search

Ingin kekal bertenaga di bulan Ramadan? jom baca tips ini.

Ingin kekal bertenaga di bulan Ramadan? jom baca tips ini.

Bulan Ramadhan adalah bulan umat Islam perlu menahan lapar dan dahaga sehinggalah tibanya waktu berbuka. Bukan Namanya puasa kalau kita tidak mengamali rasa lesu, lapar dan dahaga. Perkara-perkara ini adalah normal.


Walau bagaimanapun, tenaga badan boleh menurun dan bertambah lemah sekiranya tidak kena caranya. Ada pelbagai petua dan tips untuk kekal bertenaga di bulan Ramadhan yang boleh anda cuba sepanjang bulan Ramadhan.


Harini kami akan share tips kekal bertenaga di bulan Ramadhan yang boleh anda amalkan. 


Tips kekal bertenaga di bulan Ramadhan 


1.  Minum lapan gelas air 

Walaupun berpuasa, ia tidak bermakna anda harus mengurangkan jumlah air yang diminum pada setiap hari. Penting untuk kita meminum air secukupnya pada bulan puasa ini unruk mengekalkan hidrasi dalam badan. Bagaimana cara untuk melengkapkan lapan gelas air sehari pada bulan puasa ?


Antara cara minum yang boleh dipratikkan Adalah:


  • 1 gelas selepasa azan maghrib
  • 1 gelas selepas selesai solat maghrib
  • 1 gelas selepas makan 
  • 1 gelas selepas selesai solat isyak 
  • 1 gelas selepas selesai solat tarawih
  • 1 gelas sebelum tidur 
  • 1 gelas selepas bangun dari sahur ( sebelum makan )
  • 1 gelas selepas habis makan sahur 


Apabila badan mempunyai kandungan air yang cukup, badan akan berasa kurang letih dan lebih bertenaga.


2.  Sibukkan diri 

Berpuasa bukan alasan untuk bermalas-malasan sepanjang hari. Bila badan tidak melakukan apa -apa, ia kan menjadi bertambah lesu. Sekiranya anda mempunyai masa yang terluang, penuhkan masa itu dengan pelbagai aktiviti seperti mengemas rumah , berkebun, luangkan masa untuk beribadat dan banyak lagi. Dengan ini, masa anda boleh dipenuhi dan secara tidak langsung, anda jadi tidak sedar masa berlalu dengan cepat.


3.  Dapatkan rehat dan tidur yang secukupnya

Anda digalakkan untuk tidak melengah-legahkan masa tidur bagi medapat rehat yang cukup. Tidur yang awal dan mencukupi amat penting untuk anda kekal bertenaga sepanjang hari. Jika anda tidur lambat, potensi untuk anda bangun sahur sangat tinggi. Oleh itu, amalkan dan susun semula jadual tidur untuk tidur seawal mungkin supaya anda mempunyai tenaga untuk bangun sahur dan melakukan aktiviti biada pada keesokan harinya.


4. Kurangkan garam 

Mengurangkan penggunaan garam dalam masakan. Garam adalah elemen yang boleh membuatkan badan mengalami masalah kehilangan air dengan cepat atau menjadi dehidrasi semasa berpuasa. Hasilnya tubuh badancepat lesu, letih dan tekak akan merasa cepat haus dan dahaga. Walaupun penggunaan garam adalah perlu dan sukar untuk dielakkan, anda boleh cuba mengurangkan pengambilannya sama ada dalam makanan siap atau masakan. Ia juga sangat baik bagi mereka yang mengalami masalah tekanan darah tinggi.


5. Kurangkan kafein

Anda amat digalakkan untuk mengelakkan daripada teh dan kopi semasa bersahur. Kedua-dua jenis minuman ini mengandungi kafein yang tinggi bersifat diuretic. Selain itu, minuman berkabonat juga tinggi kandung kafein. Oleh sebab itu, anda turut disarankan untuk elakkan daripada meminumnya kerana sangat buruk untuk kesihatan. 


