search

Cara Mengatasi & Memujuk Perasaan Sedih Anda

Cara Mengatasi & Memujuk Perasaan Sedih Anda

Semua orang tidak boleh dari dari perasaan, sama anda suka ataupun tak. Sebab kita manusia, ia memang lumrah untuk manusia merasai perasaan. Jadi jangan lah hiraukan perasan itu walaupun perasaan itu sedih. Tapi ada bezanya dengan merasai perassan sedih dengan melebihi perasaan sedih itu. Jika membiarkan perasaan sedih menguasai diri, maka anda dalam bahaya. Antara beberapa cara untuk memujuk dan atasi perasaan sedih anda, antaranya:


  •  muhasabah diri
  • menangis
  • motivasi diri 
  • bersenam
  • traveling
  • buat aktivit extreme
  • banyakkan istigfar & zikir
  • sentiasa mengingati Allah
  • jangan lari daripada masalah
  • sayangi diri anda


1. MUHASABAH DIRI

Imbas kembali apa yang berlaku pada kehidupan. Mungkin kita rasa macam ni kerana kita masih melakukan kesalahan itu dan ini. Oleh itu, jauhi yang negatif agar hati ini lebih mudah dipujuk. Melalui iman yang ada dalam diri kita boleh menjadi lebih rasional, tenang dan mampu memujuk hati sendiri.



2. MENANGIS

Menangislah jika anda rasa ingin menangis. Tidak perlu pendam dalam hati, tek elok. Luahkan saja apa yang ada dalam diri. Anda akan rasa lega sikit, daripada diselebungi perasaan sedih itu



3. MOTIVASI DIRI

Motivasi kan diri anda sendiri. Jika anda suka menulis, maka menulislah ayat yang memberi kekuatan. Jika anda mempunyai Facebook, maka tulislah ayat kebaikan. Jika anda suka melukis, lukis sahaja apa perasaan anda mahu lukis kan. Tak kisahlah motivasi apa anda selesa, biarkan ia menjadi sumber kekuatan anda sendiri.



4. BERSENAM

Daripada duduk diam saja, apa kata anda cuba bersenam. Tak pun, cuna lari sekeliling taman anda. Mungkin ia dapat redakan perasaan sedih anda. Dengan bersenam, anda dapat rasakan perasaan sedih dan stress tu hilang begitu sahaja. 



5. TRAVELLING

Pergilah melancong, jauh berjalan luas pemandangan. Bila kita membuka semua deria kita untuk memerhatikan alam sekitar, kita sebenarnya membuka pintu hati kita. Membuka minda kita untuk menerima sebarang kemungkinan. Sesuatu yang bagus untuk membantu sebagai terapi.

Satu lagi perkara yang baik, apabila kita lebih “alert”, kita sebenarnya menggunakan lebih banyak bahagian dalam otak kita dan kita tidak memberi peluang langsung kepada otak kita untuk membuat atau berfikir mengenai perkara yang menyedihkan.



6. BUAT AKTIVIT EXTREME

Aktiviti-aktiviti extreme seperti Flying Fox, Bungee Jumping, White Water Rafting even Paintball pun boleh. Aktiviti extreme ini berfungsi sebagai “farmasi” sementara untuk badan kita. Ini kerana ketika melakukan aktiviti-aktiviti ini, hormon-hormon seperti adrenalin akan diberikan kepada saraf kita. 

Hormon-hormon ini akan melawan hormon kesedihan yang anda dan membantu membuang perasaan-perasaan sedih yang ada. Di samping itu, aktiviti-aktiviti ini akan membantu kita menggunakan masa dan mengelakkan kita dari melakukan perkara-perkara yang akan membuatkan kita sedih.



7. BANYAKKAN ISTIGFAR & BERZIKIR

Beristigfar dan berzikirlah apa yang anda faham. Nak baca yang simple pun takpe. Asalkan ia dapat menenangkan hati anda. Tapi ingatlah ,membaca istagfar dan zikir melalui berbeza dengan beristigar dan zikir melalui hati. Baca lah dengan hati yang iklas kepada Allah SWT.



8. SENTIASA MENGINGATI ALLAH 

Ini yang paling penting sekali. Sentiasa mengingati Allah. Yakinlah dengan sepenuh hati bahawa Allah Maha Mengetahui dan sentiasa bersama kita walaupun apa pun.

Apa yang membuat kita sedih, Allah lebih Maha Kuasa Maha Mengetahui apa yang terbaik bagi kita. Yakinlah kesedihan dan rasa tidak tenang yang Allah beri itu adalah agar kita kembali mengingatiNYA. 



9. JANGAN LARI DARIPADA MASALAH

Hadapi lah masalah tersebut. Tempuhilah dengan penuh kesabaran kerana lari dari masalah tidak akan menyelesaikan apa-apa masalah. Minta bantuan dengan mereka yang boleh anda percaya & mampu bantu anda



10. SAYANGI DIR ANDA

Masih banyak lagi perkara yang harus ditempuhi pada masa akan datang, oleh itu jangan berterusan menyakiti hati sendiri. Tapi pujuklah hati bahawa saat manis yang diinginkan pasti akan tiba. Anda hanya perlu besabar dengan diri anda sahaja.




Nak tahu apa yang best?

BIG SALE masih on lagi   

Stokin Soka Alien M & Kanik Alien Tapak Hitam M masih ada lagi

Warna pun menarik untuk ada

Sepasang dah jadi RM4.90 je

       Rugi nye tak join sale ni

So, jangan tunggu lama. Ada warna nak habis stock ni

Call ous at:


www.socaz.my

Sumber:

http://www.sabri.me/2010/bagaimana-untuk-mengatasi-rasa-sedih/

https://akuislam.com/blog/renungan/cara-terbaik-menenangkan-hati-kecewa/

https://hafizamri.com/cara-memujuk-hati-sendiri/



Older post Newer post

Your cart is currently empty.
Continue shopping