search

Checklist Sebelum Keluar Rumah

Checklist Sebelum Keluar  Rumah

Checklist Sebelum Keluar Rumah

Checklist ini khas untuk kaum hawa. Jadinya, sebelum keluar rumah anda perlu pastikan checklist ini ada pada diri anda!!!

Tudung
Anda perlu pastikan tudung anda melepasi paras dada. Lebih labuh lebih baik.
Hal ini bagi memastikan bahagian dada ditutup dengan lebih sempurna.

Baju
Baju yang anda pakai haruslah longgar dan tidak menampakkan bentuk tubuh. Pemilihan kain juga penting. Elakkan daripada memakai bajuyang jarang dan singkat.

Seluar
Seluar yang anda pakai perlulah longgar dan tidak menampakkan bentuk kaki. Kalau anda boleh pakai kain lagi baik. Tapi pastikan kain yang anda pakai itu tidak jarang.

Handsock
Anda perlu pastikan anda sudah memakai handsock sebelum keluar rumah untuk menutupi bahagian lengan anda yang mudah terdedah. Pemilihan material handsock yang ringan,sejuk, dan baik untuk penyerapan peluh amat penting kerana ia akan memberikan keselesaan kepada anda ketika memakainya.

Stokin
Stokin jangan lupa ya. Pastikan pakai stokin yang selesa dan tidak jarang.Pilih material yang sejuk dan bagus untuk menyerap peluh.


Jom kita sama-sama semak sebelum keluar rumah.
"Wanita hiasan dunia, Seindah hiasan adalah wanita solehah"




Older post Newer post

Your cart is currently empty.
Continue shopping