icon-search

Belum atau sudah dikurniakan anak, kita tetap perlu bersyukur !

Belum atau sudah dikurniakan anak, kita tetap perlu bersyukur !

Anak itu adalah rezeki dari Allah. Semua pasangan mengimpikan untuk memiliki cahaya mata kerana anak mampu menjadi pelengkap dalam kehidupan berumah tangga. Walaubagaimana pun, tidak semua pasangan akan bernasib baik untuk memiliki cahaya mata. Bagi pasangan yang sudah lama berkahwin tetapi masih belum dikurniakan cahaya mata, mmungkin perlu menahan pelbagai 'soalan panas' dari orang sekeliling seperti contohnya "Kau belum ada anak lagi ke ? Bukan ke dah 5 tahun berkahwin ?" 

Anak adalah rezeki dari Allah

Meskipun berat untuk untuk menerima ketentuan ini, anda perlu kuatkan semangat bagi menghadapinya. Percayalah dengan segala yang terjadi kerana semuanya telah ditetapkan oleh Allah SWT.Sebagai manusia biasa, kita perlu berusaha dan sentiasalah bersangka baik dengan aturan yang sudah ditetapkan.

Pasangan yang sudah dikurniakan cahaya mata juga diberikan pelbagai ujian dari Allah. Jadi kepada pasangan yang mempunyai anak perlu bersedia dengan segala dugaan dan cabaran dalam membesarkan anak mereka untuk menjadi insan berjaya dunia akhirat.

Kepada pasangan yang belum dikurniakan cahaya mata mungkin inilah yang terbaik pada waktu ini. Mungkin anda dan juga pasangan belum mampu untuk diuji dengan cabaran memiliki anak. Membesarkan anak memerlukan kesabaran yang tinggi, sentiasa memberi anak kasih sayang dan perhatian yang secukupnya.

Ujian setiap orang adalah berbeza. Hal ini kerana, Allah akan menguji hambaNya berdasarkan tahap keimanan dan amalnya. Allah ingin melihat sejauh mana hati hambaNya dapat bertahan dan bersabar dalam mengharungi sesuatu ujian yang menimpa mereka. Pasangan yang sudah memiliki zuriat tidak perlulah memandang rendah dan menghina pasangan yang belum dikurniakan zuriat dengan menanyakan soalan dan mengajukan sindiran yang tidak sepatutnya.

Sentiasa bersangka baik dengan takdir hidup

Masih ramai yang tidak menyedari setiap fasa mendidik dan membesarkan anak  perlulah melalui pelbagai rintangan. Ibu dan ayah perlulah bersikap dan sentiasa berfikiran positif, hanya Allah sahaja yang tahu apa yang terbaik buat hambaNya.

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui" (QS. Al Baqarah: 216)

Tenangkanlah hati anda dan berfikiran positif. Jika anda terlalu penat melayan karenah anak-anak anda atau berasa marah,jauhkan diri anda daripada anak-anak dan ambil udara segar di tempat lain. 

Ingat nilai akhirat adalah jauh lebih besar daripada nilai dunia. Ada anak atau tiada anak itu adalah ketentuan Allah. Kita sebagai manusia biasa tidak perlu pertikaikan jika kita beriman pada Qada dan Qadar.

Anak adalah rezeki, anugerah, amanah dan ujian kepada ibu bapa

 Kelahiran seseorang anak dianggap sebagai satu anugerah yang tidak terhingga  daripada Allah. Ini kerana setiap kehadirannya sudah dijanjikan pemberian rezeki masing-masing  daripada Allah SWT seperti firmanNya ; 

"Dan janganlah kamu membunuh anak-anakmu kerana takut akan kemiskinan. Kamilah yang akan memberi rezeki-rezeki kepada mereka dan juga kepadamu. Sesungguhnya membunuh mereka adalah berdosa besar." (Surah al-Isra' ayat 31). 


Pssttt! Tak Nak Cuba Stokin Soka Essential Vintage? Selesa dan ada mempunyai corak yang sangat vintage 😍😍

Betul ker comel dan selesa? Belum cuba belum tahu:

  • Stokin Soka Essential Vintage (RM 12.00)

Jangan fikir lama-lama, stok adalah terhad!


Contact number di bawah untuk order:

https://www.socaz.my/



Sumber di petik dari: 

https://my.theasianparent.com/rezeki-anak



Older post Newer post

Your cart is currently empty.
Continue shopping