search

Cara merasa makanan ketika puasa

Cara merasa makanan ketika puasa

Rata-rata daripada kita semua jika memasak tak ‘sah’ kalau tak rasa. Tapi jadi masalah pada mereka yang tak mahir memasak terutama di bulan puasa.


Bulan puasa ni mesti kita ada perasaan ragu-ragu sama ada kita boleh atau tidak merasa makanan yang dimasak tu.


Dan kalau dibolehkan, macam mana pula cara nak merasa makanan yang dimasak supaya tak sampai terbatal puasanya? 


Apakah hukum merasa makanan?

Merasa makanan adalah dibolehkan dengan dikecap di hujung lidahnya dan tidak membatalkan puasanya mengikut pendapat yang terpilih.

Situasinya adalah seperti tukang masak atau surirumah yang sedang memasak di dapur.


Ibn Abbas R. Anhuma berkata:


“Tidak mengapa seseorang yang sedang berpuasa mencicipi cuka atau sesuatu, selama tidak masuk sampai ke kerongkong.”


(Riwayat Ibn Abi Syaibah di dalam Musannafnya (9277))


Begitu juga telah berkata Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah Rahimahullah:


“Merasa makanan adalah makruh sekiranya tiada hajat tetapi ia tidak membatalkan puasa. Sekiranya terdapat hajat (untuk merasanya) maka ianya seperti al-Madhmadhoh (berkumur)”. [Majmu' al-Fatawa, 25/266]


Selain itu, jika diperhatikan masih terdapat baki-baki air yang sedikit di dalam mulut dan jika tertelan bersamanya air liur maka ianya tidak membatalkan puasa kerana ianya amat payah untuk dielakkan. [ Rad al-Muhtar, 2/98]


Seperti juga bersugi, bersiwak dan memberus gigi ketika berpuasa, telah sepakat untuk fuqaha' akan keharusannya. Begitu juga penggunaan ubat gigi.


Jika kita perhatikan, semasa memberus gigi, bersiwak dan sebagainya pasti akan terdapat 'rasa' pada lidah namun jika tidak ditelan, ianya tidak membatalkan puasa.



Cara merasa makanan ketika puasa

  1. Merasa makanan hendaklah dalam kuantiti yang sedikit seperti di hujung lidah.
  2. Namun, tidak boleh menelannya kerana jika ditelan masuk bersama air liur, batallah puasanya.
  3. Jika seseorang merasa makanan ketika berpuasa, kemudian dia meludahkannya tetapi masih berbaki rasanya pada lidah sekalipun sampai kepada tekak dan ditelannya, maka ianya tidak membatalkan puasa seseorang itu kerana 'ain makanan tersebut telah diludahkan dan yang tinggal hanya athar (kesan) sahaja yang berbaki .

Jadi, Sesiapa yang baru belajar memasak tu bolehlah merasa makanan ketika puasa tapi ia harus diludahkan semula. Jangan sedap sangat sampai tertelan sudah la



WOW! SOCAZ ada buat RAMADHAN SALE!!

Jualan dengan hottest item sahaja:

  • STOKIN SOKA ALIEN M (RM 5.99) NORMAL PRICE RM7!
  • KURMA MEDJOOL FIRDAUS (2BOX RM100) 
  • HANDSOCK  AAISYA (RM6.99) NORMAL PRICE RM12!
  • HANDSOCK AINISHA BASIC 3.0 (RM6.99) NORMAL PRICE RM10!

Jangan fikir lama-lama, stok adalah terhad! 

Contact number di bawah untuk order:

https://www.socaz.my/


Sumber di petik dari:

https://www.remaja.my/takut-masakantak-sedap-ini-cara-merasa-makanan-ketika-puasa-mufti-wp/



Older post Newer post

Your cart is currently empty.
Continue shopping