search

3 kumpulan yang tidak dipandang oleh Allah

3 kumpulan yang tidak dipandang oleh Allah

Ilmu yang paling rendah adalah ketika seseorang menyedari bahawa dunia itu hina dan fana, sedangkan akhirat adalah tempat yang agung dan abadi. Rasulullah SAW mengingatkan manusia bahawa dunia adalah ladangnya akhirat. Sedar atau tidak sedar, dunia akan pergi meninggalkan kita dan akhirat yang akan menghampiri kita.

Allah SWT juga berfirman dalam surah Al-Mulk : "Yang menjadikan mati dan hidup, supaya Dia menguji kamu. Siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun."

Dari ayat di atas, boleh kita simpulkan bahawa hakikat hidup seharusnya menjadikan dunia sebagai ladang amal, bukan sebaliknya melakukan kerosakan dan kezaliman. Adapun orang-orang yang zalim ketika di dunia akan mendapat balasan pada hari kiamat. Dan inilah wujud keadilan Allah SWT.

Dalam satu hadis Nabi disebutkan ada tiga golongan manusia yang tidak dipandang Allah pada hari Kiamat. Berikut sabda Rasulullah SAW:


عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ ثَلَاثَةٌ لَا يُكَلِّمُهُمْ اللَّهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَلَا يَنْظُرُ إِلَيْهِم؛ْ رَجُلٌ حَلَفَ عَلَى سِلْعَةٍ لَقَدْ أَعْطَى بِهَا أَكْثَرَ مِمَّا أَعْطَى وَهُوَ كَاذِب،ٌ وَرَجُلٌ حَلَفَ عَلَى يَمِينٍ كَاذِبَةٍ بَعْدَ الْعَصْرِ لِيَقْتَطِعَ بِهَا مَالَ امْرِئٍ مُسْلِم،ٍ وَرَجُلٌ مَنَعَ فَضْلَ مَاءٍ فَيَقُولُ اللَّهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ الْيَوْمَ أَمْنَعُكَ فَضْلِي كَمَا مَنَعْتَ فَضْلَ مَا لَمْ تَعْمَلْ يَدَاكَ (رواه البخاري)

Dari Abu Hurairah RA bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda: "Ada tiga golongan yang Allah tidak mengajak mereka bicara pada hari kiamat dan Allah juga tidak akan memandang (iaitu) (1) Seseorang yang bersumpah dalam dagangannya sehingga boleh diberi lebih banyak daripada biasanya, dan ia dusta dalam sumpahnya. (2) Seseorang yang melakukan sumpah dusta setelah cita-citanya mendapatkan harta orang muslim lainnya. (3) Dan seseorang yang menahan kelebihan air (tidak berbahagi), sehingga Allah pada hari kiamat berfirman 'Saya sekarang menahan kurnia-Ku sebagaimana engkau pernah menahan kelebihan air yang kedua tanganmu tidak bekerja disebabkannya." (HR. Al-Bukhari) 

Ketiga perbuatan itu adalah banyak bersumpah dengan nama Allah dalam perniagaan, demi mendapatkan keuntungan duniawi. Umumnya hal ini dilakukan dalam rangka mendapatkan simpati dan kepercayaan dari rakan niaganya arau berharap mendapatkan keuntungan yang berlipat kali ganda.

Kemudian yang kedua adalah bersumpah palsu juga demi mendapatkan keuntungan duniawi atau merampas hak orang lain, seperti bersumpah bahawa suatu barang adalah miliknya, sementara barang itu adalah milik orang lain. Ia mengambilnya secara bathil dengan bersumpah menggunakan na,a Allah Ta'ala.

Kemudian yang terakhir adalah seseorang yang tidak mahu memberi dan tidak peduli pada sekitarnya. Ia bakhil dan tidak mahu berbagi pada orang dan masyarakat yang kekurangan di sekitarnya. Seperti tidak mahu berbagi air sementara ia memiliki kelebihan air yang melebihi dari keperluannya. Maka kelak di hari Kiamat, Allah pun enggan memberikan kurnaan-Nya kepadanya/ Na'uzubillahi min dzalik. Semoga Allah menghindarkan kita dari ketiga sifat tercela tersebut.




Older post Newer post

Your cart is currently empty.
Continue shopping