icon-search

KEISTIMEWAAN SOCAZ

KEISTIMEWAAN  SOCAZ

Socaz yang dulunya dikenali sebagai Satu Makna4u merupakan syarikat yang membekalkan stokin dan handsock muslimah. Socaz mempunyai keistimewaanya tersendiri dimana setiap penghasilan stokin dan handsock adalah dijamin halal.

Bahan-bahan kimia yang digunakan bagi menghasilkan stokin  telah diuji selamat dan mendapat Pengiktirafan Sijil Halal Indonesia. Proses membersihkan benang pengait stokin pula menggunakan berus kuda. Berus yang digunakan ini dibuat dari bulu ekor kuda. Oleh hal yang demikian, jelas penghasilan stokin Socaz ini adalah suci dan halal.

Pemilihan barangan yang halal itu adalah penting kerana anda yang akan menggunakan barangan tersebut. 

Imam al-Bukhari dan Muslim meriwayatkan sebuah hadith Rasulullah yang menjelaskan hal ini:

" Sesungguhnya yang halal itu terang (jelas), dan yang haram itu terang, dan di antara keduanya pula terdapat perkara-perkara yang syubhah (yang tidak terang halal atau haramnya) yang tidak diketahui oleh manusia. Orang yang memelihara dirinya daripada perkara syubhah itu adalah seperti orang yang melindungi agama dan kehormatannya dirinya. Orang yang tergelincir ke dalam perkara syubhah akan masuk ia ke dalam perkara yang haram laksana seorang pengembala dipinggir sebuah tempat larangan, yang akhirnya lalai dan masuk ia ke dalam tempat larangan itu. Adapun bagi setiap raja ada sebuah kawasan larangan dan tempat larang Allah itu adalah segala yang diharamkan. Ketahuilah pada setiap jasad itu seketul daging jika ia baik, baiklah seluruh jasad itu dan sekiranya ia rosak maka rosaklah seluruh jasad itu. Itulah hati."


Mencari Yang Halal Itu Wajib


Sumber:
jakimsabah.islam.gov.my 



Older post Newer post

Your cart is currently empty.
Continue shopping