search

Cara Menjadi Seorang yang Tenang

Cara Menjadi Seorang yang Tenang

Pernahkah kita memperhatikan, jika orang – orang yang menarik perhatian adalah orang yang tindak tanduknya selalu tenang dan sentiasa berada di bawah kawalan? Dengan sikap tenang di tengah kekacauan mereka yang membuatkan ia menarik perhatian dibandingkan dengan orang lain. Tenang tidak sama dengan pendiam atau pemalu. Bersikap tenang artinya bisa mengendalikan diri dalam segala situasi, yang ditunjukkan melalui sikap tubuh atau ucapan seseorang. Kemampuan bersikap tenang juga berkaitan erat dengan pentingnya pendidikan karakter yang diberikan kepada seseorang sejak masih kecil.

 Bagaimana untuk kita menunjukkan sikap yang tenang dan berada di bawah kawalan? Jom saya sharekan bagaimana caranya. Oleh itu, anda harus mengikuti blog ini hingga ke penghujungnya ya!   

1. Berhenti sebentar daripada melakukan sesuatu perkara

Ketika kita menghadapi sesuatu hal yang membuatkan ketenangan kita terganggu, berhenti sebentar daripada melakukan sesuatu yang sedang kita lakukan pada ketika itu. Jika kita melakukan sesuatu pekerjaan pada saat kita berada dalam keadaan yang terganggu, ia akan menyebabkan kita menghasilkan sesuatu pekerjaan yang kurang memuaskan. Cara membaik pulih emosi adalah dengan cara jangan memaksa untuk tetap terus melakukan sesuatu pekerjaan, berehatlah sebentar untuk memberi ketenangan dalam diri.

2. Tarik nafas panjang

Cara tercepat untuk menenagkan emosi adalah dengan menarik nafas panjang (deep breathing). Lakukan ini selama berkali-kali sehingga kita merasa fikiran sudah lebih tenang dan bahasa tubuh kita juga sudah boleh diuruskan. Sekiranya masih belum tenang, terus lakukannya sehingga kita merasakan nafas kita sudah mula teratur dengan baik. Mengambil nafas merupakan cara menenangkan hati dan fikiran bila ada masalah yang terjadi.

3. Pejamkan mata dan berhitung

Sambil mengatur nafas, pejamkan mata anda. Jika perlu, mainkan muzik berirama lembut yang boleh membuat kita tenang dan santai. Pejamkan mata anda sambil membayangkan semua perkara yang indah yang pernah anda alami dan bagaimana cara membahagiakan diri sendiri. Setelah itu mulalah menghitung dalam hati untuk meredakan emosi anda. Berhitunglah sampai merasakan lebih tenang. 

4. Berjalan kaki

Carilah tempat lain untuk melepaskan penat sebentar. Jika situasi memungkinkan, pergilah jalan - Jalan ke luar untuk mengambil nafas dan menenangkan fikiran. Membuat pergerakan  tubuh badan sebentar dapat membantu menenangkan sedikit fikiran yang membuat penat dan stress, hingga memungkinkan kita untuk mendapatkan ketenangan fikiran dan sikap semula. 

5. Alihkan fikiran

Jika sudah boleh menguruskan pemikiran, kembalilah pada apa yang sedang dikerjakan sebelumnya. Ketepikan dulu masalah apapun yang mengganggu fikiran kita, selesaikan terlebih dulu hal yang penting. Setelah pekerjaan sebelumnya selesai, baru kita boleh memikirkan tentang maslaah yang mengganggu tersebut. Beralih kepada kegiatan lain juga boleh menjadi tips menghilangkan rasa bosan.

6. Jaga nada suara dan susun perkataan

Jika harus bercakap atau mengatakan sesuatu, usahakan untuk menguruskan nada suara kita. Bercakap dengan nada yang tenang dan teratur. Jangan sesekali menaikkan suara dalam perbualan. Jika merasa sikap tenang kita mulai pudar, ambil waktu untuk mengatur nafas sejenak kemudian kembali melanjutkan perbualan. Menyusun perkataan dan bahasa tubuh boleh jua diterapkan untuk menjadi cara memarahi anak yang benar.


WOW! SOCAZ ada buat FIESTA NOVEMBER !!

Jualan dengan hottest item sahaja:

  • Stokin Soka Alien M
  • Kanik Original Tapak Hitam Skin
  • Handsock Hannah

Jangan fikir lama-lama, stok adalah terhad!

Contect number di bawah untuk order:

https://www.socaz.my/

Sumber:
https://cintalia.com/kehidupan/cara-bersikap-tenang



Older post Newer post

Your cart is currently empty.
Continue shopping