icon-search

Cara Merawat Senggugut

Cara Merawat Senggugut

Hai wanita di luar sana! Adakah anda mengalami senggugut tetapi tidak tahu cara nak kurangkan rasa sakit itu? Anda juga mesti tertanya-tertanya tanya dari mana datang rasa sakit itu dan kenapa rasa sakit itu begitu kuat? 

Semasa datang bulan, kontraksi kuat akan terjadi sebagai salah satu proses meluruhkan dinding rahim. Kontraksi ini menekan pembuluh darah yang mengelilingi rahim, sehingga memutuskan bekalan darah dan oksigen ke rahim. Sebagai tindak balas, rahim melepaskan bahan kimia yang menyebabkan rasa nyeri dan sakit. Terdapat pelbagai cara yang boleh digunakan untuk hilangkan senggugut, ini adalah cara yang paling ringkas dan berkesan bagi kebanyakan wanita:

1. TUAMAN PANAS

Percaya ataupun tak, inilah cara paling mudah dan berkesan untuk hilangkan senggugut. Melalui tuaman panas, otot-otot yang sedang berkontraksi akan menjadi lebih relaks. Jadi, laburkan sedikit wang untuk membeli beg tuaman panas ini. Ia lazimnya boleh didapati di farmasi dan cermat kerana anda boleh gunakannya banyak kali. Selain daripada tuaman panas daripada beg yang mempunyai cecair panas, anda juga boleh membeli gel pad daripada farmasi yang mempunyai fungsi 2 dalam 1 iaitu boleh disejukkan dan dipanaskan. Gel pad tersebut mempunyai saiz yang sangat sesuai untuk tutup kawasan yang anda sakit, selebihnya ia juga dapat digunakan untuk mengurangkan bengkak.

Kalau malas ataupun berjimat, anda juga boleh cuba buat sendiri dengan mengisi air panas ke dalam botol yang sesuai.

2. MINUM AIR SUAM

Air suam mempunyai banyak kelebihan dari segi kesihatan seperti dapat membuang toksin serta membantu melancarkan peredaran darah. Selain itu, ia juga memberi tenaga dan mampu mengelakkan anda daripada memakan snek yang tidak berkhasiat kerana ia secara tidak langsung memberi kesan ‘penuh’ pada perut.

Seperti tuaman, meminum air suam juga boleh memberi kelegaan kepada otot rahim yang kejang.

3. AMBIL HERBA DAN SUPLEMEN

Banyak jenis herba yang selalu disyorkan oleh petua orang lama. Memang banyak yang berkesan. Antara yang paling popular ialah halia. Caranya, ambil segenggam halia dan tumbuk lumat. Masukkan halia ke dalam segelas air suam untuk dijadikan teh.Teh herba juga mempunyai sifat anti-radang dan sebatian antispasmodik yang boleh mengurangkan kekejangan otot dalam rahim yang menyebabkan kekejangan. Minum teh chamomile, adas atau halia adalah cara yang mudah dan semula jadi untuk melegakan senggugut. Selain itu, teh herba boleh mempunyai faedah lain seperti melegakan tekanan dan membantu dengan insomnia.

Selain itu, antara suplemen yang disyorkan dalam bentuk pil biasanya terdiri daripada magnesium, vitamin D, dan minyak ikan yang kaya dengan Omega-3 seperti pati ikan haruan.

4. KURANGKAN TEKANAN

Tempoh datang bulan tidak boleh diramalkan kerana sesetegah orang berbeza tempohnya. Gabungan simptom datang bulan dan tekanan hidup seharian boleh jadi agak berat seperti kejatuhan bom hormon.

Pelbagai cara boleh dilakukan untuk kurangkan tekanan seperti banyakkan tidur, luangkan masa bersama rakan, elakkan kafein dan alkohol serta sebagainya. Menjaga diri merupakan aspek yang penting bagi mengekalkan gaya hidup sihat.


Wow, SOCAZ ada jual Kurma Medjool Firdaus!

Keluaran dari bumi Palestine, sedap dan berkualiti tinggi!
Berminat untuk dapatkan Kurma Medjool?

Jangan fikir lama-lama, stok adalah terhad!

Contact number di bawah untuk order:

https://www.socaz.my/


Sumber di petik dari:
https://voxapod.com/blogs/journal/7-natural-ways-to-deal-with-stress-during-your-period
https://siraplimau.com/petua-dan-tips-hilangkan-senggugut/




Older post Newer post

Your cart is currently empty.
Continue shopping