icon-search

10 Kesalahan Diet Yang Buat Anda Gagal Untuk Kurus

10 Kesalahan Diet Yang Buat Anda Gagal Untuk Kurus

Rancangan pengurusan kurus dan diet bukanlah satu pelaksanaan yang mudah untuk dilaksanakan tanpa disiplin dan asas pengetahuan diet yang tepat. Adakalanya anda memerlukan bimbingan dari coach atau guru yang mahir dalam teknik pengurusan berat badan bagi memastikan anda tidak melakukan kesilapan maksimum yang boleh menggagalkan rancangan untuk kurus. 

Namun, dalam mengamalkan diet untuk kurus, masih ramai yang tidak sedar tentang kesalahan-kesalahan umum yang seharusnya dielakkan. Pastinya ramai di luar sana sedang tertanya-tanya apa yang menyebabkan mereka gagal menurunkan berat badan walaupun telah mengamalkan jadual dan pengambilan kuantiti makanan yang ketat. Bagi anda yang masih tertanya, ini ialah 10 senarai kesalahan diet yang mungkin menjadi salah satu anda tidak berjaya menurunkan berat badan seperti yang diinginkan.

1. Malas & Keterlaluan Dalam Bersenam

Bagi anda yang ingin mendapatkan berat badan ideal, mengawal diri dari makan dan minum tidak cukup untuk diet anda. Bersenam diibaratkan seperti peribahasa "bagai isi dengan kuku" dan "bagai aur dengan tebing" di mana faktor pemakanan dan disiplin bersenam akan saling bekerjasama dan bergantung kepada sistem biologi badan seorang pengamal diet.

Dengan cara bersenam, anda akan mendapat dua manfaat iaitu kejayaan dalam menurunkan berat badan dan juga kualiti kesihatan yang lebih baik. Semasa diet, badan seseorang akan mengalami perubahan kadar metabolisme . Mempunyai kadar metabolisme yang tinggi adalah salah satu kunci penurunan berat badan. Metabolisma sangat penting untuk menukarkan makanan yang dimakan sebagai sumber tenaga. Senaman adalah salah satu cara untuk meningkatkan kadar metabolisme. Tenaga akan diedarkan ke seluruh sel dalam badan dan seterusnya membantu dalam pembakaran kalori.

Wanita dan lelaki masing-masing mempunyai tahap keperluan kalori yang berlainan. Kalori yang diperlukan di dalam badan wanita adalah sekitar 2000 kalori setiap hari. Manakala bagi lelaki pula sekitar 2500 kalori setiap hari. Pengambilan makanan dan minuman, senaman dan aktiviti seharian akan memastikan tahap kalori dalam badan kita sentiasa seimbang. Kalori yang berlebihan akan menyumbang kepada peningkatan berat badan.

2. Makan Terlalu Banyak Atau Terlalu Sedikit Kalori

Tidak dinafikan juga, kalori telah menjadi salah satu punca peningkatan berat badan. Oleh sebab itu ramai yang terlalu berusaha untuk mengurangkan kalori dalam makanan dengan meninggalkan makanan dengan nilai kalori yang tinggi . Pemahaman ini ternyata adalah salah sama sekali. Apa yang anda perlu lakukan adalah pastikan diri anda mempunyai jumlah kalori yang sesuai mengikut jantina, berat dan ketinggian anda. Di sinilah pentingnya di mana faktor pemakanan, aktiviti dan senaman saling bergantung untuk memainkan peranan dalam pengawalan kalori di dalam badan.

Kekurangan kalori di dalam badan akan menurunkan tahap metabolisma dalam badan. Selain itu, anda juga menjadi lebih cepat lapar. Sampai satu peringkat anda akan tertanya-tanya kenapa berat badan anda menjadi mendatar dan tidak lagi turun secara konsisten walaupun telah berusaha melakukan banyak senaman. Ini disebabkan kalori yang rendah akan menurunkan metabolisme badan yang mana ia diperlukan untuk membakar semula kalori dalam badan kita.

3. Kurang Pengambilan Protein

Anda memerlukan protein yang secukupnya sepanjang proses penurunan berat badan. Protein akan membuatkan anda kenyang untuk tempoh masa lebih lama. Apabila kenyang, anda akan dapat mengawal nafsu makan makanan ringan. Anda tidak boleh menghilangkan unsur protein kerana ia terlibat dalam proses penukaran glukosa kepada tenaga. Protein juga diperlukan untuk membakar lemak di dalam badan. Mereka yang mengamalkan pengambilan protein yang tinggi dalam tempoh enam bulan akan mula melihat perubahan penurunan berat badan yang ketara dalam tempoh enam bulan selepas diamalkan. 

4. Kurang Pengambilan Fiber

Kebanyakan sumber fiber mudah ditemui di dalam sumber tumbuhan seperti sayur-sayuran, kekacang, bijirin dan juga buah-buahan. Untuk sesiapa yang ingin menurunkan berat badan dengan cepat, anda perlu rajin makan makanan yang kaya dengan kandungan fiber. Salah satu kelebihan apabila anda lebihkan pengambilan serat ialah kerisauan anda akan berkurangan apabila mengambil kalori secara berlebihan tanpa sengaja.

