search

Cara Solat Tahajjud

Cara Solat Tahajjud

Solat sunat tahajjud dilakukan pada tengah malam, iaitu selepas jam 12 malam.

Waktu ini adalah selepas bangun daripada tidur sewaktu keadaan senyap sunyi dikala semua manusia lain sedang nyenyak tidur.

Firman Allah SWT: Wahai orang yang berselimut! Bangunlah sembahyang Tahajjud pada waktu malam, selain dari sedikit masa (yang tak dapat tidak untuk berehat), Iaitu separuh dari waktu malam, atau kurangkan sedikit dari separuh itu, atau lebih daripada seperdua itu dan bacalah al-Quran itu dengan perlahan-lahan.— Surah al-Muzzammil ayat 1-4 

Amalan bangun untuk beribadah selepas tidur malam ini dikenali sebagai Qiamullail.

Niat Solat Tahajjud

Apabila bangkit selepas tidur di tengah malam, ambillah wuduk.

Seterusnya mengadap arah kiblat dan ucapkan lafaz niat solat solat tahajjud ini:

niat solat sunat tahajjud

 Usolli Sunnatat-Tahajjudi Rak’ataini Lilaahi Ta’ala 

Atau niat dalam Bahasa Melayu:

Sahaja aku solat tahajjud dua rakaat kerana Allah Taala

Rakaat Solat Tahajjud

Tidak ada keterangan khusus berkenaan solat sunat tahajjud secara terperinci.

Bilangan rakaatnya tidak terbatas, tetapi sekurang-kurangnya dua rakaat dengan satu salam bagi setiap dua rakaat.

Solat sunat tahajjud boleh dikerjakan sebanyak dua, empat, enam, lapan dan dua belas rakaat. — tetapi ia boleh dilakukan sebanyak mungking mengikut kemampuan anda.

Tetapi apa yang lebih penting, sebolehnya ia dilakukan secara istiqamah setiap malam walaupun hanya dilakukan 2 rakaat sahaja.

Perlaksanaan cara solat tahajjud ini adalah sama seperti solat-solat sunat yang lain.


Cara Solat Tahajjud

Cara solat tahajjud dari segi pergerakan adalah sama seperti solat-solat yang lain.

Cara mengerjakan Solat Sunat Tahajjud adalah seperti berikut:

Rakaat Pertama

1.Solat Dimulakan dengan takbiratul ihram.

Semasa mengangkat takbir, bacakan niat solat dalam hati.


2.Kemudian, bacalah doa Iftitah.


Hukum membaca Iftitah adalah sunat hai'ah . Solat tetap sah jika doa ini ditinggalkan.

doa iftitah
Doa Iftitah


3. Seterusnya, bacalah surah Al-Fatihah 

Surah al-Fatihah adalah sebahagian daripada rukun solat. Oleh itu ia wajib dibacakan dalam solat.

surah al fatihah

4. Kemudian, baca Surah al-Kafirun

Selesai baca al-Fatihah, maka bacalah pula ayat daripada surah al-Quran seperti surah al-kafirun (atau surah yang lain).

surah al-kafirun


5.Selesai membaca surah, teruskan dengan rukuk dan sujud sehingga selesai rakaat pertama. 

Rakaat Kedua

6.Rakaat kedua dimulai dengan lafaz takbir intiqalat

(takbir intiqalah bermaksud takbir permulaan rakaat kedua).


7.Baca surah al-Fatihah.


Seperti rakaat pertama, pada rakaat kedua juga dibacakan surah al-Fatihah.

surah al fatihah

Surah Al-Fatihah

8.Membaca Surah al-Ikhlas


Pada rakaat kedua, bacalah surah Al-Fatihah dan diikuti surah Al-Ikhlas:


surah al-ikhlas


9.Solat diteruskan dengan rukuk, sujud dan tahiyyat akhir sehinggalah selesai rakaat kedua. 


10.Solat diakhiri dengan memberi salam. 


Doa Solat Tahajjud

Rasulullah SAW tidak pernah meninggalkan solat sunat Tahajjud sepanjang hayatnya.

Selesai solat, Rasulullah SAW membaca doa berikut:

doa solat tahajjud

Maksudnya:

Ya Allah, bagiMu segala puji, Engkaulah penegak langit dan bumi serta segala isinya.

BagiMulah segala puji, Engkau raja penguasa langit dan bumi. BagiMulah segala puji, pemancar cahaya langit dan bumi.

BagiMulah segala puji, Engkaulah yang benar, janjiMu adalah benar, perjumpaanMu itu adalah benar, firmanMu adalah benar, syurga adalah benar, neraka adalah benar, para nabi adalah benar, Nabi Muhammad SAW adalah benar, dan hari kiamat adalah benar.

Ya Allah, kepadaMulah aku berserah diri, kepadaMulah aku kembali, kepadaMulah aku rindu, dan kepada Engkaulah aku berhukum. Ampuni aku atas kesalahan yang telah aku lakukan dan yang sebelumnya, baik yang aku sembunyikan mahupun yang dinyatakan.

Engkaulah Tuhan yang terdahulu dan Tuhan yang terakhir. Tiada Tuhan melainkan Engkau. Tiada daya dan kekuatan melainkan dengan (kekuasaan) Allah.

Doa ini adalah menurut riwayat Ibn Majah daripada Abdullah Ibn Abbas dan riwayat al-Bukhari, no 1120, 6317, 7385 dan Muslim no 769



WOW! SOCAZ ada buat FEBRUARI SALE !!

Jualan dengan hottest item sahaja:

  • Stokin Soka Alien M
  • Stokin Kanik Japan
  • Stokin Elkido Kids
  • Handsock Cik Wania
  • Handsock Addra Exclusive

Jangan fikir lama-lama, stok adalah terhad!

Contect number di bawah untuk order:

https://www.socaz.my/


Sumber:
https://akuislam.com/blog/ibadah/solat-sunat-tahajjud/



Older post Newer post

Your cart is currently empty.
Continue shopping