icon-search

5 Idea Hadiah untuk Rakan ke Umrah

5 Idea Hadiah untuk Rakan ke Umrah

1) Kain Ihram (Lelaki) atau Telekung (Wanita)

Mari kita mulakan dengan pakaian ihram kerana ianya merupakan rukun umrah yang pertama. Amatlah penting untuk orang yang bakal pergi ke umrah untuk membawa kelengkapan yang betul dan mencukupi. Sekiranya hadiah itu untuk jemaah lelaki, anda mestilah menyediakan sekurang-kurangnya satu set kain ihram dan satu tali pinggang khas yang tidak berjahit. Namun, seeloknya anda berikan kepadanya dua set kain ihram supaya dapat ditukar sekiranya kotor untuk keselesaan beribadah. Bagi jemaah perempuan pula, anda boleh sahaja memberikannya dua pasang telekung sedia ada, atau dapatkan telekung yang mempunyai poket berzip. Kain ihram dan telekung boleh dibeli dengan bajet sekitar RM150.

2) Selipar atau Capal (Lelaki)

Semasa dalam ihram, jemaah lelaki juga dilarang untuk memakai stokin dan kasut yang menutup keseluruhan kaki terutamanya bahagian hadapan. Oleh itu, berikanlah selipar, sandal atau capal yang tidak menutupi jari-jari kaki sebagai hadiah. Selain dalam ihram, ianya juga boleh dipakai untuk aktiviti harian dan ketika ziarah. 

3) Beg Uncang Kasut

Seperti biasa, di sana perlu menanggalkan kasut yang dipakai di luar ketika memasuki kawasan masjid untuk memelihara kebersihannya. Anda boleh memberikan beg uncang kasut sebagai hadiah untuk digunakan beg itu untuk memudahkan mereka. Walaupun kemudahan rak kasut yang tersedia tetapi risikonya ialah mereka mungkin tercari-cari kasut mereka ketika mahu keluar kelak. Maklumlah, terdapat ribuan jemaah yang mungkin salah seorangnya memakai kasut yang sama seperti mereka.

Untuk mengelakkan situasi sebegini terjadi, anda boleh membawa beg uncang kasut supaya selipar mereka boleh dibawa masuk bersama ke dalam masjid, asalkan ianya bersih daripada sebarang najis. Harganya hanyalah serendah RM5.

4) Kasut Tawaf (Wanita)

Kebanyakan jemaah lebih selesa berkaki ayam untuk bergerak di dalam kawasan masjid. Walau bagaimanapun, semasa melakukan rukun kedua dan ketiga iaitu tawaf dan saie, jemaah wanita yang sentiasa berstokin disarankan untuk memakai kasut tawaf. Dengan cara ini, anda boleh memberikan mereka hadiah kasut supaya stokin yang dipakainya tidak koyak. Pemakaian kasut tawaf ini tidaklah terhad kepada wanita sahaja. Jemaah lelaki juga boleh memakainya ketika beribadah di dalam masjid, asalkan tidak berada dalam ihram. Oleh itu sekiranya anda ingin membelikan hadiah kepada mereka. Saya cadangkan untuk anda membelikan mereka kasut tawaf.

5) Botol Spray Wuduk

Seterusnya, anda sangat digalakkan untuk memberikan hadiah botol spray wuduk. Ianya memudahkan jemaah untuk mengambil wuduk semasa di miqat dan di masjid yang pastinya penuh dengan jemaah lain. Selain itu, tempat mengambil wuduk di sesetengah masjid terletak agak jauh dari kawasan solat. Jadi, dengan pemberian botol spray wuduk bersama dapat mengelakkan jemaah terkejar-kejar ketika ingin menunaikan solat berjemaah. Ianya berharga sekitar RM5 sahaja!



WOW! SOCAZ ada buat FEBRUARI SALE !!

Jualan dengan hottest item sahaja:

  • Stokin Soka Alien M
  • Stokin Kanik Mansock K Dark Choc (Percuma Facemask)
  • Handsock Kayla

Jangan fikir lama-lama, stok adalah terhad!

Contect number di bawah untuk order:

https://www.socaz.my/


Sumber:
(Kredit kepada Travelblog dan diubahsuai sedikit daripada Socaz.My)
https://travelblog.expedia.com.my/africa-middle-east/checklist-umrah/



Older post Newer post

Your cart is currently empty.
Continue shopping