search

Apakah yang anda perlu lakukan jika bayi anda demam

Apakah yang anda perlu lakukan jika bayi anda demam

Demam boleh berlaku akibat peningkatan dan penurunan suhu dalam badan.

Bayi yang mengalami suhu badan melebihi 38° Celsius menunjukkan mereka mengalami demam. Sukatan suhu yang kurang daripada 36° Celsius pula menunjukkan bayi sedang mengalami demam sejuk.

Peningkatan suhu badan berlaku kerana sistem pertahanan dalam badan sedang dirangsang untuk melawan jangkitan bakteria jahat punca penyakit.

Selain menunjukkan kenaikan dan penurunan suhu badan, bayi juga akan mengalami keadaan berikut semasa demam :

  • Badan menggigil
  • Batuk dan hingus meleleh. Hingus bertukar warna seperti hijau pekat atau kekuning
  • Kerap menangis
  • Kurang minum susu atau makan
  • Tidur yang tidak nyenyak
  • Badan kelihatan lemah

Tips : Periksa suhu badan bayi menggunakan termometer rektal kerana bacaannya lebih tepat berbanding termometer digital biasa. Ia juga lebih mudah digunakan berbanding termometer telinga. Termometer rektal diperiksa menerusi dubur bayi. Bacaan suhu tidak boleh diambil dalam masa 30 minit selepas mandi.

Sistem pertahanan dalaman seorang bayi masih lemah dan tidak kebal seperti orang dewasa. Jadi, kekerapan mereka mengalami demam adalah lebih berbanding orang dewasa.

Setiap tahun, bayi dan kanak-kanak akan mengalami kekerapan demam antara 8 sehingga 10 kali. 

Apa Perlu Dilakukan Jika Bayi Saya Demam ?

  • Bayi di bawah usia 3 bulan : Bayi berusia di bawah tiga bulan yang mengalami  bacaan suhu badan melebihi 38° Celsius perlu segera dirujuk kepada doktor. Pada usia sebegini, jangkitan kuman pada bayi lebih cepat merebak. Bayi perlu dirujuk segera kepada doktor semasa melihat tanda pertama mereka mengalami demam.
  • Bayi berusia 3 sehingga 6 bulan : Bayi dalam lingkungan usia ini juga boleh dirujuk kepada doktor sekiranya demam tidak menunjukkan tanda-tanda sembuh selepas beberapa hari. Jika bayi menunjukkan tanda-tanda lebih teruk seperti muntah, cirit-birit  dan menangis tanpa henti, anda boleh segera membawa mereka mendapatkan rawatan.
  • Bayi berusia 6 bulan ke atas : Bayi mengalami demam mungkin daripada simptom tumbuh gigi.  Perhatikan perubahan suhu badan bayi. Jika bacaan suhu tidak menunjukkan perubahan selepas tiga hari, segera bawa mereka berjumpa doktor. Perhatikan juga jika dalam tempoh tiga hari tersebut jika mereka mengalami simptom yang lebih teruk seperti muntah berterusan, cirit-birit, masalah pernafasan dan hilang selera makan.

Langkah Mencegah Bayi Daripada Demam

Agak sukar untuk mencegah bayi daripada demam. Ini disebabkan daya tahan mereka terhadap serangan penyakit masih lemah. Sesetengah pendapat mengatakan bahawa demam yang berlaku pada bayi dapat membantu menguatkan sistem pertahanan daya tahan tubuh mereka .

Namun anda boleh mengambil langkah-langkah awal pencegahan terutama dari aspek kebersihan supaya bayi dapat dilindungi daripada bakteria dan kuman berbahaya yang menjadi punca penyakit.

  1. Sentuh bayi dengan tangan yang bersih. Pastikan sesiapa sahaja yang ingin menyentuh bayi anda telah membasuh tangan mereka terlebih dahulu. Anda boleh menyediakan sanitizer dan jadikan ia syarat utama sebelum membenarkan sesiapa jua menyentuh bayi anda.
  2. Jauhi dari hospital atau mendekat orang sakit. Elakkan mengunjungi orang sakit di hospital dengan membawa bersama bayi anda. Tinggalkan bayi anda di rumah untuk dijaga oleh ahli keluarga lain sebelum anda ke hospital mengunjungi orang sakit.
  3. Menyusu bayi dengan susu ibu secara berterusan sehingga usia 2 tahun. Setelah bayi berusia antara 4 sehingga 6 bulan, anda sudah boleh memberikan mereka air minuman.
  4. Jauhi bayi anda dari asap rokok seorang perokok.


Pssttt! Tak Nak Cuba Stokin Soka Essential Vintage? Selesa dan ada mempunyai corak segi tiga yang menarik !! 😍😍

Betul ker comel dan selesa? Belum cuba belum tahu:

  • Stokin Soka Essential Vintage (RM 12.00)

Jangan fikir lama-lama, stok adalah terhad!


Contact number di bawah untuk order:

https://www.socaz.my/



Sumber di petik dari: 

https://100comments.com/malay/tips-bayi-demam/



Older post

Your cart is currently empty.
Continue shopping