Makanan berfiber akan membuatkan anda kenyang lebih lama kerana proses penghadamannya yang lebih panjang dalam sistem pencernaan. Bagi mereka yang ingin mengurangkan pengambilan nasi, makanan berfiber seperti pasta, oat, roti dan sarapan bijirin amat baik untuk diet anda.

5. Tidak Melakukan Senaman Angkat Berat

Aktiviti sperti berjoging, bersenam dan berenang sahaja tidak cukup untuk mendapatkan bentuk badan yang diidamkan. Anda perlu rajin mengunjungi pusat gimnasium dan melakukan sedikit latihan angkat berat. Proses penurunan berat badan perlu diikut oleh pembentukan otot yang menarik supaya badan kelihatan lebih fit dan tidak menggeleber. Apabila aktiviti angkat berat dilakukan, lebih banyak pembentukan sel otot berlaku di dalam badan, berbanding dengan tisu lain, tisu otot mampu membakar kalori walaupun ketika anda sedang berehat. Jadi anda memerlukan tisu otot yang lebih banyak untuk membakar kalori berlebihan.

6. Terpedaya Dengan Produk Rendah Lemak & Makanan Diet

Sejak munculnya pelbagai produk rendah lemak dan makanan berasaskan diet di pasaran ianya telah membuatkan ramai orang terpedaya. Tidak salah untuk memilih beberapa produk diet di pasaran namun anda juga perlu berhati-hati dari segi kandungan bahan di dalamnya. Kebanyakan makanan proses sumber bijirin seperti produk sarapan bijirin, yogurt dan jus buah-buahan yang diproses mengandungi kandungan gula yang tinggi. Anda juga perlu berhati-hati dengan kandungan makanan berunsur madu kerana ia adalah salah satu sumber gula yang berbahaya jika diambil secara berlebihan.

7. Gagal Mengurangkan Minuman Bergula

Mungkin anda mampu mengawal makan makanan manis dengan penuh disiplin. Namun, cuba anda semak semula dengan lebih terperinci tentang minuman yang anda ambil terutamanya jus buah-buahan. Masih ramai yang menganggap mereka berjaya mengurangkan gula dengan mengamalkan hanya minum jus buah-buahan yang dikisar sendiri di rumah. Tetapi anda perlu ingat bahawa buah-buahan turut mengandungi gula semulajadi dan ia tidak boleh diambil secara berlebihan.

8. Tidak Mengukur Nilai Pembakaran Kalori

Hari ini telah wujud pelbagai produk digital dan gajet yang dapat membantu anda mengira nilai kalori yang digunakan semasa bersenam. Produk jam kecergasan yang ringan dan boleh dipakai di pergelangan boleh menukar nilai kalori yang berlaku semasa anda bersenam. Sukar untuk anda menganggar dan mengira pembakaran kalori tanpa bantuan peralatan berasaskan teknologi. Bagi mereka yang bersenam untuk menurunkan berat badan, gajet yang mampu menukar nilai pembakaran dan kalori dalam badan akan menghalang daripada mengurangkan anda membakar kalori berlebihan atau kurang daripada yang sepatutnya anda perlu bakar.

9. Kerap Makan Walaupun Tidak Lapar

Pernah dengan orang kata biar makan sedikit tapi kerap supaya tidak lapar? Kaedah ini sebenarnya kurang baik kerana ia menggalakkan kita mengambil lebih banyak kalori ke dalam badan. Cara terbaik untuk mengawalnya adalah dengan mengikuti jadual pemakanan yang teratur iaitu bermula dengan sarapan pagi, makan tengah hari dan makan petang serta tidak mengambil makanan berat pada sebelah malam.

10. Azam Menurunkan Berat Badan Tidak Realistik

Matlamat untuk menurunkan berat badan perlulah realistik dan tidak boleh terlalu memaksa sehingga memudaratkan diri. Ukur baju di badan sendiri dan elakkan daripada membandingkan diri dengan orang lain kerana ia boleh mempengaruhi emosi dan semangat anda. Azam menurutkan berat badan adalah satu proses yang panjang dan pastinya anda memerlukan perancangan dan strategi yang realistik serta berkesan.

 

Pssttt! Tak Nak Cuba Stokin Kanik Tapak Hitam Original ke? Selesa tau😍

Betul ker lembut dan selesa? Belum cuba belum tahu:

  • Stokin Kanik Tapak Hitam Original L (RM 12)
  • Stokin Kanik Tapak Hitam Original M (RM 9)

Jangan fikir lama-lama, stok adalah terhad!

Contact number di bawah untuk order:

https://www.socaz.my/



Sumber di petik dari:

https://100comments.com/malay/10-kesalahan-diet-yang-buat-anda-gagal-untuk-kurus/



Older post Newer post

Your cart is currently empty.
Continue shopping