icon-search

Antara buah buahan yang penuh khasiat

Antara buah buahan yang penuh khasiat

Malaysia merupakan salah satu negara yang amat kaya dengan pelbagai buah-buahan. Ada yang besar, ada yang kecil, ada yang gelap, ada yang cerah dan sebagainya. Tidak kira apa sahaja buah kegemaran anda. Bagi memenuhi keperluan nutrisi harian, wanita perlu mengambil kira-kira 21 hingga 25 gram serat sehari, manakala lelaki dewasa memerlukan 30 ke 38 gram serat untuk diet sehari. 

1. Buah Kurma

Buah kurma merupakan antara buat popular yang kaya dengan serat. Dengan kandungan serat sebanyak 7 gram dalam setiap 100 gram, ia merupakan pilihan yang baik bagi meningkatkan pengambilan serat dalam diet harian.

Kurma juga kaya dengan khasiat lain seperti antioksida serta baik untuk menstabilkan paras gula dalam darah.

2. Buah Raspberi

Walaupun buah raspberi kurang popular di Malaysia, namun ia merupakan antara buah-buahan yang mempunyai jumlah serat yang tinggi iaitu sebanyak 6.5 gram bagi setiap 100 gram. Seperti buah lain, ia sesuai dimakan sebagai snek dan sesuai untuk dimakan bersama bijirin sihat seperti oat.

3. Pisang

Pisang juga merupakan antara buah yang popular dan sering dimakan bagi menangani masalah sembelit.

Sebiji pisang mengandungi sehingga 2.6g serat. Ia juga padat dengan nutrisi lain yang baik untuk tubuh seperti vitamin C, vitamin B6, dan kalium.

4. Pear

Buah pear juga cukup digemari ramai dan mudah didapati di pasaran.

Ia juga tinggi dengan serat sebanyak 3.1 gram dalam setiap 100 gram. Buah ini juga lengkap dengan khasiat lain seperti vitamin C, vitamin K dan kalium.

5. Buah Naga

Buah dengan rupa eksotik serta isi yang berwarna merah jambu menyala dan berjus ini rupanya tinggi dengan khasiat serat.

Setiap 100 gram buah ini mengandungi serat 3 gram serat serta kebaikan nutrisi lain seperti magnesium, zat besi di samping rendah kalori.


Wow, SOCAZ ada jual Kurma Medjool Firdaus!

Keluaran dari bumi Palestine, sedap dan berkualiti tinggi!
Berminat untuk dapatkan Kurma Medjool?

Jangan fikir lama-lama, stok adalah terhad!

Contect number di bawah untuk order:

https://www.socaz.my/


Sumber di petik dari:

https://siraplimau.com/buah-tinggi-serat-bagus-untuk-diet/



Older post Newer post

Your cart is currently empty.
Continue shopping