search

Apa yang perlu dilakukan apabila terlupa untuk membayar zakat fitrah

Apa yang perlu dilakukan apabila terlupa untuk membayar zakat fitrah

Zakat Fitrah amat besar kesannya dalam kehidupan kita kerana Zakat Fitrah merupakan kewajipan fardhu ain ke atas setiap umat Islam.


Selain memenuhi keperluan jiwa seseorang yang berpuasa, kewajipan menunaikan Zakat Fitrah yang dilaksanakan di bulan Ramadhan adalah bertujuan membersih dan menyucikan jiwa mereka yang berpuasa daripada perkara yang sia-sia dan seterusnya bayaran fitrah tersebut dapat digunakan untuk membantu fakir dan miskin membuat persiapan menyambut Hari Raya.


Hukum membayar Zakat Fitrah adalah wajib ke atas setiap umat Islam yang merdeka (golongan tua dan muda, lelaki atau perempuan dan berakal atau tidak) dan mampu mengeluarkannya pada waktunya.



Terlupa Membayar Zakat Fitrah Dan Apa Perlu Buat

Sekiranya terlupa menunaikan Zakat Fitrah pada Ramadhan tahun ini selepas batas waktu terakhir yang ditetapkan maka jangan pula bertangguh atau menunggu hingga Ramadhan tahun depan kerana hukumnya berdosa, maka dengan itu wajib qadha zakat fitrah walaupun telah lewat daripada waktu yang ditentukan dan segera menunaikannya kepada golongan yang berhak menerimanya.



Peringatan Waktu Menunaikan Zakat Fitrah


1. Harus – bermula dari awal bulan Ramadhan sehingga akhir bulan Ramadhan.

2. Wajib – selepas terbenam matahari pada akhir bulan Ramadhan.

3. Afdhal – selepas solat Subuh pada hari akhir Ramadhan sehingga sebelum mengerjakan sembahyang sunat Aidil Fitri.

4. Makruh – selepas sembahyang sunat Aidil Fitri sehingga sebelum terbenam  matahari.

5. Haram – selepas terbenam matahari pada hari raya Aidil Fitri.


Lafaz Akad Zakat Fitrah


  1. Diri sendiri : Inilah wang bagi menggantikan beras fitrah yang wajib ke atas diriku pada tahun ini kerana Allah Ta’ala.
  2. Diri sendiri dan tanggungan : Inilah wang bagi menggantikan beras fitrah yang wajib ke atas diriku dan tanggunganku pada tahun ini kerana Allah Ta’ala.
  3. Sebagai Wakil : Inilah wang bagi menggantikan beras fitrah yang wajib ke atas pihak yang aku wakili …… pada tahun ini kerana Allah Ta’ala.




WOW! SOCAZ ada buat RAMADHAN SALE!!

Jualan dengan hottest item sahaja:

  • STOKIN SOKA ALIEN M (RM 5.99) NORMAL PRICE RM7!
  • KURMA MEDJOOL FIRDAUS (2BOX RM100) 
  • HANDSOCK  AAISYA (RM6.99) NORMAL PRICE RM12!
  • HANDSOCK AINISHA BASIC 3.0 (RM6.99) NORMAL PRICE RM10!

Jangan fikir lama-lama, stok adalah terhad! 

Contact number di bawah untuk order:

https://www.socaz.my/


Sumber di petik dari:

https://www.mysumber.com/lupa-bayar-zakat-fitrah.html



Older post Newer post

Your cart is currently empty.
Continue shopping