search

CARA UNTUK KHATAM AL-QURAN DENGAN CEPAT DI BULAN RAMADHAN

CARA UNTUK KHATAM AL-QURAN DENGAN CEPAT DI BULAN RAMADHAN

Bagaimanakah cara untuk khatam Al – Quran dengan cepat di bulan Ramadhan?

Bulan Ramadhan adalah bulan yang mulia kerana turunnya al-Quran Kalamullah. 

Pada bulan Ramadhan juga kita digalakkan untuk memperbanyakkan ibadah. Setiap amalan di bulan Ramadhan akan ditingkatkan sebanyak 70 kali ganda pahalanya. Antara amalan yang sangat digalakkan adalah dengan membaca al-Quran 

Pada tahun ini marilah kita menanam azam untuk membaca dan khatam al-Quran sebanyak mungkin mengikut kemampuan masing-masing.

 

Cara Pengiraan Bilangan Juzuk, Halaman dan Muka Surat dalam Al-Quran

Al-Qur’an Mushaf Uthmani mengandungi 604 halaman yang bermula daripada surah al-Fatihah sehingga surah al-Nass. 

Jumlah keseluruhan surah dalam al-Qur’an adalah sebanyak 114. Satu al-Qur’an mengandungi 30 Juzuk. Setiap Juzuk mengandungi 20 muka surat yang bersamaan dengan 10 helaian.

Secara asasnya jika membaca secara istiqamah al-Qur’an selepas daripada solat 5 waktu, kita dapat menetapkan target untuk khatam berapa kali pada tahun ini.

Jika kita lakukan secara istiqamah dengan jumlah bilangan muka surat yang ditetapkan, InshaAllah pada akhir Ramadhan kita dapat sempurnakan khatam al-Qur’an mengikut target yang kita tetapkan samaada sekali, 2 kali, 3 kali dan seterusnya.

Tips Khatam al-Quran sekali di bulan Ramadhan

Jika anda bercadang untuk khatam al-Qur’an sebanyak sekali pada Ramadhan tahun ini, cuba amalkan membacanya selepas daripada solat 5 waktu.


Khatam sekali dalam bulan Ramadhan


Oleh itu, 20 muka surat dibahagikan dengan 5 waktu solat bersamaan dengan 4 muka surat setiap kali baca.

Bacaan untuk 4 muka surat ini mengambil masa antara 10 hingga 15 minit mengikut kadar biasa. Tidak terlalu cepat dan tidak terlalu lambat.


Tips Khatam al-Quran 2 Kali di Bulan Ramadhan

Selanjutnya jika kita berhasrat untuk khatam al-Qur’an 30 juzuk 2 kali pada Ramadhan tahun ini, pengiraanya adalah sebagaimana berikut:

Khatam 2 kali dalam bulan Ramadhan

Untuk tips 2 kali khatam al-Quran dalam sebulan, kita perlu istiqamah sebanyak 8 muka surat setiap kali selepas solat fardhu.

Bacaan untuk 8 muka surat ini mengambil masa kira-kira 20-25 minit untuk dihabiskan dengan yang biasa.

Satu lagi, kalau kita nak tahu target kita tercapai untuk 2 khatam ini, pada pertengahan Ramadhan iaitu hari ke 15, kita sudah menghabiskan pusingan pertama khatam. Bermula pada hari ke-16 Ramadhan, kita akan mengulang semula dari juzuk pertama.


Tips Khatam al-Quran 3 Kali di Bulan Ramadhan

Manakala jika kita berazam untuk khatam al-Qur’an 30 juzuk 3 kali bulan puasa ini, cara pengiraan untuk setiap kali bacaan adalah sebagaimana berikut:

Khatam 3 kali dalam bulan Ramadhan

Untuk 3 kali khatam dalam sebulan, kita perlu istiqamah sebanyak 12 muka surat setiap kali selepas solat fardhu. Sehari kita perlu habiskan 3 juzuk bersamaan dengan 60 halaman.


Bacaan untuk 12 muka surat ini mengambil masa kira-kira 30-40 minit untuk dihabiskan dengan kadar bacaan. Jadi sehari kita akan memperuntukkan antara 2 jam hingga 2 jam 30 minit untuk membaca al-Qur’an. 


Bagi mengetahui target kita tercapai untuk 3 kali khatam, pada 10 hari pertama, kita sudah menghabiskan sekali khatam. Kemudian diikuti 10 hari berikutnya (hari ke 20 Ramadhan). Dan 10 hari lagi untuk khatam kali ketiga.




Panduan Penting Setiap Kali Membaca al-Qur’an

  1. Perlu ada target untuk khatam berapa kali pada ramadhan tahun ini.
  2. Bacaan al-Qur’an boleh dilakukan sebelum atau sesudah solat waktu. Pengiraan berdasarkan waktu solat adalah bagi memudahkan pembaca. Tambahan pula membaca al-Qur’an perlulah dalam keadaan berwudhuk.
  3. Jika tidak sempat membaca al-Qur’an pada sebelum atau selepas solat fadhu, boleh digantikan pada waktu yang lain seperti selepas Solat Dhuha, sebelum tidur, ketika qiamullail dan sebagainya.
  4. Apa yang paling penting adalah niat kita membaca al-Qur’an adalah kerana Allah Ta’ala dan bertujuan menghidupan bulan Ramadhan ini dengan ibadah yang banyak.
  5. Kita juga digalakkan memahami maksud al-Qur’an dengan meihat tafsir-tafsir ayat bagi memahami dan menghayati isi kandungan al-Qur’an. Ini kerana al-Qur’an bukan sahaja untuk dibaca, tetapi juga di amalkan kandungannya.


Semoga tips Khatam al-Qur’an ini dapat membantu kita meningkatkan amalan pada bulan Ramadhan ini. Sama-sama juga kita berdoa setiap kali selepas membaca al-Qur’an agar wabak Covid-19 yang melanda negara ini berakhir dengan segera.

WOW! SOCAZ ada buat RAMADHAN SALE!!

Jualan dengan hottest item sahaja:

  • STOKIN SOKA ALIEN M (RM 5.99) NORMAL PRICE RM7!
  • KURMA MEDJOOL FIRDAUS (2BOX RM100) 
  • HANDSOCK  AAISYA (RM6.99) NORMAL PRICE RM12!
  • HANDSOCK AINISHA BASIC 3.0 (RM6.99) NORMAL PRICE RM10!

Jangan fikir lama-lama, stok adalah terhad! 

Contact number di bawah untuk order:

https://www.socaz.my/


Sumber di petik dari:

https://theinspirasi.my/tips-khatam-al-quran-di-bulan-ramadhan/



Older post Newer post

Your cart is currently empty.
Continue shopping