search

Cara menyimpan stokin dan handsock

Cara menyimpan stokin dan handsock

Bila masuk hunjung minggu, baru ingat nak rehatkan badan relax di rumah. Tapi, bila tengok stokin dan handsock yang perlu dilipatkan dan barang-barng perlu dikemaskan, aduh!

Sebenarnya, untuk mengelakkan situasi sebegini, ada caranya yang anda boleh ikuti. Cara ini bukan sahaja dapat membantu anda untuk mengemas dan menyimpan stokin dan hansock dengan mudah, malah bilik dan almari pun akan jadi kemas. Anda nak ketahui caranya? Jom saya share.

1) Langkah pertama

  • Keluarkan semua stokin dan handsock dan kumpulkan di satu tempat yang paling lapang dalam bilik. Lepas tu asingkan ikut warna, corak dan jenis. Pastikan semua stokin dan handsock mempunyai pasangan nya.

2) Langkah kedua

  • Lipat stokin dan handsock dengan kemas dan letakkan di dalam almari kecil. Susunkan stokin dan handsock mengikut warna dan corak yang bersesuaian. Boleh juga diletakkan didalam bakul kecil. Ia mungkin akan nampak lagi kemas dan tersusun.

3) Langkah ketiga

  • Selepas itu, jika susun di dalam bakul yang comel, label kan bakul tersebut bagi nampak lagi tersusun dan teratur. Sebagai contoh, labelkan stokin untuk pergi kerja, stokin untuk bersukan, stokin untuk tidur, handsock harian, handsock sukan dan sebagainya. Jadi, ia lebih memudahkan kita untuk mengambilnya. Tak ade lah tercari2 bila nak pakai.

4) Langkah keempat

  • Pastikan stokin dan handsock disimpan dan di lipat dengan kemas dan mudah di ambil. Supaya, boleh menjimatkan masa kita untuk mencari dan dipadankan dengan baju yang hendak dipakai. Kerana, stokin dan handsock juga memainkan peranan penting dalam outfit yang kita pakai untuk terlihat menarik dan cantik.

5) Langkah lima

  • Ok yang terakhir, selesai kemas stokin dan handsock dalam almari tadi ada la stokin atau handsock yang dah tak boleh pakai, koyak, rosak, nak buang dah tak ada pasangan atau dah longgar sebab asyik melorot je bila pakai, haa boleh lah asingkan dan letakkan di dalam plastik untuk di buang atau di kitar semula.

Okay sampai sini sajelah perkongsian daripada saya bagaimana nak simpan stokin dan handsock dengan kemas. Jadi, macam mana ? dah ada idea dahh nak susun macam mana?. ha anda dah boleh dah start kemas sementara duduk kat rumah tak buat apa tuu kan. 

Semoga perkongsian daripada saya dapat memberikan manfaat dan idea kepada anda semua. Selamat mencuba !!  Harap lepas ni makin kemas la almari di bilik ya!  

www.socaz.my



Older post Newer post

Your cart is currently empty.
Continue shopping