search

Sejarah tentang Padang Arafah

Sejarah tentang Padang Arafah

Padang Arafah merupakan tempat dimana para jemaah haji melaksanakan rukun haji ke-2 iaitu  berwukuf pada 9 Zulhijjah hingga 10 Zulhijjah. Di situ juga terletaknya, Jabal Rahmah dan Masjid Namirah. Saat berada disana, para jemaah diwajibkan untuk menjalani wukuf di Padang Arafah atau 'mengasingkan diri' daripada urusan dunia dan beribadah kepada-Nya satu.

Padang Arafah memiliki wilayah yang sangat luas dengan keluasan mencapai 12 juta meter persegi. Kapasiti untuk jumlah jamaah haji biasanya mencapai 2,5 juta per tahun. Padang Arafah merupakan daerah terbuka dan luas yang terletak di sebelah timur luar kota suci Makkah. Di sekitar kawasan Padang Arafah terdapat gunung yang berbentuk setengah lingkaran. Padang Arafah menjadi satu di antara jalan yang dilalui untuk menuju Thaif. Selain itu terdapat sebuah sungai airnya mengalir dari Thaif hingge ke Mekah melalui Padang Arafah

Di Padang Arafah juga tempat dimana mengingati kembali peristiwa di mana Nabi Adam a.s. dan Siti Hawa telah diturunkan ke bumi dari Syurga atas sebab mengingkari perintah Allah dan terpedaya oleh tipu daya Iblis dengan memakan buah terlarang iaitu buah Khuldi. Disaat mereka dikeluarkan dari Syurga , Nabi Adam diturunkan di Pulau Sandib atau Sri Langka (India) dan Siti Hawa pulak berada di Jeddah (Tanah Arab)

Perpisahan mereka mengambilan masa selama 40 tahun sehinggalah mereka bertemu semula di Gunung Arafah , tepatnya di Jabar Rahmah beerti "Gunung Rahmat". Di situlah bertahun-tahun mereka memohon ampun daripada Allah dan akhirnya permohonan mereka diterima Allah. Oleh karena itu, saat wukuf jemaah haji dianjurkan untuk memperbanyakkan meminta ampun. Kisah ini pun menjadi keajaiban di Padang Arafah karena merupakan tempat dimana manusia pertama kali bertemu di dunia.

Berada di padang Arafah dalam suasana hangat dan panas terik memberi peringatan awal kepada umat Islam mengenai keadaan di Padang Mahsyar di mana semua manusia tanpa mengira bangsa, pangkat atau kedudukan akan dihimpunkan untuk menerima pengadilan berdasarkan amar makruf nahi mungkar mereka semasa di dunia.


Alright, dah habis baca ni jom tengok apa SOCAZ ada  

Hari ni last day buat promo stokin Calista.

Sepasang RM6.99 je, murah tu   

Ada banyak corak yang cute-cute & menarik untuk orang pilih

Dah boleh buat sebagai collection dah ni  

UwU~~~~Someting big is coming!!!!

Stay tune y'all, terlepas nanti nangis pulak korang      

www.socaz.my

Sumber:



Older post Newer post

Your cart is currently empty.
Continue shopping