search

Cara Meningkatkan Keyakinan Diri

Cara Meningkatkan Keyakinan Diri

Keyakinan diri yang sering di cari, adakah anda semua benar-benar yakin dengan diri anda sendiri? Tepuk dada tanyalah selera.

Kami kongsikan 10 Cara Meningkatkan Keyakinan Diri Anda Tanpa Memikirkan Orang Lain.

1. Mulakan hari anda dengan positif

Tidak ada apa yang lebih menyedihkan apabila anda memulaknhari anda dengan perasaan yang tidak baik. Kadangkala kerana marahkan orang lain, diri anda yang akan menerima kesan yang buruk. Ia boleh menghancurkan mood anda sepanjang hari. Maka jadilah anda seorang yang positif dan jangan biarkan perkara-perkara yang remeh menjadi pemusnah hari anda.

2. Simpan matlamat harian anda

Setiap hari ketika anda bangun dari tidur anda harus mempunyai matlamat yang anda ingin lakukan setiap hari. Seeloknya anda harus mempunya senarai lengkap matlamat anda yang anda tuliskan sebelum anda tidur setiap hari. Senarai itu harus mengandungi segara perkara yang anda ingin lakukan apabila anda bangun dari tidur nanti. Dengan setiap tugasan yang berjaya anda lakukan, sama ada sedar ataupun tidakm anda telah meningkatkan keyakinan anda.

3. “Hadiahkan” diri anda

Untuk setiap tugasan besar yang berjaya anda siapkan, hadiahkan diri anda dengan perkara-perkara yang anda sukai. Sebagai contoh jika anda berjaya menyiapkan sebuah manuskrip, tulisan, ataupun jika anda berjaya dalam peperiksaan anda hadiahkan diri anda dengan melakukan perkara yang anda suka seperti melancong, menonton wayang, ataupun anda boleh beli barangan fizikal sebagai ingatan. Dengan ini anda akan lebih berkeyakinan dalam meneruskan tugasan seterusnya.

4. Tekankan kepada penampilan anda

Tentu ada sebabnya kenapa sesetengah orang yang berjaya kelihatan segak dan berpenampilan menarik. Ia kerana penampilan yang meyakinkan dapat memberikan anda sesuatu yang “extra” dalam tindakan anda. Anda tidak perlu untuk membelanjakan wang yang banyak untuk membeli pakaian yang berjenama ataupun pergi ke salun kecantikan untuk kelihatan menarik. Memadai dengan mengenakan pakaian yang anda rasa selesa dan kelihatan kemas.

5. Pilih sahabat yang positif

Rakan dan sahabat memainkan peranan yang penting dalam kehidupan seorang. Rasulullah s.a.w. juga mempunyai sahabat yang sentiasa menyokong baginda dalam tugas menyampaikan Islam kepada manusia. Bayangkan betapa besarnya peranan sahabat sehingga ada dari kalangan mereka yang dijanjikan syurga. Sahabat yang baik adalah sahabat yang memberi nasihat dan galakan kepada kita. Sahabat yang positif akan memberikan kita keyakinan!

6. Bergaul dengan masyarakat

Ada sesetengah dari kita tidak suka bergaul dengan masyarakat dan lebih suka menjadi kera sumbang. Ia bukan sahaja menyebabkan kita tidak disenangi malah boleh manjatuhkan keyakinan diri kita lebih-lebih lagi ketika berhadapan dengan orang lain. Dengan bergaul bersama masyarakat, rakan-rakan anda boleh meningkatkan “social skills” anda dan cara anda berinteraksi dengan orang lain. Dengan ini anda akan lebih yakin diri.

7. Dapatkan hobi atau pelajari kemahiran baru

Mempunyai hobi ataupun mempelajari kemahiran tertentu banyak membantu dalam miningkatkan tahap keyakinan dalam diri kita. Apabila anda mempunyai hobi tentu sekali kita akan berasa seronok dan teruja. Perasaan ini dapat memberikan kita keyakinan tambahan pula apabila kita dapat berinteraksi dengan mereka yang mempunyai hobi yang sama.

8. Bersenam dan mengamalkan hidup sihat

Sama ada anda percaya ataupun tidak bersenam dapat memberikan keyakinan pada diri kita. Bukan sahaja dari segi penampilan tetapi juga secara dalaman. Apabila kita bersenam kita akan mengeluarkan hormon – testosteron dan endorphin yang membuatkan kita rasa hebat dan di dalam keadaan positif. Ia juga dapat menyihatkan tubuh badan kita dan memberikan kita tenaga dalam aktiviti harian.

9. Membaca dan menuntut ilmu

Menuntut ilmu dengan membaca atau menghadiri kelas dapat memberikan kita keyakinan apabila bercakap. Perbanyakkan membaca untuk membolehkan kita bercakap dengan pelbagai latar belakang orang yang mempunyai pelbagai kepakaran. Dengan itu kita tidak akan kekok apabila berbual dengan mereka. Dengan membaca kita dapat memperolehi “modal” dalam berbicara.

10. Sentiasa melihat kebelakang

Kita dinasihatkan untuk sentiasa melihat kebelakang apabila mengalami sebarang kesusahan ataupun kepayahan hidup. Ini kerana pasti ada mereka yang lebih susah daripada kita. Dengan ini kita dapat merefleksi diri dan membina keyakinan bahawa walau apapun yang berlaku pasti ada mereka yang lebih teruk daripada kita. Jadikan itu sebagai satu motivasi untuk menjadi orang yang lebih baik.

Begitulah di antara cara meningkatkan keyakinan diri, langkah seterusnya adalah merajinkan diri untuk mengamalkannya. InsyaAllah dengan kaedah atau cara di atas mampu meningkatkan keyakinan diri kita. Semoga dengan perkongsian saya pada kali ini memberi manfaat kepada semua.


WOW! SOCAZ ada buat FIESTA NOVEMBER !!

Jualan dengan hottest item sahaja:

  • Stokin Soka Alien M
  • Kanik Original Tapak Hitam Skin
  • Handsock Hannah

Jangan fikir lama-lama, stok adalah terhad!

Contect number di bawah untuk order:

https://www.socaz.my/

Sumber:
https://www.alraudhah.com/10-cara-meningkatkan-keyakinan-diri-tanpa-memikirkan-orang-lain/



Older post Newer post

Your cart is currently empty.
Continue shopping