icon-search

Sambutan Hari Raya Aidiladha

Hari Raya Aidiladha merupakan sambutan umat Islam selepas Hari Raya Aidilfitri. Aidiladha ialah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim a.s. dalam menunaikan perintah Allah dan kesabaran anaknya Nabi Ismail a.s. dalam memenuhi perintah Allah SWT. Pada hari raya, orang Islam disunatkan mengenakan pakaian yang paling cantik, paling bersih dan juga mengenakan wangi-wangian.

 Aidiladha disambut pada hari ke-10, ke-11, ke-12 dan ke-13 bulan Zulhijjah setiap tahun. Bermula dengan Takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah, diikuti dengan solat sunat Aidiladha sebanyak 2 rakaat dengan 7 takbir pada rakaat pertama diikuti 5 takbir pada rakaat kedua. Serta khutbah Aidiladha. Selepas itu, diikuti dengan ibadah korban yang boleh dilakukan sama ada pada 10, 11, 12 atau siang 13 Zulhijjah, semua waktu ini dipanggil Hari Tasyrik

Lembu, kambing dan biri-biri yang dikorbankan akan disembelih secara beramai-ramai di kawasan masjid sebelum dibahagi-bahagikan dagingnya kepada orang ramai terutamanya kepada golongan fakir miskin. Hari Raya Aidiladha disambut ketika umat Islam membuat penziarahan ke Mekah, mengunjung Kaabah dan melakukan korban sembelihan. 

Boleh juga selepas solat Aidiladha, umat Islam berbondong-bondong melawati perkuburan orang yang disayangi. Semua orang akan memakai pakaian bersih dan ceria dan selepas itu yang muda akan memohon kemaafan daripada yang tua. Selepas itu semua orang akan menjamah pelbagai juadah yang disediakan sebelum ziarah dan menziarahi sesama mereka.

Namun disebab pandemik COVID-19, masyarakat Malaysia harus mengenakan SOP untuk tahun ini dengan sambutan sederhana.

Majlis Keselamatan Negara (MKN) menetapkan solat sunat Aidiladha dan ibadah korban adalah dibenarkan sempena Hari Raya Aidiladha kali ini bagi negeri-negeri di Fasa 1 dan Fasa 2.

Pada masa sama, takbir raya di masjid dan surau dibenarkan, namun takbir dari rumah ke rumah adalah tidak dibenarkan. Selain itu, program ziarah raya, ziarah tanah perkuburan dan majlis jamuan atau rumah terbuka pula tidak dibenarkan

Ia mungkin nampak rumit namun ia adalah satunya cara untuk tidak menularkan lagi wabak penyaki berbahaya dalam masa sekarang. Walaupun begitu, tidak bermaksud anda semua tidak berhak untuk rasa gembira untuk menyambut perayaan ini. Mari bersama-sama kita mendoakan wabak penyakit ini cepat sembut dari negara air kita yang tercintan. Amin.


Oh, spam jap....

Dah tengok BIG SALE??  

Boleh tengok kat FB, IG & Telegram rasmi SOCAZ  

Selamat online shopping & Selamat Hari Raya Aidilahda semua~~~ 


www.socaz.my

Sumber:

https://ms.wikipedia.org/wiki/Hari_Raya_Aidiladha

https://www.astroawani.com/berita-malaysia/hari-raya-aidiladha-disambut-sederhana-esok-moga-yang-terakhir-dalam-covid19-309145



Older post Newer post

Your cart is currently empty.
Continue shopping