search

Apa nak buat kalau prospek berhenti chatting?

Apa nak buat kalau prospek berhenti chatting?

Pernahkah anda mengalami situasi dimana prospek senyap secara tiba-tiba selepas anda beritahu harga produk anda? Meh sis nak share cara untuk "Follow up" customer mengikut situasi-situasi tertentu.

Situasi 1: Prospek senyap selepas tahu info produk.
Pada mulanya, prospek akan berminat untuk membeli produk daripada anda. Tetapi selepas anda memberitahu mereka info mengenai produk anda, secara tiba-tiba mereka senyap. Hanya "Bluetick" sahaja yang kelihatan di "Chat" anda. Jika anda berada dalam situasi ini, anda boleh gunakan dialog seperti "Assalammualaikum sis, sis sihat? semoga segala urusan sentiasa dipermudahkan oleh Allah.  Sis, boleh saya tahu sis masih berminat dengan promosi socaz/stokin alien? Sis reply tau.. Thanks sis "

Situasi 2: Prospek senyap selepas tahu harga produk
Situasi ini sering kali berlaku kepada para penjual. Sebab kadang-kadang prospek hanya ingin mengetahui harga sahaja. Jadi anda boleh gunakan ayat seperti " Assalammualaikum sis, maaf menganggu. Semalam saya dah maklumkan kepada sis harga stokin kami..Macam mana sis? sis masih berminat? Atau sis ada apa-apa soalan yang sis nak tanya? Saya sedia untuk membantu sis   "

Situasi 3: Prospek bluetick selepas dapat No akaun.
Jarang sekali keadaan ini akan berlaku. Mungkin prospek tersebut lupa untuk membuat pembayaran. Jadi anda boleh gunakan ayat " Assalammualaikum sis, maaf menganggu.. Saya just nak remind jika sis free boleh sekiranya sis snapkan resit pembayaran dan wasapkan kepada saya?" If pelanggan cakap tak sempat atau sedang bekerja awak boleh balas " Ok sis, tidak mengapa..selepas sis kerja pun boleh". Jangan terlalu terburu-buru, mungkin pelanggan ada hal mustahak atau mereka sedang drive. Jadinya, minta mereka untuk settle hal mereka terlebih dahulu but keep remind mereka supaya mereka tidak lupa.

Situasi 4: Terkadang mereka senyap selepas mereka beri alasan
Dalam kes ini anda boleh gunakan alasan cprospek sebagai hujah untuk  anda memberi gambaran bertapa beruntungnya mereka jika membeli produk anda. 

Situasi 5: Selepas bagi detail postage tiba-tiba prospek hilang daripada radar
Situasi ini jarang sekali berlaku. Tapi jika anda mengalami situasi ini  anda boleh gunakan ayat "Sis, saya nak maklumkan yang sis masih sempat untuk order sis pos pada hari ini.. nanti sis beri bukti pembayaran ya.. terima kasih sis  "



Jom sama-sama follow tips ini. Semoga tips ini bermanfaat untuk anda. 
www.socaz.my 

Sumber:
ddelightazwien.com 



Older post Newer post

Your cart is currently empty.
Continue shopping