icon-search

Cara mendidik anak dengan baik

Cara mendidik anak dengan baik

Sejak kecil anak perlu dididik untuk bersikap patuh dengan cara yang baik. Berikut merupakan tips mendidik anak agar patuh sejak kecil di kehidupan sehari-hari.

1. Tunjukkan Contoh yang Baik

Tips mendidik anak yang pertama adalah dengan menunjukkan contoh yang baik. Memang tidak ada orang tua sempurna, tapi sudah seharusnya anda dan pasangan memberikan contoh yang baik pada anak di kehidupan sehari-hari. Bila anda ingin anak bertutur dengan kata yang lembut dan baik serta bersikap sopan,  maka anda harus selalu bersikap yang sama sebagai pantulan. Ingatlah jika orang tua merupakan contoh yang akan diikuti oleh anak hingga mereka dewasa.

2. Panggil Nama Anak

Ketika memanggil anak juga sebaiknya dengan menyebut namanya, sehingga anak merasa dihargai oleh orang tua. Ketika melihat dan memerhatikan anda, katakan dengan baik apa yang diinginkan dari si kecil. Hindari diri daripada menjerit kerana ini bukanlah cara mendidik anak yang baik. Bila kebiasaan ini dilakukan, ia akan membuat si Kecil merasa kesal dan takut terhadap anda dan tidak mendengarkan apa yang ingin anda katakan.

3. Mendengar Keluhan daripada Anak

Cara mendidik anak yang baik perlu membiasakan diri untuk mendengarkan apa pun yang ingin disampakaikan oleh anak. Walau anda memberi arahan kepadanya, tidak bermakna  anda tidak mendengar alasan mereka. Boleh jadi anak sedang berasa kepenatan, sedang murung dengan suasana di sekolah, atau memiliki masalah dengan temannya, dan lain-lain. Bila anda menunjukkan sikap mau mendengar keluhan mereka, ia membuat anak akan mendengar perintah anda. Dengan mendengarkan keluhan daripada seorang anak juga akan membuatnya terbiasa mengemukakan pendapatnya. 

4. Peluk Anak Setiap Hari

Berikan anak anda pelukan setiap hari. Kajian menunjukkan bahawa anak yang dipeluk setiap hari akan memiliki kekuatan IQ yang lebih tinggi berbanding dengan anak yang jarang dipeluk.

5. Pandangan Kasih Sayang

Pandanglah anak dengan pandangan kasih sayang. Dengan cara ini akan membuatkan anak anda akan lebih berani dalam menghadapi keadaan persekitaran.

6. Berikan Pujian kepada Anak

Keraplah dalam memuji anak walaupun anak memiliki prestasi yang corot dalam aktiviti sekolah. Dengan memuji anak akan membuatkan anak lebih bersemangat dalam melakukan lebih banyak aktiviti yang dianjurkan oleh pihak sekolah dan mungkin boleh menjadi lebih berjaya di masa akan datang.

7. Utamakan Keluarga Terlebih Dahulu

Ketika kita mengutamakan keluarga terlebih dahulu pasti anak kita akan rasa dihargai. Hal ini kerana kebanyanyakan keluarga yang datang dari orang-orang yang bekerjaya kurang mengambil berat soal ini, mereka lebih mementingkan pekerjaan dan kerap mengabaikan anak mereka malah ada yang memarahi anak mereka sekiranya anak mereka bertanyakan tentang sesuatu ketika mereka sedang sibuk bekerja. Kita tidak harus melakukan perkara tersebut.

Berikut merupakan beberapa tips untuk mendidik anak dengan baik/ Ingat! Kita mesti menjaga anak kita dengan baik sejak kecil agar mereka menjadi anak yang berbudi bahasa dan baik budi pekerti di masa hadapan.


Waoh, MENARIKNYA! SOCAZ ada buat SALE!

Jualan dengan hottest item sahaja:

  • Stokin Soka Alien M
  • Kanik Alien Tapak Hitam M
  • Stokin Soka Original New Edition
  • Stokin Kanik Original Tapak Hitam 
  • Lily Handsock

Pelbagai warna menarik yang boleh dipilih.

Jangan fikir lama-lama, stok adalah terhad!

Contect number di bawah untuk order:

www.socaz.my


Sumber:

https://www.zurich.co.id/id-id/blog/articles/2019/08/7-tips-mendidik-anak-dengan-baik-dan-benar-agar-patuh-sejak-kecil



Older post Newer post

Your cart is currently empty.
Continue shopping