search

Amalan untuk wanita haid di bulan Ramadhan

Amalan untuk wanita haid di bulan Ramadhan

Bulan Ramadan adalah saat yang paling di tunggu untuk menunaikan ibadah puasa. Sayangnya, tidak semua orang boleh merasakan nikmatnya berpuasa selama bulan Ramadan serta melakukan segala amalan baik yang diganjarkan berlipat ganda daripada bulan lainnya. Ada beberapa golongan yang diperbolehkan untuk tidak berpuasa seperti uzur (sudah tua) dan musafir. Apa pula yang haram hukumnya untuk menjalankan puasa, yakni wanita yang sedang nifas dan haid di bulan Ramadan.

Beberapa wanita seringkali merasa menyesal tidak dapat ikut melaksanakan ibadah bersama dengan keluarga dan rakan-rakan bersama. Banyak yang bersedih kerana tidak dapat menunaikan rukun islam ketiga ini. Akan tetapi, penyesalan dan kesedihan adalah hal yang tidak baik. Kita harus percaya bahawa haid dan nifas adalah ketetapan Allah dan itu adalah sebaik-baik yang Allah takdirkan kepada kita.

Tentu ada amalan baik yang tetap dapat dilakukan oleh wanita yang sedang haid/nifas selama Ramadan. Berikut rangkuman 5 amalan baik yang dapat dilakukan dan dipraktikkan dan mudah-mudahan dapat berbuah pahala bagi yang mengamalkannya.

1. Menyiapkan Hidangan Berbuka Puasa (Iftar)

Salah satu amalan yang dapat dilakukan oleh wanita yang sedang haid/nifas dan tidak dapat melaksanakan kewajiban puasa Ramadan adalah membuat hidangan berbuka puasa. Diriwayatkan At-Tirmizi mengenai pahala orang yang menyediakan hidangan (iftar) untuk orang yang berpuasa.

Dari Zaid bin Khalid Al Juhani berkata; Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Barangsiapa yang memberi makan orang yang berbuka, dia mendapatkan seperti pahala orang yang berpuasa tanpa mengurangi pahala orang yang berpuasa sedikitpun” (H.R. At-Tirmidzi)

2. Memperbanyak Zikir dan Doa

Amalan lain yang dapat dilakukan adalah memperbanyak zikir dan doa. Para Fuqoha sepakat bahawa tiga amalan ibadah, iaitu istighfar, zikir, dan doa tidak disyaratkan yang melakukannya harus dalam keadaan suci dari hadas baik hadas besar maupun hadas kecil. Artinya seorang wanita yang sedang haid, meskipun dia berhadas besar tidak ada larangan baginya untuk beristighfar, zikir dan berdoa sepanjang waktu selama mampu.

3. Membantu Orang Lain (Khidmat)

Kata “khidmat” di atas bermaksud membantu atau melayani orang lain. Keutamaan amalan ini adalah meringankan pekerjaan atau kesusahan orang lain. Seperti diriwayatkan oleh Imam Muslim dalam kisah berikut.

Dari Anas radliallahu ‘anhu, ia berkata; Dulu kami pernah bepergian bersama Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam, dan di antara kami ada yang melaksanakan puasa dan ada pula yang tidak berpuasa. Kemudian di hari yang sangat terik itu kami berhenti di suatu tempat dan orang yang bisa berteduh hanyalah orang yang mempunyai pakaian, bahkan di antara kami ada orang berlindung dari sinar matahari hanya dengan tangannya saja. Maka orang-orang yang berpuasa pun berjatuhan. Maka orang yang tidak berpuasa bangkit, kemudian mendirikan tenda  dan memberi minum hewan tunggangan mereka. Maka Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam pun bersabda: “Hari ini mereka yang berbuka telah menuai pahala.” (H.R. Muslim) 

4. Memperbanyak Sedekah

Diriwayatkan oleh Imam Muslim bahawa Dari Abdullah bin Umar dari Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam, bahwa beliau bersabda: “Wahai kaum wanita! Bersedekahlah kamu dan perbanyakkanlah istighfar. kerana, aku melihat kaum wanitalah yang paling banyak menjadi penghuni Neraka.” (H.R. Muslim) Makanya, jom perbanyak beramal infaq dan sedekah selama Ramadan!

Wow, SOCAZ ada jual Kurma Medjool Firdaus!

Keluaran dari bumi Palestine, sedap dan berkualiti tinggi!
Berminat untuk dapatkan Kurma Medjool?

Jangan fikir lama-lama, stok adalah terhad!

Contact number di bawah untuk order:

https://www.socaz.my/


Sumber di petik dari:
https://blog.mizanstore.com/5-amalan-untuk-wanita-yang-haid-di-bulan-ramadan/



Older post Newer post

Your cart is currently empty.
Continue shopping