icon-search

Siapakah Imam Mahdi?

Di akhir zaman akan muncul seorang lelaki dari Ahlul Bait. Allah SWT memberi kekuatan kepada agama Islam dengannya. 


Dia memerintah selama tujuh tahun, memenuhi dunia dengan keadilan setelah (sebelumnya) dipenuhi oleh kezaliman dan kezaliman. Umat di zamannya akan diberikan kenikmatan yang belum pernah diberikan kepada selainnya. Bumi mengeluarkan tumbuh tumbuhannya, langit menurunkan hujan, dan dilimpahkan harta yang banyak. 

Orang ini mempunyai nama seperti nama Rasulullah ﷺ, demikian pula nama ayahnya seperti nama ayah Rasulullah ﷺ. Jadi, namanya adalah Muhammad atau Ahmad bin Abdullah. Dia dari keturunan Fathimah binti Muhammad dari anaknya Hasan bin Ali. Di antara ciri-ciri fiziknya adalah lebar dahinya, dan mancung hidungnya.

عن عبد الله بن مسعود -رضي الله عنه- أنّ رسول الله -صلّى الله عليه وسلّم- قال: لو لم يبقَ من الدنيا إلَّا يومٌ، لَطَوَّلَ اللهُ ذلِكَ اليومَ حتى يبعثَ فيه رجلاً من أهلِ بيتي، يواطيءُ اسمُهُ اسمِي، واسمُ أبيه اسمَ أبي، يملأُ الأرضَ قسطاً وعدلاً كما مُلِئَتْ ظلماً وجوراً

Diriwayatkan dari Abdullah bin Masud RA, Rasulullah ﷺ, bersabda, ”Jika tidak tersisa satupun hari di dunia kecuali sehari sahaja, nescaya Allah akan memperpanjang hari itu dan mengirim seorang lelaki dari keluargaku, namanya sama dengan namaku, dan nama ayahnya nama ayahku, dia akan menebarkan kebijaksanaan dan keadilan di dunia, saat dunia dipenuhi dengan kezaliman dan ketidakadilan.”

عن أبي سعيد الخدري رضي الله عنه أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال: يخرج في آخر أمتي المهدي، يسقيه الله الغيث، وتخرج الأرض نباتها، و يعطي المال صحاحاً، و تكثر الماشية، و تعظم الأمة، يعيش سبعاً، أو ثمانياً، يعني حججاً 

Diriwayatkan dari Abu Sai’d Al-Khudri Ra, Rasulullah bersabda, "Al-Mahdi akan keluar di akhir kehidupan umatku, Allah akan menurunkan hujan kepadanya sehingga bumi menumbuhkan tumbuh-tumbuhannya, diberikan kepadanya harta yang melimpah, semakin banyak binatang ternak, dan pada saat itu ummat semakin mulia, dan ia memerintah selama tujuh atau lapan tahun" (Sahih, HR Al-Hakim).

Digelari al-Mahdi karena beliau mendapatkan petunjuk dan bimbingan dalam setiap langkah mereka. Dalam tradisi ahluss sunnah, hanya para khalifah empat pengganti Rasulullah ﷺ (khulaur rasyidun) yang mempunyai gelar yang sama. Sebagian ulama seperti Al-Asfaraini, Ibnu Hazm, dan Ibnu Taimiyah menambahkan gelar al-muntadzar (atau yang ditunggu) kerana kehadirannya sangat dinantikan pada saat itu.

Bilakah beliau akan muncul di muka bumi? Tiada teks yang kuat tentang waktu bila dan di mana. Hanya sahaja para ulama menyebutkan jika Imam al-Mahdi akan hadir sebelum Dajjal dan turunnya Nabi Isa AS, sebagai pertanda kiamat besar.  


Semoga bermanfaat   

 

WOW! SOCAZ ada buat OKTOBEST SALE !!

Jualan dengan hottest item sahaja:

  • Stokin Soka Alien M
  • Kanik Alien Tapak Hitam M Skin
  • Stokin Kanik Original Tapak Hitam
  • Stokin Calista 
  • Handsock Aaisya
  • Handsock Ainisha 6.0 

Jangan fikir lama-lama, stok adalah terhad!

Contect number di bawah untuk order:

https://www.socaz.my/

Sumber:
https://republika.co.id/berita/qif9md320/siapa-imam-al-mahdi-yang-akan-muncul-tanda-dekatnya-kiamat



Older post Newer post

Your cart is currently empty.
Continue shopping