icon-search

Amalan pada hari Jumaat

Amalan pada hari Jumaat

Hari Jumaat adalah penghulu segala hari dan hari Jumaat inilah hari yang terkumpul di dalamnya sekian banyak fadhilat dan kelebihan. Hari Jumaat juga dianggap sebagai hari raya mingguan dalam Islam. 

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

"Sebaik-baik hari yang matahari terbit pada hari berkenaan ialah hari Jumaat. Pada hari itu Adam telah dijadikan, pada hari itu juga ia dimasukkan dalam syurga dan pada hari itu juga ia dikeluarkan darinya."

Apakah amalan yang boleh dilakukan pada hari Jumaat? Jom sama-sama kita rungkai.

1. Memotong Kuku

Selain sebagai amalan sunat, memotong kuku juga dapat membersihkan tangan kerana kuku yang panjang boleh menyebabkan kekotoran terkumpul di celah-celah kuku.

Lagikan pula, makan menggunakan tangan antara amalan Sunnah dan menjadi keperluan untuk kita menjaga kebersihan tangan bagi mengelakkan tangan yang kotor memasuk makanan ke dalam mulut. 

2. Mandi Sunat

Sunat mengelokkan rupa paras dan membersihkan anggota tubuh badan sebelum keluar solat seperti memendekkan atau mencukur misai, bulu ketiak, bulu pada kemaluan, menggosok gigi dan sebagainya.

Dalam sebuah hadis pernah dinyatakan bahawa:-

“Tidak mandi seorang lelaki pada hari Jumaat dan membersihkan dirinya setakat yang termampu, seterusnya beliau meminyakkan rambut, mengenakan wangi-wangian harum yang dimilikinya di rumah, lantas dia keluar (ke masjid) dan dia tidak mencelah di antara dua orang (di dalam masjid), lalu dia bersolat apa yang diwajibkan ke atasnya. Dan sesudah itu duduk diam sewaktu imam sedang berkhutbah, melainkan diampunkan segala dosanya dari Jumaat tersebut hinggalah ke Jumaat yang akan datang.” (Hadis riwayat Imam al-Bukhari)

3. Membaca Surah al-Kahfi

Membaca surah al-Kahfi ini antara surah yang menjadi pilihan kerana mempunyai pelbagai kelebihan yang boleh kita dapati, antaranya ialah dapat menghindarkan diri kita daripada fitnah Dajjal dan pelbagai lagi. 

Tambahan pula, surah ini terdiri daripada kisah penduduk gua, pemilik dua kebun, Nabi Musa dan Nabi Khidir serta kisah Zul Qarnain yang mengandungi teladan dan pengajaran yang banyak. Rasulullah bersabda, 

“Sesiapa yang membaca surah al-Kahfi pada hari Jumaat nescaya akan diterangkannya dengan satu cahaya di antara dua Jumaat.”(Hadis riwayat al-Nasaei, al-Baihaqi dan al-Hakim)

4. Perbanyakkan Bersedekah

Sedekah antara amalan sunat yang dituntut dalam Islam kerana selain dapat menyucikan harta kita, harta yang diberikan dapat membantu bagi mereka yang memerlukan dan mengeratkan hubungan sesama manusia.

Dalam al-Quran, Allah S.W.T menuntut kita membelanjakan harta dan rezeki yang diperoleh sebaiknya.

“Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad): apakah yang akan mereka belanjakan (dan kepada siapakah)? Katakanlah: Apa jua harta benda (yang halal) yang kamu belanjakan maka berikanlah kepada: Kedua ibu bapa, dan kaum kerabat, dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, dan orang-orang yang terlantar dalam perjalanan. Dan (ingatlah), apa jua yang kamu buat dari jenis-jenis kebaikan, maka sesungguhnya Allah sentiasa mengetahuiNya (dan akan membalas dengan sebaik-baiknya).” (Surah al-Baqarah ayat 215)

 5. Memakai Pakaian yang Elok

Memakai pakaian yang elok sangat dituntut terutamanya pada ketika hendak menunaikan solat. Tambahan pula, pakaian yang elok akan memperlihatkan identiti dan peribadi seseorang Muslim terhadap orang lain. 

Cukup sekadar memakai pakaian yang bersih dan nampak cantik. Tidak perlu sentiasa membeli pakaian baru sedangkan pakaian lama masih elok kerana takut berlaku pembaziran.

6. Memakai Wangi-Wangian

Memakai wangi-wangian yang dipakai hanya cukup sekadar keperluan kerana jika berlebihan dikuatiri akan mengganggu jemaah lain yang turut sama menunaian solat. 

7. Perbanyakkan Zikrullah dan Doa

Berzikir dan berdoa tidak terhad ketika selepas solat sahaja, malah amalan ini juga sangat digalakkan ketika memulakan pekerjaan dan menyudahinya.

Pada hari Jumaat terdapat waktu mustajab untuk berdoa berdasarkan pendapat majoriti ulama iaitu makbulnya doa yang dibaca di antara dua khutbah, iaitu ketika imam sedang duduk antara khutbah pertama dan khutbah kedua.

8. Berselawat

Setiap kali khutbah Jumaat, khatib akan mengingatkan para jemaah untuk berselawat ke atas Rasulullah kerana terdapat kelebihan berselawat dan juga salah satu tanda kecintaan kita kepadanya.

Rasulullah s.a.w bersabda,

“Perbanyakkanlah membaca selawat padaku pada malam dan hari Jumaat, maka siapa yang membaca selawat untukku satu kali, Allah akan berselawat kepadanya 10 kali (Allah akan memberinya rahmat 10 kali).” (Hadis Riwayat Al-Baihaqi)


WOW! SOCAZ ada buat FEBRUARI SALE !!

Jualan dengan hottest item sahaja:

  • Stokin Soka Alien M
  • Stokin Kanik Mansock K Dark Choc (Percuma Facemask)
  • Handsock Kayla
  • Princess Handsock

Jangan fikir lama-lama, stok adalah terhad!

Contect number di bawah untuk order:

https://www.socaz.my/


Sumber di petik dari:

https://www.kashoorga.com/ini-10-amalan-di-hari-jumaat-yang-rugi-sangat-kalau-tak-buat-untuk-raih-pahala/
https://www.alaf21.com.my/info-artikel/434/10-amalan-sunat-hari-jumaat



Older post Newer post

Your cart is currently empty.
Continue shopping