search

Solat Menjadi Tidak Sah Sekiranya Anda Melakukan Perkara-Perkara Ini!

Solat Menjadi Tidak Sah Sekiranya Anda Melakukan Perkara-Perkara Ini!

Assalamualaikum semua    Hari ini kita nak bincangkan tentang mengapa solat seseorang itu boleh menjadi tidak sah dan adakah kita terlepas pandang dengan perkara-perkara tersebut? Jom baca entri ini sehingga selesai untuk mengetahui apa yang menyebabkan solat menjadi tidak sah   

Apakah perkara yang menyebabkan solat tidak sah?


1 - Membaca Takbiratul Ihram di dalam Hati

2 - Membaca Surah Al-Fatihah di dalam Hati

3 - Membaca Tahiyat Akhir di dalam Hati

4 - Membaca Selawat ke atas Nabi dalam Tahiyat Akhir di dalam Hati

5 - Memberi Salam yang Pertama di dalam Hati


Bacaan takbiratul ihram, al-fatihah, tahiyat akhir, selawat ke atas nabi pada tahiyat akhir dan memberi salam yang pertama ketika solat adalah termasuk di antara rukun qauli (ucapan/perkataan) yang mana jika kita meninggalkannya maka tidak sah solat kita. Hendaklah bacaan-bacaan tersebut perlu dibaca dengan lisan iaitu dituturkan melalui lidah, bukannya di dalam hati. Kata Imam al Syafi’e Rahimahullah :

وَلَا يُجْزِئُ الرَّجُل أَنْ يحْرِمَ لِلصَّلَاة بِقَلْبِهِ ، وَلَا يَقْرَأ بِقَلْبِهِ حَتَّى يُحَرِّكَ لِسَانَهُ

Maksudnya ; Tidak sah bagi seorang lelaki mengangkat takbiratul ihram untuk solat melalui hatinya, dan tidak sah pula dia membaca (al-fatihah) melalui hatinya sehinggalah dia menggerakkan lidahnya. Rujuk Mukhtasar al Buwaithi (hlm. 244).


Oleh itu, hendaklah kita mengambil berat tentang perkara-perkara ini agar solat yang kita lakukan setiap hari tidak menjadi solat yang sia-sia. Wallahualam.


Waoh, MENARIKNYA! SOCAZ masih teruskan BIG SALE NI

Jualan dengan hottest item sahaja:

  • Stokin Soka Alien M
  • Kanik Alien Tapak Hitam M

Pelbagai warna menarik yang boleh dipilih.

Jangan fikir lama-lama, stok adalah terhad!

Contect number di bawah untuk order:

www.socaz.my


SUMBER:

https://www.muftiwp.gov.my/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/2184-al-kafi-662-hukum-membaca-al-fatihah-sekadar-di-dalam-hati

https://www.hmetro.com.my/addin/2019/11/513744/dibolehkan-qasar-solat-ketika-melancong



Older post Newer post

Your cart is currently empty.
Continue shopping