icon-search

Cara Mengemas Rumah dengan Anak dengan Berkesan

Cara Mengemas Rumah dengan Anak dengan Berkesan

Jika anda ada anak kecil, sudah pasti rumah berselerak kan? Yelah, kecil-kecil sudah aktif. Tapi kita tak boleh salah mereka, sebaliknya ajarlah mereka untuk cara mengemas ruma. Ah, kan senangn. Nanti besar nanti senang mereka untuk berdikari dan mengemas rumah sendiri. Antara beberapa cara untuk ajar anak-anak kecil untuk mengemas rumah, antaranya:

  • hadkan jumlah barang dalam bilik anak
  • simpan barang mereka di bekas container dan drawer plastik lutsinar
  • tetapkan rutin mengemas bilik setiap hari
  • ahli keluarga lain tunjuk teladan yang baik 
  • beri upah dan puji anak jika mereka mengemas rumah


1. Hadkan Jumlah Barang dalam bilik Anak

Kanak-kanak sebenarnya tidak memerlukan banyak barang. Apabila mereka mempunyai terlalu banyak barang seperti mainan, mereka akan mengalami kesukaran untuk bermain dengan apa-apa pun nanti. Ia akan membataskan kreativiti dan meninggalkan ruang yang sedikit untuk imaginasi. Cuba hadkan beri anak-anak mainan baru , sebaliknya cuma bagi masa hari istimewa macam hadiah hari jadi.


2. Simpan Barang mereka dalam Bekas Container dan Drawer Plastik Lutsinar

Anak kecil, pasti letak barang mereka merata tempat, tak pun pasti letak kat tempat bukan asalnya. Kadang-kadang mereka juga akan cuba panjat tempat tinggi hanya untuk letak atau amik barang. Pasti semua ibu bapa tak nak itu berlaku kan? Cuba ajak mereka letakkan dalam bekas kotak lutsinar. Bukan hanya ia mudah dan senag menjimatkan ruang, malah ia senang untuk anak-anak kecil untuk mencarinya dan meletakannya balik


3. Tetapkan Rutin Mengemas Bilik Setiap Hari

Tetapkan masa tertentu dalam satu hari untuk anak-anak mengemas bilik. Pastikan masa tersebut anak anda mempunyai tenaga. Jika anda menunggu sehingga waktu sebelum tidur, itu selalunya sudah terlalu lewat. Jadikan ini satu keutamaan. Mengemaskan bilik 5 minit setiap hari akan memastikan keadaan bilik sentiasa terkawal.

Tentukan masa khas untuk pembersihan penuh bilik untuk membuang habuk dan kotoran, seperti setiap hujung minggu. Pastikan anak anda patuh pada rutin ini. Kita ingin mendidik anak yang berdisiplin dan mementingkan kebersihan serta kekemasan. Tetapkan peraturan dan akibatnya. Contohnya, jika bilik tidak kemas, mereka tidak dibenarkan untuk keluar bermain atau menonton tv.


4. Ahli Keluarga lain tunjuk Teladan yang baik 

Sesekali apa salahnya kalau anda minta bantuan ahli keluarga lain untuk mengemas bersama kan? Anda boleh jadikan mengemas rumah sebagai aktiviti bersama keluarga pada setiap hujung minggu. Pastinya anda sekeluarga akan berasa seronok melakukan aktiviti tersebut. Bahagian tugas untak setiap ahli keluraga atau anda boleh lakukanya semua tugasan bersama. Contohnya, megemas dapur, ruang tamu bersama-sama.


5. Beri Upah dan Puji anak jika mereka Mengemas Rumah

Akhir sekali, anda jangan lupa untuk memuji anak kecil mereka setiap kali mereka membantu mengemas dan tidak menyelerakkan rumah. Pujian adalah dambaan setiap manusia di dunia. Apabila anda memuji, mereka akan lebih bersemangat untuk memastikan rumah sentiasa berada dalam keadaan kemas dan bersih. Sesekali anda boleh beri mereka upah yang menarik seperti memasak makanan kegemaran mereka atau bawa makan di luar.


Untuk akhir pesanan, jangan mengharapkan kesempurnaan. Walaupun anak kita seorang yang cepat belajar dan boleh melakukan kerja dengan bagus, kita tidak boleh mengharapkan kesempurnaan dari mereka. Mereka masih kecil dan sentiasa perlu dipantau. Tetapi janganlah lupa pula untuk memberi mereka pujian atas kerja yang mereka buat. Terangkan kepada mereka pentingnya kekemasan dan kebersihan, serta betapa Islam menitikberatkan ini dalam kehidupan seharian kita. Semoga apa yang dikongsikan ini memberi manfaat kepada semua pembaca.



Alright, nak iklan jap.

SALES HARGA RUNTUH,BIAR BETUL       

 ITEM HARGA RUNTUH:

  • Stokin Alien Tapak Hitam: RM4.90/psg*
  • Stokin Alien: RM4.90/psg

 Korang kena dapatkan stokin hot selling ini segera 

HARGA TERPALING MURAH  

STOK TERHAD  

Korang takkan dapat dah harga murah macam ni lepas ni Jadinya, *jangan lepaskan* promosi harga runtuh ni       

Dapatkan segera: www.wasap.my/no.telefon/salesruntuh

pss, nak dapat discount postage? Wasap no ni:

www.wasap.my/no.telefon/salesruntuh 



www.socaz.my

Sumber:




Older post Newer post

Your cart is currently empty.
Continue shopping