icon-search

Happy Women's Day

Happy Women's Day

Hari wanita sedunia di sambut pada  8 Mac setiap tahun. Pada tahun 2021, Hari Wanita Sedunia bertemakan "Wanita Bangkit Mendepani Cabaran". Sambutan pada tahun ini lebih menghargai sumbangan berterusan wanita dalam pelbagai bidang walaupun dalam situasi Covid-19. 

Hari wanita sedunia merupakan hari untuk menghargai dan mengiktiraf kejayaan wanita diseluruh negara tanpa mengira latar belakang, etnik, budaya, etnik mahupun ekonomi.
Ada beberapa fakta menarik disebalik sambutan Hari Wanita ini:

1. Hari Wanita Sedunia ini merupakan hari untuk menghargai serta mengiktiraf kejayaan yang dicapai oleh oleh Wanita di seluruh negara tanpa mengira etnik, bahasa, budaya, ekonomi mahupun politik.

2. Idea hari wanita ini muncul apabila dua peristiwa penting melibatkan pergerakan wanita yang  berlaku di Amerika Utara dan rantau Eropah.

3. Satu bantahan dan protes telah berlaku pada tahun 1909 dimana Wanita Amerika Utara melakukan bantahan berkaitan hak wanita mengundi sewaktu pilihan raya di negara-negara tersebut.  Bantahan tersebut diketuai oleh Para wanita dan Parti Sosialis Amerika Syarikat. Bantahan ini kemudianya bertukar menjadi hari rasmi bagi golongan wanita.

4. Warna tema bagi Hari Wanita Sedunia ialah ungu,hijau, dan putih dimana warna hijau melambangkan sebuah harapan dan warna putih menandakan kesucian.

5. Di Jerman, Austria, Denmark dan Switzerland, Hari wanita mula disambut pada 19 Mac 1911 yang dilakukan secara besar-besaran dalam kalangan wanita.

Di kesempatan ini, Socaz ingin mengucapkan selamat hari wanita kepada seluruh wanita di dunia. 

"There is no limit to what we, as women, can accomplish"
~Michelle Obama~


Sumber:

www.bharian.com.my
www.astroawani.com
www.suara.com

 



Older post Newer post

Your cart is currently empty.
Continue shopping