icon-search

Blooming Season in Malaysia

Blooming Season in Malaysia

Musim bunga selalunya berlaku di luar negara seperti di Jepun dan di negara-negara yang mempunyai 4 musim. Tahukah anda di Malaysia juga mempunyai Musim Bunga???

Di beberapa buah negeri di Malaysia seperti di Melaka, Kuantan, Kedah dan juga ibu negara juga menjadi viral baru-baru ini di mana negeri tersebut mengalami musim bunga di mana Pokok Bunga Tekoma yang ditanam di tempat tersebut berbunga dengan begitu cantik seakan-akan berada di Jepun.

Sedikit perkongsian mengenai pokok bunga Tekoma. Pokok bunga ini hidup dalam cuaca panas. Memandangkan negara kita Malaysia, mempunyai fenomena cuaca panas dan kering pada bulan Februari higgga April menyebabkan Pokok Tekoma ini berbunga. Sifat bunga Tecoma ini  memerlukan cahaya matahari untuk proses pendebungaan.Pokok ini juga bersaiz besar dan mempunya pelbagai jenis warna bunga. Bunga ini berbunga apabila dedaunya gugur atau daun pada dahan adalah sedikit. 

Cantik bukan pokok ini? Ramai yang mengatakan Malaysia kini persis di Jepun.
Dengan wujudnya keindahan ini dinegara kita, kita perlulah menjaganya dengan sebaik mungkin. Kita dapat wujudkan peluang pelancongan untuk orang luar menikmati keindahan musim bunga di Malaysia ini.


www.cocaz.my 

Sumber:
corporatewriting21.wixsite.com 



Older post Newer post

Your cart is currently empty.
Continue shopping