search

Bahaya kafein yang berlebih dalam badan

Bahaya kafein yang berlebih dalam badan

Seperti yang kita dapat lihat, masyarakat kita dengan minuman berkafein memang berpisah tiada. Pantang ada resepi baharu sahaja, penggemar kafein pasti ingin mencubanya.


Baru-baru ini, pelbagai jenis kopi yang dikenali sebagai kopi Dalgona telah viral di media sosial. Oleh itu, sekumpulan individu  berpusu-pusu ke platform media sosial untuk berkongsi resipi mereka.


Mungkin tidak salah untuk sekali-sekala melayan diri mengidam. Mahupun begitu, kalian juga perlu tahu bahawa terdapat beberapa sebab anda mesti kurangkan mengambil kafein.



Apa yang anda perlu tahu mengenai kafein


Kafein adalah sejenis bahan berasa pahit yang terdapat dalam lebih dari 60 jenis tumbuh-tumbuhan di muka bumi ini termasuklah:


  • Biji kopi 
  • Daun teh
  • Buah koko
  • Kacang kola 


Ini bermakna kopi bukan sahaja minuman yang mempunyai kafien. Minuman kegemaran yang lain seperti teh, coklat, dan kola juga tergolong dalam kategori ini.


Ia juga digunakan dalam industri pembuatan beberapa jenis makanan dan perubatan yang lain. Makan bukan penggemar kopi sahaja yang terdedah dengan bahaya kafien.


Terdapat banyak bahaya kafein


Buat anda yang belum tahu, sebenarnya terdapat banyak bahaya kafein terhadap kesihatan tubuh badan kita.


Hampir sama dengan nikotin yang terdapat dalam rokok, kafein yang terdapat di dalam pelbagai jenis minuman membuat penggemarnya ketagih.


Jika berhenti secara tiba–tiba akan berlaku simpton penarikan yang boleh menjejaskan kesihatan individu. Jadi, Langkah yang terbaik adalah kurangkannya.


Dengan berbuat demikian, anda akan mendapat manfaat seperti berikut:



Kebaikan mengurangkan pengambilan kafein 


1. Kualiti tidur yang lebih baik

Kebanyakan orang akan mengambil kopi untuk berjaga pada waktu malam bagi tujuan bekerja. Ia mungkin berkesan namun boleh mengganggu kitaran tidur yang normal.



Dalam waktu itu, ia juga membuatkan kita lebih penat apabila bangun pada keesokan harinya Oleh itu, kurangkanlah mengambilnya untuk kualiti tidur yang lebih baik.



2. Tekanan darah yang lebih stabil

Menurut pelbagai kajian, minuman berkafein telah terbukti mampu meningkatkan tekanan darah akibat dari kesan rangsangannya terhadap sistem saraf dalam tubuh badan.



Ini terutamanya jika kalian mengambil 3-5 gelas minuman berkafein sehari. Maka sila kurangkannya kepada 1 atau 2 gelas sehari.



3. Penyerapan nutrient dengan lebih berkesan 

Tahukah anda bahawa tubuh badan dapat menyerap nutrien dengan lebih efektif sekiranya individu itu tidak atau kurang mengambil kafien.



Ini kerana di dalam minuma kafein terdapat bahan bernama tanin yang akan mengurangkan keberkesanan penyerapan nutrien seperti berikut:


  • Kalsium 
  • Zat besi 
  • Vitamin B


Jadi sila kurangkannya untuk tubuh badan yang lebih sihat. 



4. Gigi lebih putih, bersih dan berseri

Satu lagi bahaya kafien ialah risiko menjadikan gigi kuning, kotor dan plak. Ini juga disebabkan oleh kandungan tanin dalam minuman berkafein.



Ini kerana tanin akan menjejaskan enamel gigi. Akibatnya, ia boleh mereput dan menjejaskan senyuman. Selain itu, ia juga akan membuatkan mulut kalian lebih berbau.



Kurangkan minuman berkafein mampu membuatkan senyuman lebih menarik.


5. Sistem penghadaman yang lebih sihat 

Pengambilan minuman berkafien berlebihan boleh mengakibatkan isu sistem penghadaman. Ini akibat daripada kesan julap yang menjejaskan perut individu. 



Kesannya, ia akan menyebabkan cirit-birit atau pembuangan hadas besar yang sukar dikawal. Mengurangkan minuman sebegini adalah alternatif terbaik.



Bahaya kafein lebih kepada golongan tertentu



Secara umumnya, minuman berkafein memang berbahaya buat individu. Mahupun begitu, ada golongan tertentu yang wajar mengambil iktibar dari artikel ini.



Sila lebih berwaspada dengan pengambilan minuman berkafein sekiranya anda tergolong dalam kategori ini:



  • Ibu mengandung
  • Ibu menyusu badan
  • Menghidapi migrain
  • Menghidapi imsomnia
  • Menghidapi kegelisahan
  • Menghidapi tekanan darah tinggi
  • Menghidapi degupan jantung tidak normal
  • Menghidapi GERD
  • Mengambil ubatan atau suplemen tertentu



WOW! SOCAZ ada buat Promo Box Of Happiness!

Jualan dengan hottest item sahaja:

  • Set Fatimah (RM 39.99)
  • Set Alien Mix (RM 69.90)
  • Set Alien Skinny (RM 69.90)
  • Set Sofea (RM 69.90) 
  • Set Alien Blackie (RM 69.90)

Jangan fikir lama-lama, stok adalah terhad!

Contect number di bawah untuk order:

https://www.socaz.my/



Sumber di petik dari:

https://hellodoktor.com/pemakanan/tips-lain/bahaya-kafein-terhadap-kesihatan/



Older post Newer post

Your cart is currently empty.
Continue shopping