icon-search

Cara Mengeratkan Hubungan Silaturahim

Cara Mengeratkan Hubungan Silaturahim

Pernah terfikir di dalam minda anda tentang jiran sebelah, ataupun kawan-kawan yang kita tidak pernah kenali ataupun rapat? Ingin bercakap dan berbual dengan mereka tetapi segan bukan? Jangan risau, kali ini, saya akan berkongsi tips untuk para pembaca supaya kita dapat mengeratkan silaturahim sesama sendiri. 

Dalam Surah Al-Hujurat ayat 10:

“Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu bersaudara maka damaikanlah antara dua saudara kamu yang bertelingkah itu dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat.” 


1. Masak lauk lebih

Masak sesuatu seperti lauk pauk atau pun kuih sudah cukup untuk menggembirakan seseorang. Hantar makanan yang anda masak kepada jiran/kawan anda. Beritahu bahawa anda terfikir mengenai mereka jadi anda memutuskan untuk masak sesuatu untuk mereka.

2. Beli buah tangan

Tak sempat nak masak? Tiada masalah, tak semestinya anda perlu masak sendiri, anda boleh sahaja membeli makanan dari luar dan hantar kepada mereka.

3. Prihatin dengan persekitaran

Sentiasa peka dengan persekitaran anda, cari apa sahaja cara untuk bantu mereka. Contohnya anda perasan jiran anda sedang menyapu daun kering, atau sedang mengecat rumah, anda boleh turun sekali membawa “cakar” berserta air ribena satu jag dan bantu selesaikan tugas bersama.

4. Dengar dan berbual dengan mereka

Jangan hanya senyum dan lambai sahaja sewaktu melintas di depan rumah jiran ataupun di depan kawan. Berhenti dan berbual tanyakan kepada mereka apa yang mereka lakukan kebelakangan ini dan bagaimana keadaan keluarga mereka. Dengar dengan teliti apa jawapan mereka dan sekiranya apa yang dikatakan menarik perhatian anda, boleh hulurkan bantuan atau paling kurang, doakan mereka. Jangan lupa untuk menawarkan bantuan tentang apa sahaja yang anda boleh bantu kepada mereka.

5. Anjurkan sesuatu aktiviti

Anjurkan aktiviti bersama mereka. Tidak kisah aktiviti apa seperti berkelah di padang taman anda, kejohanan badminton atas jalan atau aktiviti bedah buku. Ada satu idea anda sebagai penganjur aktiviti sosial aiskrim, di mana semua orang diminta membawa satu jenis aiskrim dan satu “topping”, anda sediakan mangkuk, sudu dan tisu napkin, semua orang cuba untuk teka aiskrim yang mereka makan.

6. Berat sama dipikul (Bantu sesama mereka)

Adakah anda tahu sesiapa berdekatan anda sedang bergelut dengan ahli keluarga yang sakit, kematian atau penambahan ahli keluarga. Sudah tentu mereka memerlukan pertolongan. Cari cara yang kreatif untuk membantu mereka mengatasi masalah mereka. Adakah mereka dikurniakan bayi yang baru lahir namun mempunyai anak sulung yang perlu diberi perhatian dan aktiviti? Tawarkan untuk bantu hantar anak mereka ke sekolah atau bermain bersama anak anda beberapa minggu agar mak nya boleh berehat di rumah dan tidak perlu membawa bayi mereka berulang alik untuk hantar anak yang lebih tua ke tempat aktiviti.

7. Jemput mereka datang ke rumah

Layanan baik adalah satu seni yang banyak kita tinggalkan semenjak kita semakin mengorak langkah di zaman moden. Musim cuti sekolah atau perayaan adalah masa yang sesuai untuk menjemput tetamu untuk datang ke rumah kita. Anda boleh berehat setelah memastikan rumah bersih dan makan di luar rumah. Pastikan makanan itu mudah disediakan seperti laksa atau kfc bucket. Ingat, kita bukan nak kagumkan tetamu dengan skill memasak kita tapi untuk mengeratkan silaturahim.

Mudah saja kan untuk eratkan silaturahim? Jaga kejiranan kita ataupun jaga hubungan dengan kawan-kawan kita, kita membantu untuk cipta komuniti yang aktif dan bersatu padu menyelesaikan apa jua situasi yang melanda. Ianya semua bermula dari kita.

Wow, SOCAZ ada jual Kurma Medjool Firdaus!

Keluaran dari bumi Palestine, sedap dan berkualiti tinggi!
Berminat untuk dapatkan Kurma Medjool?

Jangan fikir lama-lama, stok adalah terhad!

Contact number di bawah untuk order:

https://www.socaz.my/


Sumber di petik dari:
https://teamselangor.org/7-langkah-eratkan-silaturahim/
http://www.kheu.gov.bn/Lists/Khutbah/NewDisplayItem.aspx?ID=800



Older post Newer post

Your cart is currently empty.
Continue shopping