icon-search

Apakah haiwan terbesar di dunia

Apakah haiwan terbesar di dunia

Dari segi saiz, haiwan boleh wujud dengan saiz yang tersangat kecil sehinggakan tak boleh dilihat dengan mata kasar, sehinggalah saiz yang tersangat besar yang mempu memuatkan beratus-ratus orang. 

1. Haiwan paling besar di dunia: Paus Biru

Paus biru adalah mamalia laut dari keluarga ikan paus balin. Dengan panjang mencecah 30 meter dan berat mencecah 180 tan metrik, ia merupakan haiwan paling besar yang pernah wujud di dunia. Lidah ikan paus ini adalah seberat 2,700 kilogram, iaitu kira-kira saiz seekor gajah asia. Berat jantungnya pula adalah 600 kilogram yang merupakan organ paling berat dalam sistem badan mana-mana haiwan di dunia. 

2. Haiwan darat paling besar di dunia: Gajah Belukar Afrika

Gajah belukar afrika adalah haiwan darat paling besar di dunia, dengan panjang gajah jantan di antara 5 hingga 7.5 meter, berketinggian 3.3 meter di bahagian bahu dan berat mencecah 5,900 kilogram. 

Bagi gajah betina pula ia adalah lebih kecil, dengan panjang di antara 5.4 hingga 6.9 meter, berketinggian 2.7 meter dan seberat 3,000 kilogram. Gajah Bush Afrika dewasa biasanya tidak mempunyai pemangsa kerana saiznya yang sangat besar namun anak-anak terutamanya yang baru lahir sangat terdedah kepada serangan singa dan buaya, serta harimau kumbang dan hyena (jarang-jarang).

3. Gajah Laut Selatan

Karnivora adalah kategori haiwan yang terdiri daripada lebih 280 spesis mamalia placenta termasuklah kucing, canid (anjing, serigala, coyote, rubah), beruang, musang dan anjing laut. Gajah laut selatan adalah karnivo yang paling besar yang wujud ketika ini. Saiz haiwan ini menunjukkan perbezaan seksual yang melampau dan mungkin yang terbesar dalam mana-mana mamalia dengan saiz jantan adalah 6 kali lebih berat daripada saiz betina.

Saiz betina adalah di antara 400 hingga 900 kilogram dengan panjang mencecah 2.6 hingga 3.3 meter, manakala saiz jantan pula di antara 2,200 hingga 4,000 kilogram dan panjang mencecah 4.5 hingga 5.8 meter. Gajah laut ini biasanya menyelam berulang kali selama lebih daripada 20 minit setiap kali untuk mencari mangsa sama ada sotong atau ikan di kedalaman 400 hingga 1,000 meter. Rekod paling lama dan dalam pernah direkodkan adalah hampir 2 jam di kedalaman lebih daripada 1,400 meter.

4. Karnivo paling besar di dunia: Buaya air masin 

Dalam banyak presis reptilia di atas muka bumi, buaya air masin adalah yang paling besar. Ia biasanya dijumpai di habitat semulajadinya dari Australia Utara melalui Asia Tenggara hingga ke pantai timur India. 

Buaya air masin adalah pemangsa hebat yang mampu membaham mana-mana haiwan yang memasuki kawasannya sama ada di dalam air atau di daratan.

5. Reptilia paling besar di dunia: Salamandar Gergasi China

Bagi kategori amfibia pula, salamander gergasi Cina (Andrias davidianus) adalah paling besar di dunia. Ia mampu mencapai panjang 180 sentimeter. Salamander ini biasanya dijumpai di sungai gunung berbatu dan tasik-tasik di China. Ia juga diklafikasikan sebagai haiwan terancam akibat kehilangan habitat pencemaran dan diburul oleh manusia kerana dianggap sebagai makanan istimewa dan digunakan dalam perubatan tradisional China.

WOW! SOCAZ ada buat FIESTA NOVEMBER !!

Jualan dengan hottest item sahaja:

  • Stokin Soka Alien M serendah RM4.90
  • Kanik Original Tapak Hitam Skin
  • Handsock Hannah

Jangan fikir lama-lama, stok adalah terhad!

Contect number di bawah untuk order:

https://www.socaz.my/


Sumber:
https://iluminasi.com/bm/8-haiwan-paling-besar-di-dunia-mengikut-kategori.html



Older post Newer post

Your cart is currently empty.
Continue shopping