icon-search

CARA PENJAGAAN KAKI YANG BETUL

CARA PENJAGAAN KAKI YANG BETUL

Kaki adalah anggota yang sering terdedah kepada kekotoran. Adakah anda seorang yang menitik beratkan penjagaan kaki??? Disini saya mahu kongsikan cara penjagaan kaki yang betul.

1. Membasuh kaki
Pastikan anda membasuh kaki dengan sabun setiap hari untuk pastikan kotoran serta peluh dapat dibersihkan dengan betul kerana kaki yang sering memakai stokin dan kasut setiap hari amatlah mudah untuk dijangkiti bakteria dan kulat.

2. Keringkan kaki
Kaki yang lembap akan menyebabkan kulat dan bakteria mudah untuk membiak. Atlete's Foot adalah penyakit yang dimana jangkitan kulat berlaku pada kaki. Maka, sebaiknya keringkan kaki anda terlebih dahulu terutamanaya di kawasan celahan jari sebelum memakai stokin atau kasut. Pemilihan material stokin juga amat penting kerana stokin yang diperbuat daripada material nylon spandex lebih mudah kering dan menyerap peluh. Maka, kaki anda tidak akan lembap dan kuman mahupun kulat tidak mudah untuk membiak.

3. Gunakan pelembap pada kaki
Penggunaan pelembap pada kaki amatlah penting untuk mengelakkan kaki daripada retak dan kering. Kulit kaki yang retak dan kering lebih mudah untuk menarik kotoran untuk melekat pada kaki. Maka, carilah pelembap mahupun losyen kaki yang sesuai untuk anda gunakan kepada pada kaki anda supaya kulit kaki anda tidak kering.

4. Pakai stokin
Pemakaian stokin dapat melindungi kaki anda daripada habuk dan kotoran. Selain itu, pemakaian stokin juga boleh lindungi kaki anda daripada terkena sinaran UV matahari secara langsung. 

5. Pakai kasut yang selesa
Pemilihan kasut yang sesuai dengan kaki amatlah penting kerana kasut yang terlalu ketat akan menyebabkan kaki mudah luka dan jangkitan kulit juga mudah berlaku. Bagi wanita, jangan terlalu kerap memakai kasut tumit tinggi kerana kasut tumit tinggi akan merosakkan tisu dan ligamen kaki dan mengelakkan anda daripada menghidap "Bunion feet".

www.socaz.my 


Sumber:
hellodoktor.com 



Older post Newer post

Your cart is currently empty.
Continue shopping