icon-search

Hubungan dengan Allah

Hubungan dengan Allah

Firman Allah SWT:

'Tidakkah kamu perhatikan bagaimana Allah telah membuat perumpamaan kalimat yang baik seperti pohon yang baik, akarnya teguh dan cabangnya (menjulang) ke langit' 

Surah Ibrahim, ayat 24 

Sebagai hamba Allah SWT, kita dikehendaki untuk menjaga hubungan dengan Allah SWT bagi mendapat keredhaan-Nya. Terdapat beberapa perkara yang kita perlu lakukan untuk menjaga hubungan dengan Allah SWT. 

1. Mendirikan Solat

Solat sebagai salah satu dari rukun Islam tentu merupakan kewajipan yang harus dilaksanakan bagi setiap muslim. Namun lebih dari itu sebetulnya solat tidak hanya merupakan kewajiban tetapi juga merupakan keperluan bagi kaum yang beriman, kerana solat merupakan tiang agama dan merupakan salah satu cara mendekatkan diri kepada Allah SWT.

Kebahagiaan hakiki bagi setiap muslim adalah ketika ia mampu mendekatkan diri kepada Sang Pencipta. Saat mana ia akan selalu merasakan begitu nikmat dan tenteram dalam menjalani hidup dan kehidupan. Salah satu cara untuk merasakan kenikmatannya adalah dengan mendirikan shalat lima waktu dan tepat waktu.

Dengan mendirikan solat lima waktu dan tepat waktu kamu boleh lebih mendekatkan diri pada Allah SWT. Jadi, jangan lupa untuk terus ke masjid ketika azan berkumandang, tinggalkan semua urusan dunia dan dekatkan dirimu dengan Allah SWT dengan mengerjakan dan mendirikan Solat.

2. Membaca Al-Quran

Cara mendekatkan diri kepada Allah iaitu dengan memperbanyak tilawah atau membaca Al-Quran. Amalan ini tak hanya membuat kita semakin dekat dengan Sang Pencipta dan mendatangkan pahala, ini juga boleh membuat kita mempunyai peribadi yang semakin sabar, lapang dada, jujur dan sebagainya.

Al-Quran diturunkan oleh Allah untuk diamalkan dan dijadikan petunjuk jalan bagi orang-orang yang beriman serta bertawakal. Sebagian salaf mengatakan bahawa Al-Quran diturunkan untuk diamalkan. Dengan membaca dan mengamalkan Al-Quran kamu akan termasuk orang-orang yang dicintai oleh Allah SWT.

3. Selalu Bersyukur

Umat muslim wajib bersyukur atas nikmat Allah SWT telah diberikan, dari nikmat harta hingga nikmat bernafas. Sebab bersyukur disebutkan sekitar 70 ayat di dalam Alquran. Dengan banyakkan bersyukur, kita akan tergolong dalam golongan orang yang mendapatkan redha Allah SWT serta salah satu cara untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT.

Dengan bersyukur maka anda boleh semakin dekat dengan Allah SWT. Ada beberapa cara bersyukur yang diantaranya : Bersyukur dengan hati dilakukan dengan menyedari sepenuhnya bahawa segala nikmat dan rezeki yang didapatkan semata-mata merupakan kurniaan dan kemurahan Allah.

Bersyukur dengan lisan dengan mengucapkan Alhamdulillah (segala puji bagi Allah). Bersyukur dengan tindakan bermakna bahawa semua nikmat yang diperoleh harus dimanfaatkan di jalan yang diredhaiNya dan merawat kenikmatan yang telah Allah berikan. Jika kamu boleh bersyukur maka Allah akan menambah kenikmatan kepadanya dan Allah akan selalu dekat dengan hambanya.

4. Mengingati Kematian dan Tidak Tergoda dengan Dunia

Cara mendekatkan diri kepada Allah seterusnya adalah ingat akan mati dan tidak tergoda akan dunia yang fana. Setiap makhluk hidup pasti akan mati. Sangat menakutkan jika membayangkan kematian kerana kita sebagai manusia, masih memiliki banyak kesalahan dan dosa. Kematian pasti menghampiri makhluk hidup, namun hanya Allah SWT yang mengetahui waktunya.

Kematian sebenarnya sangat dekat, lebih dekat dari urat leher kita dan dapat secepat kilat menjemput. Oleh kerana itu sebagai umat Islam sebagai hamba yang baik jangan sampai tergoda akan gemerlap dunia. Dunia hanyalah tempat singgah sementara dan hanya perkara yang fana. Hamba yang baik hanya mengingat satu perkara, yaitu janji Allah akan kehidupan akhirat yang kekal adanya.

5. Berzikir dan Mengerjakan Ibadah Sunat

Agama Islam telah mewajibkan menganutnya untuk menjalankan ibadah wajib iaitu solat, puasa, zakat, dan haji bagi yang mampu. Untuk semakin mendekat diri kepada Allah SWT juga dianjurkan untuk menunaikan ibadah sunat. Seperti Salat Dhuha, Tahujud, Puasa sunah serta berzikir.

Zikir atau wirid sering diartikan menyebut nama Allah SWT, dan biasanya dilakukan secara rutin untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT. Berzikir adalah menyebut nama Allah dengan membaca tasbih (Subhanallah), tahlil (Laa ilaaha ilallaah), tahmid (alhamdulillah), taqdis (qudduusun), takbir (allahu akbar), dan lain-lain.


Waoh, MENARIKNYA! SOCAZ ada buat MERDEKA SALE!

Jualan dengan hottest item sahaja:

  • Stokin Soka Alien M
  • Kanik Alien Tapak Hitam M
  • Stokin Soka Original New Edition
  • Surprise Box by SOCAZ

Pelbagai warna menarik yang boleh dipilih.

Jangan fikir lama-lama, stok adalah terhad!

Contect number di bawah untuk order:

www.socaz.my


Sumber:

https://www.unisza.edu.my/kolejkediaman/index.php?option=com_content&view=article&id=107:tazkirah-hubungan-manusia-dengan-allah&catid=11&Itemid=473&lang=en

https://www.liputan6.com/citizen6/read/3904240/5-cara-mendekatkan-diri-kepada-allah-swt-agar-selamat-dunia-akhirat




Older post Newer post

Your cart is currently empty.
Continue shopping