search

TEGUH DALAM IMAN

TEGUH DALAM IMAN

Putus asa dan kecewa adalah dua situasi yang semua orang pasti pernah merasakannya. Terkadang kecewa dan putus asa tersebut membuatkan kita sukar untuk mengawal perasaan dan diri kita oleh kerana kita terlalu fokus kepada hal tersebut.

Seperti yang diperkatakan oleh Mufti Menk,
Kamu pasti akan merasakan kekecewaan berulang kali. Begitulah keadaannya kehidupan di dunia ini. Jangan pernah merasa putus asa dan membiarkan syaitan mengacaukan fikiranmu. Tetaplah berpendirian teguh dalam keimanan. 

Oleh hal yang demikian, kita perlulah berpendirian teguh dalam keimanan. Tiada masalah yang tiada penyelesaian. Masalah adalah sesuatu yang sementara sahaja. Berputus asa  dan kecewa selamanya bukanlah penyelesaian untuk anda. Ia hanya akan menambah beban dan menjadikan kehidupan anda lebih bermasalah. Kembali dekatkan diri anda kepada Allah. Pasti anda akan memperoleh ketenangan dan Allah akan membantu anda keluar daripada situasi tersebut. 

www.socaz.my 

Sumber:
mutiaraislam.net




Older post Newer post

Your cart is currently empty.
Continue shopping