icon-search

10 Manfaat Membaca Surah Maryam untuk Ibu Hamil

10 Manfaat Membaca Surah Maryam untuk Ibu Hamil

Ibu yang hamil disarankan untuk rajin membaca Al - Quran. Surah Maryam ialah surah yang digalakkan untuk ibu hamil membaca kerana ia memberi banyak manfaat dan memberi banyak keutamaan ketika sedang hamil. Sebelum kita mengetahui lebih lanjut tentang manfaat surah ini. Mari kita kenali lebih dalam lagi tentang Surah Maryam ini.


Surah Maryam terdiri dari 98 ayat dan diturunkan di Makkah. Surah ini mengisahkan cerita tentang seorang ibu bernama Maryam (ibu Nabi Isa) yang melahirkan seorang putera tanpa pernah disetubuhi oleh lelaki mahupun seorang suami. Perjuangan Maryam telah diceritakan dan Maryam berjuang tanpa bantuan daripada sesiapa, dan bertahan dengan cacian yang diberikan oleh masyarakat setelah kelahiran puteranya. Imannya yang teguh memberikan banyak pengajaran yang luar biasa.


10 Manfaat Membaca Surah Maryam untuk Ibu Hamil

Mari kita lihat manfaatnya di bawah 

1. Memantapkan iman kepada Allah SWT  

Surah Maryam mengisahkan tentang sifat Allah yang dapat berbuat sesuatu mengikut kehendaknya walaupun ia tidak mengikut hukum alam kerana tidak ada yang tidak mungkin bagi-Nya. Seperti contoh Nabi Isa yang lahir tanpa ayah dan Nabi Zakaria yang dikurniakan anak oleh Allah pada usia yang sudah tua. 

Hal ini menjadi teladan keimanan dan dia untuk ibu  agar ibu dan anak yang dikandung memiliki rasa keimanan dengan membaca kisah - kisah dalam Surah Maryam. 

2. Memberi ketenangan dan kepercayaan kepada diri

Wanita yang sedang hamil mempunyai keadaan psikologi yang tidak stabil kerana ketidakseimbangan hormon yang mereka alami. Oleh itu, pentingnya membaca Surah Maryam supaya emosi mereka boleh menjadi stabil. Dengan cara memahami kisah Maryam yang melahirkan anak tanpa seorang ayah akan membina keyakinan ibu hamil apabila mereka terpaksa melalui detik- detik kehamilan yang tidak berjalan dengan lancar. 

Sesetengah wanita yang hamil mungkin mengalami halangan seperti kurang selera makan, sakit, pendarahan atau yang lain- lain. Berharap dengan membaca surah ini, Allah dapat membantu ibu hamil untuk membina keyakinan mereka. 

3. Bentuk ikhtiar agar kehamilan lancar hingga persalinan

Semasa hamil, ibu- ibu digalakkan untuk banyak beristighfar dan berdoa agar semua urusan berjalan dengan lancar daripada hamil hingga bersalin. Ibu akan mendapat keberkahan dalam perjalanan menanti kelahiran bayinya.  Hal ini sesuai dengan firman Allan SWT 

"Dia berkata: Wahai Tuhanku, sesungguhnya tulangku telah lemah dan kepalaku telah ditumbuhi uban, dan aku tidak pernah kecewa dalam berdoa kepadaMu. Dan sesungguhnya aku khawatir akan kerabatku sesudah matiku, walaupun isteriku mandul, maka anugerahkanlah kepadaku seorang anak dari sisi-Mu" (Surah Maryam 4-5).

4. Wujud kasih sayang Allah kepada hambaNya 

Kehamilan adalah salah satu bentuk kasih sayang Allah kepada hambaNya. Hal ini kerana anak itu adalah rezeki dari Allah yang tidak semua wanita boleh diberi amanah untuk menerima pemberian ini. 

"Kami memberi khabar gembira kepadamu dengan seorang anak yang bernama Yahya, yang belum pernah Kami beri nama itu sebelumnya" (Surah Maryam 7).

5. Mendoakan agar anak berbakti 

Membaca Surah Maryam sama seperti ibu yang mendoakan anaknya menjadi insan yang soleh dan solehah. Ini dinyatakan di dalam Surah Maryam ;

"Dan sangat berbakti kepada kedua orang tuanya dan dia bukan orang yang sombong bukan pula orang yang durhaka" (QS Maryam 14).

6. Sentiasa bersangka baik

Kadangakala ibu yang pertama kali merasakan pengalaman kehamilan akan berasa takut dengan proses kehamilan. Oleh seba itu, ibu disarankan membaca agar menjadi teladan dan sentiasa bersangka baik bahawa Allah sentiasa membantu. 

"Kemudian rasa sakit akan melahirkan memaksanya bersandar pada pangkal pohon kurma, dia (Maryam) berkata: wahai betapa baiknya aku mati sebelum ini dan akumenjadi seorang yang tidak diperhatikan dan dilupakan. Jibril berkata janganlah engkau bersedih. Goyangkanlah pohon kurma itu nescaya akan menggugurkan buah kurma yang masak kepadamu" (Surah Maryam 23-25).

7. Tanda kebesaran Allah

Segalanya mudah dan tidak ada yang mustahil bagi Allah. Kehamilan merupakan salah satu kebesaran Allah dan bentuk rahmat untuk ibu hamil tersebut. 

"Dia (Jibril) berkata ;  demikian lah Tuhanmu berfirman hal itu nudah bagi Ku dan agar kami menjadikannya suatu tanda kebesaran Allah bagi manusia dan sebagai rahmat dari Kami" (QS Maryam 21).

8. Ketaatan

Menjadikan hambaNya yang istiqamah di jalan Allah, yang siap menjauhkan diri dari segala keburukan dan segala sesuatu yang dilarang oleh Allah.

"Dan aku menjauhkan diri darimu dan apa yang engkau sembah selain Allah" (QS Maryam 48).

9. Memanjatkan doa agar diberi anak perempuan yang solehah

Salah satu doa untuk ikhtiar bagi ibu hamil yang menginginkan anak perempuan yang solehah seperti Maryam.

Maryam berkata 

"Bagaimana saya boleh mempunyai seorang anak lelaki sedangkan tidak seorang lelaki pernah menyentuh saya" (Surah Maryam : 20).

10. Ibu menjadi lebih sabar

Dikisahkan di dalam surah, Maryam seharusnya mengasingkan diri agar terhindar dari fitnah kerana mengandung padahal beliau sama sekali tidak menyentuh mana -mana  lelaki. Kesabarannya telah membuatkan Maryam menerima takdirnya dan menjaga kandungannya dengan penuh kasih sayang.

Begitu juga wanita hamil yang lain hendaklah sentiasa bersabar apabila menghadapi ujian atau bebanan semasa mengandung. Menerima takdir Allah dan bersyukur dengan kurniaan kehamilan dengan menjaga dan menjaga kesihatan bayi dalam kandungannya.

"Maka dia mengandung dan mengasingkan diri dengan kandungannya itu ke tempat yang jauh" (QS Maryam : 22).


Pssttt! Tak Nak Cuba Stokin Soka Original Tapak Hitam? Selesa dan ada banyak corak yang comelll 😍😍

Betul ker comel dan selesa? Belum cuba belum tahu:

  • Stokin Soka Original Tapak Hitam (RM 10.00)

Jangan fikir lama-lama, stok adalah terhad!


Contact number di bawah untuk order:

https://www.socaz.my/



Sumber di petik dari: 

https://id.theasianparent.com/manfaat-membaca-surah-maryam



Older post Newer post

Your cart is currently empty.
Continue shopping