icon-search

7 Amalan yang digalakkan semasa menyambut Aidilfitri

7 Amalan  yang digalakkan semasa menyambut Aidilfitri

Walaupun raya tahun ini sederhana sahaja tapi bukan penghalang untuk kita untuk merasai kemeriahan dan kegembiraan untuk beraya. Jom follow amalan semasa menyambut hari raya ini.

1. Mandi sunat Aidilfitri

Jangan lupa untuk mandi sunat sebelum keluar ke Masjid untuk solat sunat di Masjid. Bagi si gadis, anda juga boleh mandi sunat Aidilfitri kerana perbuatan tersebut merupakan satu sunnah.

2. Perbanyakkan takbir
Bertakbir ketika raya merupakan sebuah syiar yang disunatkan untuk dilaksanakan.

3. Memakai pakaian terbaik yang ada
Pada hari raya, pakai lah pakaian yang terbaik yang anda ada mengikut kemampuan anda. Dan elakkan daripada pembaziran. Dan janganlah kita menghina mahupun mengutuk pakaian orang lain yang kurang indah mahupun kurang mahal  (kecuali pakaian yang seksi dan tidak menutup aurat).

4. Mengucapkan selamat dan mendoakan antara satu sama lain
Kalimah yang digunakan di zaman baginda SAW adalah “Taqabbalallahu minna wa minkum” ertinya : Semoga Allah menerima amalan (amalan dan ibadat di Ramadhan) kami dan kamu”.Tetapi anda juga boleh menggunakan ayat-ayat dan doa baik yang lain.


Sumber:
www.kimb.com.my
muftiwp.gov.my 

www.socaz.my






Older post Newer post

Your cart is currently empty.
Continue shopping