beriadah, peluh yang dihasilkan mempunyai toksik-toksik yang tidak diperlukan dalam badan dan kadar lemak dalam badan akan berkurangan. Kita hanya perlu konsisten dalam melakukan aktiviti riadah seperti berjoging atau menunggang kuda dalam tempoh masa paling kurang 30 minit sehari. Sistem kardiologi dan stamina kita akan menjadi lebih baik dan terhindar daripada penyakit- penyakit seperti obesiti dan darah tinggi. Sebelum nasi menjadi bubur, adalah rasional untuk kita mengamalkan aktiviti riadah kerana mencegah lebih baik daripada merawat. 

3. Mengeratkan Hubungan Sesama Keluarga

Aktiviti-aktiviti rekreasi mampu menjadi medium perhubungan silaturrahim antara keluarga dan rakan-rakan. Jika kita imbas kembali pada zaman kanak-kanak kita, setibanya waktu petang kita akan keluar rumah untuk bermain di padang atau taman permainan bersama keluarga dan dari situ kita akan makin rapat bersama ahli keluarga kita sendiri.

Kesimpulannya, banyak kebaikan beriadah bersama keluarga yang boleh kita jadikan sebagai rujukan apabila kita mula cuba untuk belajar perkara-perkara sebegini. Semoga setiap keluarga di luar sana akan mendapatkan keluarga yang bahagia dan harmoni dengan menjalankan aktiviti bersama antaranya aktiviti beriadah.


Wow, SOCAZ ada jual Kurma Medjool Firdaus!

Keluaran dari bumi Palestine, sedap dan berkualiti tinggi!
Berminat untuk dapatkan Kurma Medjool?

Jangan fikir lama-lama, stok adalah terhad!

Contact number di bawah untuk order:

https://www.socaz.my/


Sumber di petik dari:
https://www.ipendidikan.my/kepentingan-riadah.html



Older post Newer post

Your cart is currently empty.
Continue shopping