search

Hukum bermain aplikasi ramalan di media sosial

Hukum bermain aplikasi ramalan di media sosial

Dewasa ini, ramai pengguna laman sosial seperti facebook dan instagram bermain permainan ramalan. Bagi mereka permainan itu hanyalah untuk suka-suka. Tahukah anda ramalan sebegini hanya masuk salah 1 dari 2 keadaan ?

Jom sama-sama kita ketahui apakah hukum bermain ramalan seperti itu.

1 - Bermain Tapi Tak Percaya.

Hukum bermain ramalan tetapi tidak mempercayainya adalah Haram dan solat tidak diterima selama 40 hari.

Dalil yang menyatakan perkara tersebut adalah haram: 


مَنْ أَتَى عَرَّافًا فَسَأَلَهُ عَنْ شَىْءٍ لَمْ تُقْبَلْ لَهُ صَلاَةٌ أَرْبَعِينَ لَيْلَةً

“Barangsiapa yang mendatangi tukang ramal, maka solatnya selama 40 hari tidak diterima.” (HR. Muslim no. 2230,)

2- Bermain & Percaya.

Hukum bermain ramalan lalu mempercayai ramalan tersebut adalah Syirik dan kufur

Dalil yang menyatakan perkara tersebut adalah syirik dan kufur:

مَنْ أَتَى كَاهِناً أَوْ عَرَّافاً فَصَدَّقَهُ بِمَا يَقُولُ فَقَدْ كَفَرَ بِمَا أُنْزِلَ عَلَى مُحَمَّدٍ

“Barangsiapa yang mendatangi dukun atau tukang ramal, lalu ia membenarkannya, maka ia berarti telah kufur pada Al Qur’an yang telah diturunkan pada Muhammad.” (HR. Ahmad no. 9532. Syaikh Syu’aib Al Arnauth mengatakan bahwa hadits ini hasan)

Jom mulai hari ini kita berhenti bermain aplikasi ramalan. Main aplikasi lain, banyak yang dibolehkan.

Kerana ilmu ghaib, hanya Allah yang tahu. Tak sepatutnya kita nak cuba-cuba,walaupun hanya niat suka-suka atau bergurau.

Sebarkan supaya lebih ramai umat Islam lebih berhati-hati dalam membuat sesuatu perkara.

PERMAINAN RAMALAN DI LAMAN SOSIAL HARAM

KUALA LUMPUR – Umat Islam dinasihatkan agar berhati-hati dengan kegiatan permainan ramalan yang semakin hebat dipromosikan melalui laman sosial kerana ia boleh meruntuhkan aqidah.

Timbalan Presiden Gabungan Pengamal Perubatan Islam Malaysia (GAPPIMA), Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani berkata hukum permainan ramalan adalah haram dalam Islam dan menjadi dosa besar bagi sesiapa yang terlibat, walaupun hanya untuk berseronok di laman sosial.

Beliau yang berkelulusan dalam bidang syariah dan undang-undang Universiti Al-Azhar juga berkata hukumannya tetap haram dan balasan di akhirat tetap sama, sama ada bermain atau sekadar ‘like’ game yang dimain kenalan di Facebook, berkongsi mahupun ‘update’ status game yang mereka main.

Perunding Motivasi, Datuk Ustaz Mohd Zawani Yusoh berpendapat umat Islam perlu mengkaji bentuk permainan yang ada di laman sosial dengan mengadakan saringan atau menapis maklumat-maklumat yang diperoleh agar tidak terjerumus ke dalam aktiviti terlarang dan melanggar syariat Islam.

“Perlu tengok isu kerana dalam Islam perkara yang berkaitan aqidah tidak boleh dibuat suka-suka. Yang betul itu mungkin kebetulan sahaja,” katanya.

Antara soalan ramalan yang mendapat sambutan ramai di laman sosial ialah seperti “Siapakah yang sedang ‘stalk’ FB anda?”, “Siapakah bakal pasangan anda?” dan “Berapa ramaikah anak yang bakal anda miliki?”.

Profesor di Jabatan Syariah, Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof. Dr. Abdul Basir Mohamad menjelaskan bahawa sekiranya isu tersebut boleh melibatkan kepercayaan dan pegangan seseorang yang boleh mempengaruhi tingkah laku dalam kehidupannya, ia dikira sebagai melibatkan isu aqidah.

“Saya berpandangan ia boleh dianalogi sebagai mempercayai kepada ramalan yang sangat dilarang oleh Islam.

“Ini boleh dirujuk Surah al-Ma’idah ayat 3 dan juga beberapa buah hadis Rasulullah SAW antaranya yang bermaksud “Sesiapa yang datang bertemu dengan tukang ramalan, kemudian mempercayai apa yang dikatakannya, sesungguhnya dia telah kufur terhadap wahyu yang diturunkan kepada Muhammad,” katanya. – Bernama

Wallahualam.


WOW! SOCAZ ada buat YEAR END SALE !!

Jualan dengan hottest item sahaja:

  • Promosi Box Of Happiness
  • Handsock Cik Wania
  • Handsock Cik Wania Blink Blink 
  • Handsock Ainisha 2.0
  • Ecosock Package
  • Stokin Essential

Jangan fikir lama-lama, stok adalah terhad!

Contect number di bawah untuk order:

https://www.socaz.my/


Sumber:
https://www.facebook.com/DakwahJakim/posts/hukum-bermain-aplikasi-ramalan-di-laman-sosial-haramdewasa-ini-ramai-pengguna-fb/10155538450197398/





Older post Newer post

Your cart is currently empty.
Continue shopping