icon-search

Tanda-Tanda Kecil Kiamat

Tanda-Tanda Kecil Kiamat

Belakangan ini begitu banyak terjadi fenomena alam maupun peristiwa yang menurut banyak kalangan mengatakan bahwa itu merupakan tanda-tanda kiamat sudah dekat. Berbagai peristiwa tersebut di antaranya adalah timbulnya berbagai bencana alam seperti gunung meletus, gempa bumi, banjir bandang, dan bencana-bencana alam lainnya yang menimpa di berbagai penjuru dunia. Bahkan beberapa waktu lalu banyak isu-isu beredar akan datangnya hari kiamat.

1. Zina bermaharajalela 

“Dan tinggallah manusia-manusia yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang.” – Sahih Muslim 

2. Penaklukan Baitulmuqaddis 

Allah S.A.W telah bersabda: “Aku menghitung enam perkara menjelang hari kiamat.” Baginda menyebutkan salah satu di antaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis.” – Sahih Bukhari 

3. Pemimpin yang terdiri dari orang yang jahil dan fasik 

“Apabila sesuatu amanah itu di salahgunakan (disia-siakan), maka tunggulah saat kehancuran (kiamat).” Para sahabat bertanya: “Bagaimana amanah itu disalah gunakan wahai Rasulullah?” Baginda menjawab: “Iaitu apabila tugas atau tanggungjawab sebagai pemimpin itu diberikan (diserahkan) kepada bukan ahlinya (jahil) atau bukan orang yang layak (fasik), maka tunggulah saat kehancuran. 

4. Bermaharajalela kedengaran alat muzik 

Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan dan perubahan muka.”Ada yang bertanya kepada Rasulullah; “Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?” Baginda menjawab; “Apabila telah bermaharajalela bunyi-bunyian muzik dan penyanyi-penyanyi wanita” – Ibnu Majah 

5. Menghiaskan masjid dan membanggakannya

Di antara tanda-tanda telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegah-megahan dalam mendirikan masjid” – Riwayat Nasai

6. Munculnya kejian, memutuskan kerabat dan hubungan dengan tetangga tidak baik

“Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan dan perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim dan sikap yang buruk dalam tetangga.” – Riwayat Ahmad dan Hakim 

7. Ahli ibadat yang jahil dan ulama yang fasik 

Diriwayatkan dari Anas r.a. “Selagi akan ada di akhir zaman ahli ibadat yang jahil dan ulama yang fasiq.” – Riwayat Ibn Ady 

8. Ramai orang soleh yang meninggal dunia 

Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang-orang yang baik dan ahli agama dimuka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang-orang yang hina dan buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran. – Riwayat Ahmad 

9. Orang hina mendapat kedudukan terhormat dan tertinggi 

Di antara tanda-tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka’ bin Luka’ (orang yang bodoh dan hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh dua orang mulia.” – Riwayat Thabrani 

10. Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya kelihatan telanjang 

Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. : “Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah akan muncul pakaian-pakaian wanita dan apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang.” 

11. Bulan sabit kelihatan besar 

Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung (membesarnya) bulan sabit.” – Riwayat Thabrani 

12. Manusia mewarnai rambut dengan warna hitam supaya kelihatan muda 

Pada akhir zaman akan muncul suatu kaum yang mencelupi rambut mereka dengan warna hitam seperti ‘bulu merpati’ yang mereka itu tidak akan mencium bau syurga.” – Sahih Abu Daud & Nasai 




WOW! SOCAZ ada buat OKTOBEST SALE !!

Jualan dengan hottest item sahaja:

  • Stokin Soka Alien M
  • Kanik Alien Tapak Hitam M Skin
  • Stokin Kanik Original Tapak Hitam 
  • Handsock Aaisya
  • Handsock Ainisha 6.0 

Jangan fikir lama-lama, stok adalah terhad!

Contect number di bawah untuk order:

www.socaz.my

Sumber:

https://www.almukhlisin.my/tanda-tanda-kecil-dan-tanda-tanda-besar-hari-kiamat/
https://www.liputan6.com/citizen6/read/3921357/tanda-tanda-kiamat-kecil-dan-kiamat-besar-menurut-islam-yang-jarang-diketahui
https://www.islamituindah.my/tanda-tanda-kiamat-kecil-telah-lengkap-sempurna/



Older post Newer post

Your cart is currently empty.
Continue shopping