6. Buat senaman

Pasti ramai akan bertanya, tak bertambah penat ke buat senaman dalam bulan puasa? Jika anda menjalani kehidupan dengan cara yang sihat. Pemakanan yang sihat dan minuman yang secukupnya pada malam hari, sudah tentu badan akan jadi makin bertenaga. Senaman yang dilakukan tidak perlu yang berat. Anda boleh menghadkan senaman tersebut kepada 15 minit – 20 minit sahaja, ikut kemampuan.


Masa paling sesuai untuk bersenam adalah:


  • Selepas iftar atau berbuka – Masa ini sesuai kerana badan sudah mendapatkan makanan dan minuman yang sedikit, dan boleh dikira macam pre-workout meal. Untuk sesi ini, anda boleh memilih rutin senaman yang pendek tetapi dengan intensiti yang lebih tinggi.


  • Selepas solat Tarawih – Masa ini juga sesuai untuk melakukan senaman. Selepas bersenam, anda boleh makan kerana ia boleh membantu pemulihan otot, pertumbuhan otot dan menghilangkan lemak badan.


  • Sebelum sahur – Ramai mungkin fikir masa ini masa yang paling tidak praktikal untuk bersenam. Jika anda mempunyai disiplin untuk bangun awal untuk melakukan rutin senaman, ini boleh meningkatkan tenaga badan sepanjang hari. Jadi sebelum memulakan senaman, minum air dengan banyak dan makan makanan yang ringan 30 minit sebelum bersenam. Selepas bersenam, minum air dengan banyak dan makan makanan yang padat dan tinggi nutrien untuk memberi anda tenaga sepanjang hari.



7. Jangan Skip Sahur

  1. Jangan Skip Sahur

Amalan bersahur adalah amat penting untuk membantu menambahkan tenaga Ketika berpuasa serta memastikan badan kekal bertenaga sepanjang hari. Antara makanan yang perlu diambil Ketika bersahur adalah seperti karbohidrat yang berasaskan slow release carbohydrate. slow release carbohydrateadalah pengambilan karbohidrat yang membebaskan gula untuk menjadi tenaga semasa berpuasa secara perlahan-lahan.


Anda digalakkan untuk mengambil makanan berasaskan karbohidrat komplek seperti nasi, roti, atau biskut mil penuh dan oat kerana ia memerlukan masa yang lama untuk dicerna dan mengurangkan rasa lapar.


Ia juga perlu diikuti dengan makanan tinggi protein yang akan membantu memberikan rasa kenyang lebih lama serta sayur-sayuran dan buah-buahan yang akan memberikan fiber atau serat kerana ia melambatkan penghadaman. 


Pemakanan ketika sahur yang terlalu banyak, tinggi garam, gula dan lemak akan menyebabkan kenaikan paras insulin yang mendadak – insulin spike. Ia akan menyebabkan kesan ketara iaitu mudah berasa lapar dan haus dengan cepat meskipun baru beberapa jam mula berpuasa.


Untuk menjadikan anda lebih bertenaga, cuba ubah diet sahur dengan mengambil oat, roti bijirin, kurma dan lain-lain yang kaya dengan sumber fiber atau makanan kaya dengan protein seperti telur, yogurt atau minuman tinggi protein. Hasilnya, kita akan perasan cara pemakanan kita yang ringkas semasa bersahur tetapi memberi lebih ketahanan kepada kita ketika berpuasa di siang hari sehingga waktu berbuka.  





WOW! SOCAZ ada buat RAMADHAN SALE!!

Jualan dengan hottest item sahaja:

  • STOKIN SOKA ALIEN M (RM 5.99) NORMAL PRICE RM7!
  • KURMA MEDJOOL FIRDAUS (2BOX RM100) 
  • HANDSOCK  AAISYA (RM6.99) NORMAL PRICE RM12!
  • HANDSOCK AINISHA BASIC 3.0 (RM6.99) NORMAL PRICE RM10!

Jangan fikir lama-lama, stok adalah terhad! 

Contact number di bawah untuk order:

https://www.socaz.my/


Sumber di petik dari:
https://www.qoala.app/my/blog/gaya-hidup/tips/tips-kekal-bertenaga-di-bulan-ramadhan/








Older post Newer post

Your cart is currently empty.
Continue shopping