icon-search

Cara Mengubati Gastrik

Cara Mengubati Gastrik

Selain pengambilan ubat seperti antibiotik untuk membunuh H.pylori, penyekat histamin (H-2), perencat pam proton ataupun antasid, terdapat rawatan di rumah yang boleh dicuba.

Walaupun begitu, seperkara yang perlu diingatkan, tidak semua kaedah ini berkesan untuk setiap individu.

Tetapi tiada salahnya jika anda ingin mencuba untuk mendapatkan cara merawat gastrik angin yang bersesuaian.

1. Ikuti Diet Antiradang

Gastrik merujuk kepada keradangan lapisan perut, jadi pengambilan makanan yang membantu mengurangkan kerengsaan itu pastinya dapat memberikan kelegaan.

Jika anda kerap diserang angin medu, cara terbaik adalah untuk membuat catatan harian bagi mengenal pasti makanan yang boleh mencetuskan gejala.

Kemudian, anda boleh kurangkan pengambilannya atau menghindarinya terus.

Antara makanan yang biasa mencetuskan kerengsaan pada perut adalah:

  • Makanan yang telah diproses
  • Gluten
  • Makanan berasid
  • Produk tenusu
  • Makanan bergula
  • Makanan pedas
  • Alkohol

2. Suplemen Ekstrak Bawang Putih 

Beberapa penyelidikan menunjukkan bahawa ekstrak bawang putih dapat membantu mengurangkan gejala gastrik.

Jadi salah satu cara merawat gastrik angin yang boleh dicuba adalah dengan menghancurkan bawang putih mentah dan memakannya.

Jika anda tidak suka rasa bawang putih mentah, anda boleh mencincangnya dan memakannya bersama sesudu mentega kacang atau dimakan bersama buah kurma.

Kemanisan mentega kacang atau kurma pastinya dapat membantu menutup rasa bawang putih.

3. Makanan Probiotik

Probiotik dapat membantu meningkatkan pencernaan dan mendorong pergerakan usus secara berkala.

Suplemen probiotik memperkenalkan bakteria baik ke saluran pencernaan, sekali gus membantu menghentikan penyebaran H.pylori.

Pengambilan makanan tinggi kandungan probiotik berikut juga dapat mengurangkan gejala gastrik:

  • Yogurt
  • Kimchi
  • Kombucha
  • Sauerkraut
  • Kefir

4. Teh Hijau Bersama Madu Manuka 

Ada kajian menunjukkan pengambilan teh hijau sekali seminggu dapat mengurangkan penularan bakteria H.pylori pada saluran pencernaan.

Madu manuka juga mempunyai manfaat tersendiri. Ini kerana ia mempunyai fungsi antibakteria yang membantu melawan jangkitan.

Ada juga individu merasakan pengambilan air suam sudah cukup untuk menenangkan perut dan membantu pencernaan.

5. Minyak Pati

Berdasarkan ujian makmal, minyak pati seperti serai didapati dapat membantu meningkatkan daya tahan diri terhadap H.pylori.

Minyak pati lain seperti pudina, halia dan bunga cengkih dipercayai dapat memberikan kesan positif pada sistem pencernaan.

Jangan tersalah, minyak pati tidak boleh dimakan, okay?

Sebaliknya ia boleh dicairkan (diluted) dengan minyak pembawa untuk disapu pada kulit.

Minyak pati juga boleh digunakan dalam peresap (diffuser) atau anda boleh mendapatkan rundingan doktor tentang cara penggunaan selamat bagi minyak ini untuk membantu melegakan angin medu.

6. Saiz Hidangan Makanan Lebih Kecil 

Pengambilan saiz hidangan besar dan karbohidrat berat boleh memberikan tekanan pada sistem pencernaan, sekali gus memburukkan gejala gastrik.

Jadi hidangan lebih kecil yang kerap dapat membantu melancarkan proses pencernaan dan mengurangkan

7. Elakkan Merokok dan Pengambilan Berlebihan Ubat Tahan Sakit

Tabiat merokok dan penggunaan ubat tahan sakit secara berlebihan boleh meningkatkan risiko untuk terkena barah perut.

Pengambilan berlebihan ubat penahan kesakitan yang dibeli di farmasi seperti aspirin atau ibuprofen, boleh merosakkan lapisan perut dan memburukkan lagi masalah gastrik.

Wow, SOCAZ ada jual Kurma Medjool Firdaus!

Keluaran dari bumi Palestine, sedap dan berkualiti tinggi!
Berminat untuk dapatkan Kurma Medjool?

Jangan fikir lama-lama, stok adalah terhad!

Contect number di bawah untuk order:

https://www.socaz.my/


Sumber di petik dari:
https://hellodoktor.com/penyakit-perut-gastrousus/gastrik/cara-merawat-gastrik-angin/



Older post Newer post

Your cart is currently empty.
Continue shopping