search

Hobi yang Menarik untuk Anda Cuba

Hobi yang Menarik untuk Anda Cuba

Daripada terlalu asyik bermain telefon pintar, apa kata anda penuhi masa yang ada itu dengan aktiviti yang berfaedah. Sekurang-kurangnya ada juga hasilnya. Tambahan pula, anda dapat isi masa lapang dengan benda berfaedah. Antara hobi yang semua orang boleh cuba ialah:


  • belajar bahasa asing
  • fotografi
  • gubahan bunga
  • mendaki bukit atau gunung
  • DIY
  • membaca
  • kerja amal
  • belajar musik
  • mengemas


1. Belajar Bahasa Asing

Menerima cabaran dalam mempelajari bahasa asing sebagai hobi bukan hanya boleh menjadikan anda mahir bertutur dalam bahasa tersebut, tetapi ia juga boleh menjadi satu cara untuk anda berkomunikasi bersama mereka yang bercakap dalam bahasa tersebut. 

Setidak-tidaknya membantu anda untuk berkomunikasi kala ke luar negara. Sudah pasti ia menyeronokkan apa bila anda sendiri boleh memahami apa yang orang lain perkatakan. Selain merujuk buku, anda boleh belajar menerusi menonton filem mahupun mendengar lagu.

 

2. Fotografi

Kamera kompak digital semakin hari semakin mudah untuk mendapatkannya dan dijual pada harga yang berpatutan. Bahkan lebih senang untuk digunakan. Hari ini juga sudah mudah mencari kursus fotografi bagi mereka yang baru dalam bidang ini. Jadi, ia pastinya boleh menjadi satu hobi yang menyeronokkan bagi seseorang yang mempunyai mata seni. Untuk memulakan hobi ini, bersedia untuk membuat sedikit perbelanjaan dalam mendapatkan kamera yang anda inginkan. Perlahan-lahan, dari jurugambar amatur boleh menjadi seorang jurugambar profesional. Siapa tahu bukan?


3. Gubahan Bunga

Mungkin ia agak memerlukan kos yang tinggi sedikit, tetapi bayangkan bagaimana cool nya jika anda boleh menghasilkan sendiri gubahan bunga yang indah seperti anda lihat di majlis perkahwinan. Dan mungkin satu hari nanti jika anda sudah mahir dalam menggubah bunga, anda boleh membuka perniagaan sendiri untuk gubahan bunga.


4. Mendaki Bukit atau Gunung

Mendaki bersama teman atau solo, tidak bermakna yang anda seorang pendaki tegar. Cuba mendaki di hutan-hutan terjaga yang mempunyai laluan pejalan kaki dengan tahap kemampuan anda. Sekurang-kurangnya anda memperoleh waktu kualiti bersama teman atau diri sendiri.

 

5. DIY

Dari anda biarkan botol kaca dari kicap, sos atau minuman terbuang begitu sahaja, lebih baik anda simpan dan ubahnya menjadi satu item yang berguna di rumah anda. Mula amalkan amalan kitar semula. Setidaknya anda sudah cuba menyelamatkan bumi dari dicemari. Bahkan, anda akan menjadi lebih kreatif dalam pengubahsuaian


7. Membaca

Membaca adalah hobi paling murah sekali namun ia memberi kelebihan yang paling baik dalam menambah ilmu. Ahh, jangan bagi alasan tiada buku di rumah! Zaman sekarang ilmu boleh dapat di hujung jari sahaja, dalam internet macam-macam bahan bacaan boleh didapati dengan mudah.

Atau kalau mahukan feel nostalgia, boleh berkunjung ke perpustakaan untuk membaca dengan tenang dan tanpa kos. Kalau malas nak baca buku tebal, boleh mulakan dengan artikel ringan seperti yang sedang anda baca sekarang. Wink! Amalan membaca ni bukan sahaja dapat menambahkan ilmu tetapi ia mampu memberi inspirasi dalam kehidupan seharian.


8. Kerja amal

Mungkin ada yang tidak menganggap kerja amal sebagai hobi tetapi aktiviti mulia ini sebenarnya membantu kita dari segi kerohanian. Tidakkah anda berasa bangga dan gembira dengan diri sendiri apabila dapat melakukan sesuatu untuk orang lain? Menerusi kerja amal ini juga percayalah, anda dapat mengenali sisi lain dalam diri sendiri yang mungkin tidak pernah anda tahu!


9. Belajar muzik

Pernah anda terfikir untuk belajar bermain piano? Gitar? Biola? Sebenarnya kos untuk mempelajari alatan ini tidak mahal pun kerana sudah banyak tutor mengadakan kelas secara dalam talian atau video tutorial di YouTube.

Untuk dapatkan alatan ini pun mungkin boleh membelinya di kedai barangan terpakai seperti Cash Converters, Flea Market Amcorp Mall atau Pasar Loken! Bermain muzik sebenarnya sangat menyeronokkan dan bila dah pandai nanti boleh lah hantar video anda sedang main lagu kegemaran si dia.


10. Mengemas

Ya! Apa kena mengena mengemas dalam hobi? Tapi cuba lihat sekitar rumah anda. Penuh barang tak berguna? Inilah masanya untuk tukarkan rutin mengemas itu sebagai satu hobi dan percayalah anda akan terkejut dengan perubahannya nanti.

Ambil masa untuk asingkan barang-barang yang sudah tidak berguna untuk dibuang atau didermakan kepada orang memerlukan. Bukan sahaja anda dapat buat kebaikan tetapi dapat hidup dalam keadaan teratur dan bersih



psst....dah masuk bulan 8 ni  

BIG SALE pun dah nak habis masa  

jangan tunggu lama, nanti stock habis  

rugi tak beli sale ni, bukan mudah nak dapat  

so, tekan    link ni kalau nak order:

www.wasap.my/60167710754/socazhq
www.wasap.my/60167710754/socazhq

www.wasap.my/60167710754/socazhq


www.socaz.my

Sumber:

http://apampanas.blogspot.com/2016/05/5-hobi-yang-cool-untuk-dicuba.html

https://www.mstar.com.my/xpose/isuke/2019/04/04/lima-hobi-menarik



Older post Newer post

Your cart is currently empty.
Continue shopping