icon-search

6 ‘Jangan’ Yang Anda Perlu Ingat Untuk Bayi Baru Lahir

6 ‘Jangan’ Yang Anda Perlu Ingat Untuk Bayi Baru Lahir

1. Jangan biarkan bayi dicium ramai orang

Kenapa bayi tak boleh dicium ? 

Sebenarnya boleh sahaja tetapi ada banyak perkara yang perlu diambil kira dan dipandang serius.

Pertama sekali, bayi adalah insan yang baru dilahirkan dengan badan dan organ yang masih baru. Organ baru adalah organ yang masih lemah. Mereka mudah terdedah dengan risiko jangkitan kuman oleh kerana imuniti badan yang masih rendah.

Kedua, orang yang mencium mereka mungkin memakai lipstik yang boleh menjadi medium kepada kuman. Walaupun tidak memakai lipstik, ciuman kepada bayi yang baru lahir tidak digalakkan lebih-lebih lagi jika anda bukan ibu bapa bayi tersebut. Mungkin bayi sudah kebal dengan kuman kecil yang dibawa ibu bapa. Tetapi tidak kepada pelawat yang baru dijumpa.

2. Jangan terlalu bising

Bayi yang baru lahir perlukan tidur yang lena. Semestinya ibu bapa yang baru menyambut bayi, juga perlukan tidur yang lena. Jadi bagi menghormati keluarga baru ini, orang yang melawat perlulah jangan menambahkan lagi tekanan kepada mereka.

Hormati ibu bapa dengan mengawal bunyi yang akan menyebabkan bayi terjaga. Ziarah dengan ihsan dan elakkan bunyi luar seperti tv, ataupun perbualan yang terlalu kuat .

3. Jangan biarkan bayi pakai lampin yang kotor terlalu lama

Walaupun ini kelihatan seperti pengetahuan umum, masih ada sesetengah ibu bapa yang menangguhkan sesi menukar lampin.

Kulit bayi yang lembut dan sensitif akan menjadi semakin teruk sekiranya dibiarkan terlalu lama dengan lampin yang kotor. Sekiranya lampin bayi lambat ditukar, walaupun cuma hadas kecil ia cukup untuk mendatangkan keradangan kepada bayi.

Bayangkan sekiranya bayi menggaru pula bahagian yang gatal kerana lampin kotor itu, pasti membuka luka kepada lebih banyak kuman.

Jadi jangan bertangguh untuk menukar lampin bayi. Cepat-cepat tukar lampin setelah bayi sudah selesai berhadas.

4. Jangan pakaikan sarung tangan dan kaki (mitten & booties)

Sebenarnya sarung tangan dan kaki tidak digalakkan untuk dipakaikan kepada bayi.

Walaupun tujuan asal mitten adalah untuk mengelakkan bayi menggaru dan mencakar muka, mitten sebenarnya boleh menjadi punca kecederaan kepada bayi.

Antara perkara yang ibu bapa perlu ambil perhatian:

  • Salur darah boleh tersekat akibat terlilit benang mitten.
  • Jika dipakai lama, mitten akan menyebabkan ketidakselesaan.

Seeloknya bayi perlu diberikan kebebasan untuk mendalami deria sentuhan. Bila bayi mula kenal tangannya sendiri, mulalah pula dia memegang objek lain, menguatkan deria sentuhannya. Ada juga bayi yang gemar memasukkan tangannya sendiri ke dalam mulut, maka deria rasanya pula yang terangsang. Semua perlakuan ini akan membantu perkembangan otak bayi.

5. Jangan upload gambar bayi baru lahir dengan kerap

Perkara ini bukan hanya untuk ibu bapa yang perlu ambil perhatian tetapi juga pelawat yang menziarahi bayi tersebut.

Sebab pertama tidak digalakkan untuk upload gambar bayi baru lahir adalah, penyakit ain dan sihir. Kadang-kadang penyakit Ain bukanlah daripada orang yang dengki, sebaliknya juga hadir kerana memandang seseorang dengan takjub. Ia boleh terjadi ke atas orang yang dengki atau orang yang kita sayangi.

Daripada Abu Hurairah RA, Nabi SAW bersabda:

الْعَيْنُ حَقٌّ

Maksudnya: “Al-‘ain itu adalah haq (benar).”

Dalam hadis yang diriwayatkan daripada Ibn Abbas R.Anhuma, Nabi SAW bersabda:

الْعَيْنُ حَقٌّ وَلَوْ كَانَ شَىْءٌ سَابَقَ الْقَدَرَ سَبَقَتْهُ الْعَيْنُ وَإِذَا اسْتُغْسِلْتُمْ فَاغْسِلُوا

Maksudnya: Al-‘Ain itu haq (benar). Jika ada sesuatu yang menjangkaui qadar maka ‘ain lah (yang dapat menjangkauinya). Jika diminta kepada kamu untuk mandi (untuk penyembuhan), maka mandilah.

Riwayat Muslim (5831)

Jadi, sebelum upload gambar di mana-mana media sosial, ibu bapa dan pelawat perlulah berpada-pada dengan penyakit Ain. Sekiranya ada yang memuji, kembalikan semula pujian kepada Allah S.W.T.

6. Jangan berikan makan pelik-pelik

Bayi sememangnya kelihatan comel sewaktu menerima suapan makanan yang diberikan. Suakan apa sahaja, pasti akan diterima. Tetapi jangan lupa, tidak semua bayi boleh makan apa yang disuap.

Antara sebabnya adalah:

  • Umur belum cukup untuk menerima makanan pepejal
  • Belum boleh minum atau makan apa-apa selain susu ibu
  • Alahan kepada makanan atau minuman

Jadi sebelum suap, pastikan anda mendapat keizinan daripada ibu bapa bayi. Mereka lebih tahu apa yang boleh dan apa yang tidak boleh diberikan kepada anak tersayang mereka.

Itu sahaja pantang larang untuk bayi yang baru lahir. Semoga perkongsian kali ini dapat memberikan kesedaran kepada semua.


Pssttt! Tak Nak Cuba Stokin Soka Essential Vintage? Selesa dan ada mempunyai corak yang sangat vintage 😍😍

Betul ker comel dan selesa? Belum cuba belum tahu:

  • Stokin Soka Essential Vintage (RM 12.00)

Jangan fikir lama-lama, stok adalah terhad!


Contact number di bawah untuk order:

https://www.socaz.my/



Sumber di petik dari: 

https://ezqurban.org/blog/bayi-baru-lahir/



Older post Newer post

Your cart is currently empty.
Continue shopping