icon-search

Tanda - tanda kehadiran makhluk halus di dalam rumah

Tanda - tanda kehadiran makhluk halus di dalam rumah

Gangguan makhluk halus sememangnya agak sukar untuk dibuktikan namun kenali tanda gangguan jin di dalam rumah, serta tempat yang sering ‘didiami’ makhluk halus supaya anda dapat mengenal pasti tindakan yang perlu diambil seterusnya.


Selalu kita mendengar rentetan kisah aneh mengenai makhluk halus dan sihir yang kadang kala tidak dicapai dek akal. Malah, kebiasaannya kita akan menjadi sedikit paranoid setelah mendengar cerita-cerita ajaib dan pelik daripada orang lain.


Hakikatnya, perkara ghaib sememangnya agak sukar untuk dibuktikan kerana setiap orang yang mengalaminya berhadapan dengan simptom yang berbeza – beza. Masyarakat kita suka mendengar cerita-cerita mengenai makhluk halus dan alam ghaib. Kisah-kisah seperti rumah berhantu, santau dan sihir adalah cerita yang tidak asing lagi dari kelopak telinga kita.


Tetapi, bagaimana kalau aktiviti paranormal itu berlaku pada diri sendiri dan di rumah yang kita diami? Terdapat beberapa perkara yang perlu diberi perhatian dalam mengenali tanda-tanda gangguan jin atau makhluk halus dalam rumah anda sendiri.


Tanda – tanda gangguan makhluk halus di rumah


Terdapat beberapa perkara yang perlu diberi perhatian dalam mengenali tanda-tanda gangguan jin dalam rumah anda sendiri dan memberi diri anda masa untuk mengenal pasti tanda-tanda tersebut.


1. Terdapat lebam pada tubuh badan apabila bangun dari tidur.

2. Rasa sentiasa diperhati apabila berada di rumah.

3. Terdengar bunyi pelik .

4. Tercium bau yang terlampau busuk dan terlampau wangi tanpa sebarang punca.

5. Bunyi dan suara seperti orang sedang menangis dan mengilai.

6. Sering mengalami gangguan tidur.

7. Mimpi buruk dan aneh .

8. Sakit tubuh badan apabila berada dirumah .

9. Rasa seram sejuk atau panas ketika dirumah.

10. Hilang barang atau duit.

11. Bayi sentiasa meragam apabila di rumah..

12. Ternampak kelibat bayang bayang di sekitar rumah.

13. Objek bergerak sendiri.


Sudut rumah dan kawasan yang sering dikaitkan dengan makhluk halus atau makhluk ghaib


Kalau tonton filem-filem seram, mesti dah boleh agak kan sudut atau tempat apa yang sering 'didiami' oleh makhluk halus atau hantu.


1. Bilik mandi

Semua sedia maklum bahawa bilik mandi adalah tempat yang tidak bersih kerana di situ lah kita membersihkan diri serta membuang udara kecil dan besar. Kita juga tahu bahawa syaitan dan jin juga suka berada di tempat yang kotor dan tidak bersih. malah agama juga menyarankan kita untuk tidak berlama-lama di dalam bilik mandi.


2. Bilik kosong

Seperti rumah kosong, bilik atau ruang kosong yang tidak berpenghuni kemungkinan besar menjadi tempat untuk jin 'tinggal' kerana tiada pergerakan dan orang yang boleh mengusir mereka keluar. 


3. Tempat gelap, kotor dan lembap

Gelap, kotor dan lembap, ini adalah kombinasi yang tepat untuk bukan sahaja untuk bakteria merebak malah ia merupakan tempat kesukaan jin dan syaitan. Ruang yang sering gelap, kotor dan lembap adalah stor simpanan ruang belakang rumah.


4. Kawasan taman 

Selalunya kita akan mendengar mak kita panggil kita untuk masuk ke rumah jika kita duduk di taman pada waktu senja mahupun pada waktu malam, ternyata mak-mak ni selalu betul. Kawasan taman yang mempunyai tumbuhan yang berpelepah dan berbau wangi sering kali dikaitkan dengan kehadiran makhluk halus. Lebih-lebih lagi pokok pisang, pokok bunga melati dan sebagainya.


5. Loteng 

Loteng merupakan ruang yang sangat jarang digunakan, dan kebiasaannya berada di tingkat paling atas dalam rumah. Disebabkan loteng jarang digunakan, maka ruangnya selalu berada dalam keadaan gelap dan lembap. Kebiasaannya juga loteng dijadikan tempat untuk menyimpan semua barang yang tidak digunakan.



Sumber di petik dari:

https://www.iproperty.com.my/lifestyle/tanda-tanda-makhluk-halus-ada-dalam-rumah/




Older post Newer post

Your cart is currently empty.
Continue shopping