icon-search

Adab dengan Guru

Adab dengan Guru

Guru adalah orang yang mempunyai banyak jasa kepada negara. Hasil didikan mereka dari kita kecil telah menjadikan anak bangsa sekarang menjadi lebih berjaya dalam kehidupan seharian. Sebagai anak yang mengenang jasa guru-guru mereka, kita haruslah mempunyai adab kepada guru tidak kiralah guru itu mengajar kita ataupun tidak. Bagaimanakah cara kita untuk beradab kepada guru? Mari kita lihat satu persatu. 

1 – Memberikan Salam Kepada Guru

Jika kita selalu mengelak apabila bertembung dengan guru, kali ini cuba kita aplikasikan dengan memberi salam setiap kali kita berselisih dengan guru. Ringankanlah mulut dalam memberi salam kerana dengan memberi salam juga merupakan orang yang paling mulia di sisi Allah SWT. 

Nabi bersabda: “Sesungguhnya seutama-utama manusia pada Allah ialah orang yang terlebih dahulu memberikan salam dalam kalangan mereka.” (Hadis riwayat Abu Dawud).

2 – Jangan Banyak Bercakap

Ketika guru sedang mengajar di hadapan, kita sebagai murid perlu mengelakkan bercakap-cakap dengan teman di sebelah. Hal ini demikian kerana sikap begitu akan menyebabkan kita tidak dapat memberi tumpuan yang sepenuhnya terhadap ilmu yang disampaikan oleh guru yang menyebabkan kita tidak dapat memahami perkara yang diterangkan oleh guru. Tambahan lagi, sikap bercakap ketika guru sedang mengajar di hadapan adalah sangat tidak beradab menurut Islam. 

3 – Jangan Bercakap Jika Tidak Ditanya

Ketika dalam proses pengajaran dan pembelajaran sedang berlangsung, murid seharusnya bercakap apabila perlu sahaja dan jangan bercakap selagi tidak disoal oleh guru. Hal ini demikian kerana apabila seorang murid bercakap ketika tidak ditanya ia seperti kita tidak beradab dengan orang yang telah mencurahkan ilmu kepada kita sebagaimana firman Allah S.W.T; 

“Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada Ulul-Amri {orang-orang yang berkuasa} dari kalangan kamu” Surah An-Nisa’ ayat 59

Perkataan Ulul-Amri di dalam ayat tersebut boleh dinisbahkan kepada guru yang mana darjat mereka juga sangat tinggi disisi Allah. Dan melalui ayat tersebut jelaslah bahawa kita sebagai murid perlu taat mendengar setiap arahan guru kita sebagaimana yang telah diperintahkan oleh Allah.

4 – Jangan Menyangkal Kata-Kata Guru

Adab yang perlu dititikberatkan oleh murid yang seterusnya ialah jangan sesekali menyangkal kata-kata guru. Hal ini demikian kerana apabila kita sebagai murid membantah setiap nasihat dan teguran guru yang telah mencurahkan segala ilmunya, kita seolah-olah melawan kata-kata ibu bapa kita sendiri. 

5 – Elakkan Berbisik Di Hadapan Guru

perlakuan berbisik itu sangat tidak bagus dan dilarang di dalam Islam sebagaimana hadith daripada Mas’ud r.a beliau berkata: Rasulullah S.A.W bersabda; 

“Jika kalian bertiga maka janganlah 2 orang berbicara atau berbisik berduaan sementara yang ketiga tidak diajak sampai kalian bercampur dengan manusia kerana hal ini akan membuat orang yang ketiga tadi bersedih”. Riwayat Imam Bukhari dan Imam Muslim

Menurut hadith tersebut jelaslah bahawa perlakuan berbisik itu akan menyinggung perasaan orang lain yang berada di sekitar kita. 

6 – Jangan Berburuk Sangka Kepada Guru

Sikap sedemikian tidak perlu ada dalam diri seorang murid kerana seorang murid tidak berhak menilai dan menghukum setiap perlakuan gurunya. Contohnya, jika seorang murid itu telah melihat gurunya melakukan sesuatu perkara yang pada zahirnya menyalahi ilmunya (bukan menyalahi agama) maka hanya guru itu yang tahu akan segala perbuatannya. Ini kerana selagi perkara yang dilakukan guru itu tidak menyalahi Islam, maka tidak perlu bagi seorang murid untuk hilang rasa hormat dan tidak beradab ketika bersama guru.

7 – Berdiri Apabila Guru Bangun

Kedudukan seorang guru itu sangat tinggi di sisi Allah, maka bagi seorang murid yang beradab kita patut berdiri ketika guru berjalan ketika masuk dan keluar kelas kerana itu menandakan yang kita amat menghormati guru. 

 Kesimpulannya, walaupun pada hari ini terdapat pelbagai isu berkaitan adab dan akhlak murid yang kian luntur. Sebagai masyarakat yang melihat situasi yang telah berlaku ini haruslah memainkan peranan yang penting agar perkara sedemikian tidak terus menerus berlaku di masa hadapan.


WOW! SOCAZ ada buat OKTOBEST SALE !!

Jualan dengan hottest item sahaja:

  • Stokin Soka Alien M
  • Kanik Alien Tapak Hitam M Skin
  • Stokin Kanik Original Tapak Hitam 
  • Handsock Aaisya
  • Handsock Ainisha 6.0 

Jangan fikir lama-lama, stok adalah terhad!

Contect number di bawah untuk order:

www.socaz.my

Sumber:
https://tzkrh.com/7-adab-murid-terhadap-guru-yang-perlu-diaplikasikan/
https://iluvislam.my/kelebihan-memberi-salam/



Older post Newer post

Your cart is currently empty.
Continue shopping